Assalammualaikum dan salam sejahtera buat semua pembaca blog www.hanshanis.com sekalian. Siapa di kalangan anda yang sedang membaca artikel ini tahu tentang watak kartun Doraemon yang terdapat di dalam siri animasi yang disukai ramai kanak-kanak di seluruh dunia?
Hans yakin mesti semua tahu dan pernah menonton rancangan animasi Doraemon yang merupakan sebuah siri manga keluaran Jepun yang sangat popular dari Fujiko F Fujio dan mula diperkenalkan pada tahun 1969. Siri animasi ini mengisahkan tentang pengembaraan Doraemon, robot kucing yang datang dari masa depan untuk membantu Nobita yang sentiasa dalam kesusahan.
Walaupun dunia semakin canggih dengan penghasilan pelbagai animasi yang menggunakan teknologi 3D serta yang terkehadapan lagi namun Doraemon masih mempunyai aura yang tersendiri sehingga tetapi diminati oleh kanak-kanak bahkan golongan dewasa sekali gus. Bak kata orang tua-tua iaitu 'Tak Lapuk Dek Hujan, Tak Lekang Dek Panas'.
Jadi, boleh tak anda bayangkan jika sambutan hari lahir anda atau anak-anak anda mahu pun anak-anak buah anda nanti melibatkan watak animasi Doraemon ini? Hans pasti sambutan hari lahir anda atau anak-anak anda bukan sahaja lebih meriah bahkan akan membuatkan si kecil tersenyum riang sepanjang hari nanti.
Sebagai salah seorang yang sangat meminati animasi Doraemon, Hans sangat gembira dan teruja untuk berkongsi dengan para pembaca sekalian tentang satu berita yang sangat menarik dimana pihak Marrybrown telah bekerjasama dengan pihak Doraemon untuk memberikan satu pengalaman yang terbaik kepada setiap kanak-kanak serta orang dewasa yang ingin menyambut ulang tahun mereka yang penuh bermakna di Marrybrown.
Terdapat tiga jenis Pakej Hari Jadi Doraemon yang boleh didapati secara eksklusif di semua cawangan Marrybrown seluruh Malaysia sepanjang tempoh promosi dari Disember 2019 hingga Mei 2020.
Menurut Datin Nancy Liew yang merupakan Pengarah Urusan Marrybrown, pihak Marrybrown sangat berbangga dapat bekerjasama dengan Doraemon di dalam memperkenalkan Pakej Hari Jadi Doraemon ini kerana mereka pasti kerjasama ini akan membawa senyuman dan kenangan yang manis terutama buat kanak-kanak yang menyambut hari lahir mereka dengan pakej hebat ini.
Hans melihat dengan tawaran harga yang sangat murah untuk setiap Pakej Hari Jadi Doraemon yang ditawarkan oleh pihak Marrybrown, ia adalah satu pilihan yang bijak dan menjimatkan yang boleh direbut oleh ibu bapa di luar sana jika anda ingin memberikan kejutan serta memberikan satu pengalaman menarik buat anak anda yang lahir sepanjang bulan Disember hingga Mei ini.
Bersempena dengan sambutan hari kanak-kanak dan untuk mewujudkan masa depan Malaysia yang lebih cerah, Marrybrown juga turut membawa lebih daripada 100 kanak-kanak dari empat buah rumah kebajikan di Lembah Klang untuk meraikan hari yang penuh keseronokan ini bersama Doraemon.
Bagi menambah kegembiraan dan mengurangkan beban, setiap daripada mereka diberikan barangan kelengkapan seperti alat tulis dan beg sebagai persediaan ke sekolah. Seronok melihat gelagat 100 kanak-kanak ini yang begitu gembira dapat melakukan pelbagai aktiviti menarik yang disediakan serta bergambar dan bermain bersama maskot Doraemon yang turut hadir memeriahkan majlis.
Jadi, buat anda yang berminat dan ingin tahu lebih lanjut tentang Pakej Hari Jadi Doraemon yang ditawarkan di seluruh cawangan Marrybrown ini, anda boleh layari laman sesawang dibawah:
Laman Sesawang:
Facebook:
Instagram:
#Marrybrown #SomethingDifferent #MBxDoraemon #DoraemonBirthdayPackage
إرسال تعليق
Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com