Telaga Gergasi Di Selama Perak

Assalammualaikum dan salam sejahtera buat semua pembaca blog www.hanshanis.com sekalian. Baru-baru ini Hans telah terlibat di dalam Program Familiarization Fam Trip yang berlangsung pada 29 hingga 31 Oktober 2019 di daerah Selama, Perak. Jadi, sepanjang tiga hari dua malam Hans berada di bumi Perak ini sememangnya menghadiahkan Hans pelbagai pengalaman menarik yang membuatkan Hans ingin berkongsikan segala perkara manis ini dengan anda semua yang merupakan pembaca setia blog ini.


Jadi, aktiviti seterusnya pada hari ketiga Hans sempena Program Familiarization Fam Trip ini ialah melawat Telaga Gergasi yang terletak di Kampung Bagan Baru, Selama dimana ianya merupakan tinggalan teknologi British yang berfungsi untuk mengawal kadar pengaliran air dari Sungai Ijok ke Tasik Bukit Merah.


Telaga Gergasi yang mempunyai kedalaman kira-kira 18 meter ini juga dikatakan dibina pada tahun 1936 oleh pihak British sebagai tempat untuk menyimpan air. Dari jauh Hans sudah dapat mendapat bunyi air yang mengalir laju memasuki telaga gergasi dan menariknya juga kerana Hans dapat menyaksikan kemunculan pelangi di sekitar kawasan permukaan airnya hasil biasan cahaya matahari. Memang cantik!


Untuk makluman semua, pengaliran air ke Tasik Bukit Merah melalui Telaga Gergasi ini bukan sahaja penting pada zaman dahulu sahaja kerana sehingga kini ia digunakan bagi mengairi kawasan sawah padi yang terdapat di Daerah Kerian. Teknologi British yang dibina ini pada asalnya berfungsi untuk memindahkan hasil bijih timah melalui sungai. Namun, ciri moden binaan tersebut secara tidak langsung dapat mengelakkan hakisan tanah daripada termendap di Tasik Bukit Merah setelah dibawa oleh aliran air.



Difahamkan telaga sedalam 100 kaki ini akan mengalirkan air dari sungai yang berada di atasnya sambil melalui saliran bawah tanah sebelum bercantum dengan sungai Ijok, yang akhirnya mengalir ke Tasik Bukit Merah. Jika ada sebarang pertanyaan berkaitan Telaga Gergasi atau aktiviti pelancongan di Selama, anda boleh hubungi Urusetia Unit Pelancongan Majlis Daerah Selama seperti dibawah:

Telefon:
010 3714548 (En. Razif)
0195217385 (En. Rofizlan)

Pejabat: 
05-8394201/2021 ext 119/120/121

Faks: 
05-8394377



Jadi, kepada sesiapa yang berminat untuk merasai pengalaman melihat serta bergambar di Telaga Gergasi yang merupakan salah satu tarikan pelancongan yang istimewa di Selama, Perak ini maka silalah berkunjung ke sini nanti. Hans pasti anda bakal teruja dan kagum melihat betapa besarnya telaga gergasi ini nanti. Jom ke Selama,Perak!

P/S : Lokasi Menarik Lain Yang Boleh Anda Baca Sepanjang Program Familiarization Fam Trip Selama Perak Adalah Dengan Melihat Pada Pautan Artikel Ini : 10 LOKASI MENARIK DI SELAMA PERAK YANG BOLEH ANDA PERGI

2 تعليقات

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com

إرسال تعليق

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com

أحدث أقدم