Assalammualaikum dan salam sejahtera buat semua pembaca blog www.hanshanis.com sekalian. Lagi beberapa lagi rakyat Malaysia bakal meraikan kedatangan Tahun Baru Cina 2020 dan semestinya Hans menantikan saat ini disebabkan akan ada pelbagai tawaran menarik terutamanya berkaitan makanan. Maklum sahaja lah Hans ini spesis manusia yang suka makan. Jadi, apabila tiba Tahun Baru Cina pasti akan ada banyak menu edisi terhad yang ditawarkan untuk kaki makan seperti Hans ini.
Kebetulan masa Hans lepak dengan kawan tadi, kami mencari tempat lepak yang bersesuaian. Maklum sahaja lah bila lama tak jumpa mesti banyak benda nak dibawangkan. Hahaha! Sekali Hans ternampak Marrybrown dan mata Hans ini laju sahaja menangkap gambar yang terletak dekat bunting iklan Marrybrown ini. Ada menu baru beb! FORTUNE BURGER namanya! Fuhhh!! Tengok gambar nampak sedap. Terus terliur pula rasa dan terus Hans bagitahu kawan nak lepak dan makan dekat Marrybrown ini.
Apabila Hans melihat iklan Fortune Burger Marrybrown yang ingin berkongsi 'kekayaan' rasa yang ditawarkan di dalam kedua-dua jenis set Fortune Burger, Hans memang terus beli dua set tanpa was-was lagi. Set Fortune Burger Pertama ialah burger yang diletakkan daging ayam yang cukup rangup dan lembut serta dilimpahi oleh sos keju serta salad segar. Rasanya memang UMPHHH! Sedap gila weh! Sedar-sedar sudah habis Hans makan walaupun saiz Fortune Burger ini dikira memang cukup untuk buat Hans kenyang.
Jangan ingat Hans dah berhenti makan yer sebab selepas selesai set pertama maka Hans beralih pula kepada Set Fortune Burger yang kedua dimana burger ini diletakkan daging ayam yang tetap empuk, lembut dan segar tetapi dilimpahi dengan sos lada hitam serta cendawan yang sangat menyelerakan. Rasa sos lada hitam dan mayonis sememangnya menyatu dengan baik untuk membuatkan sekali lagi Hans tanpa sedar menghabiskan set Fortune Burger ini dengan sekelip mata. Serius memang puas hati lah menu Fortune Burger daripada Marrybrown kali ini. Memang lazat tak terkata!
Lebih menarik kerana set Fortune Burger ini dijual dengan harga jualan bermula dari RM14.60 sahaja dimana kalau anda boleh memilih untuk menikmati Fortune Burger Cheese atau Fortune Burger Black Pepper yang turut didatangkan dengan Golden Fortune Fries dan Minute Maid Refresh Orange dimana-mana cawangan restoran Marrybrown berdekatan anda sepanjang musim perayaan Tahun Baru Cina 2020 ini.
Hans sangat menyarankan anda untuk mencuba set Fortune Burger ini memandangkan menu ini merupakan menu edisi terhad dan semestinya kerana rasanya memang betul-betul sedap. Untuk maklumat lanjut, anda boleh melayari laman sesawang serta laman sosial Marrybrown seperti dibawah:
Laman Sesawang:
Facebook:
Instagram:
#Marrybrown #MBFortuneBurger #KongsiFortune #SomethingDifferent
Memang sedap��������
ردحذفyups
حذفberbaloi makan
terliur nengok ayam bersalut sos black paper tuh... ayam nya pun besar betul... nanti kene cuba nih
ردحذفhehehe
حذفdah cuba belum?
Hans suka cheese
waalaikumussalam. baik baik. jumaat ni lunch hour ni kena pi cari. haha >.<
ردحذفdah try belum?
حذفsuka tak?
makan yang mana hari tu?
nampak sedap sesangat. nak try lah. kebetulan ada voucher marrybrown ni
ردحذفterbaik
حذفapa lagi tunggu
beli dua set terus
hehehehe
sedappnyaaa
ردحذفmemang sedap pun
حذفAda daging ayam je ke?
ردحذفBeef ada tak?
ada ayam jer
حذفtapi sedap dua2
إرسال تعليق
Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com