Assalammualaikum dan salam sejahtera buat semua pembaca blog www.hanshanis.com sekalian. Baru-baru ini Hans telah terlibat di dalam Program Familiarization Fam Trip yang berlangsung pada 29 hingga 31 Oktober 2019 di daerah Selama, Perak. Jadi, sepanjang tiga hari dua malam Hans berada di bumi Perak ini sememangnya menghadiahkan Hans pelbagai pengalaman menarik yang membuatkan Hans ingin berkongsikan segala perkara manis ini dengan anda semua yang merupakan pembaca setia blog ini.
Jadi, aktiviti seterusnya pada hari ketiga Hans sempena Program Familiarization Fam Trip ini ialah melawat Sungai Atas Sungai yang merupakan terusan air yang dilencongkan daripada Sungai Ijok sejauh 3.5 kilometer ke Sungai Atas Sungai sebelum merentasi Sungai Redang Panjang yang mengalir di bawahnya. Kemudian aliran air sungai Ijok ini dialirkan pula ke Telaga Gergasi menerusi terusan air sepanjang kira-kira 5 kilometer.
Terletak di Kampung Jalan Baru, Mukim Ijok, Selama, Perak, jambatan yang dibina merentasi terusan tersebut masih utuh sehingga kini seperti mana yang anda dapat lihat di dalam gambar. Struktur binaan Sungai Atas Sungai ini dibuat pada tahun 1936 oleh Jabatan Pengairan dan Aliran yang dahulu dikenali sebagai Department of Irrigation and Drainage (DID) bagi tujuan pengairan sawah padi. Ianya juga dikaitkan dengan aktiviti pengumpulan bijih timah yang dialirkan ke Sungai Ijok serta Telaga Gergasi.
Hans sendiri mengambil peluang untuk berdiri dan bergambar di atas jambatan Sungai Atas Sungai ini dimana Hans dapat melihat air dari terusan mengalir melalui jambatan tersebut tanpa bercantum dengan air Sungai Redang Panjang yang terdapat dibawahnya. Keunikan tersebut merupakan salah satu peninggalan teknologi British dalam pengairan melibatkan terusan sepanjang kira-kira lima kilometer yang masih beroperasi dan boleh anda lihat sehingga ke hari ini.
Jika ada sebarang pertanyaan berkaitan Sungai Atas Sungai atau aktiviti pelancongan di Selama, anda boleh hubungi Urusetia Unit Pelancongan Majlis Daerah Selama seperti dibawah:
Telefon:
010 3714548 (En. Razif)
0195217385 (En. Rofizlan)
Pejabat:
05-8394201/2021 ext 119/120/121
Faks:
05-8394377
Jadi, kepada sesiapa yang berminat untuk merasai pengalaman melihat serta bergambar di kawasan Sungai Atas Sungai yang merupakan salah satu tarikan pelancongan yang unik di Selama, Perak ini maka silalah berkunjung ke sini nanti. Jom ke Selama,Perak!
P/S : Lokasi Menarik Lain Yang Boleh Anda Baca Sepanjang Program Familiarization Fam Trip Selama Perak Adalah Dengan Melihat Pada Pautan Artikel Ini : 10 LOKASI MENARIK DI SELAMA PERAK YANG BOLEH ANDA PERGI
wow menariknya.. baru taw ada sungai atas sungai
ردحذفsama lah
حذفHans pun baru tau
hehehe
Wah kenapa baru tau ne ok balik kampung nanti boleh singgah
ردحذفhahaha
حذفorang Selama ker?
Baru tahu pasal nie... awat xpernah tahu
ردحذفhahahaha
حذفentah
mana tahu kenapa tak pernah tahu
إرسال تعليق
Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com