Bufet Ramadan 2020 : Citarasa Nusantara 2020 Royale Chulan Kuala Lumpur

Assalammualaikum dan salam sejahtera buat semua pembaca blog www.hanshanis.com sekalian. Kali ini Hans nak berkongsi dengan anda semua berkenaan salah satu lagi lokasi menarik dan lazat yang anda boleh cuba untuk berbuka puasa pada bulan Ramadan tahun ini iaitu di Royale Chulan Kuala Lumpur yang menampilkan tema bufet Ramadan mereka kali dengan nama Citarasa Nusantara 2020

CITARASA NUSANTARA 2020
ROYALE CHULAN KUALA LUMPUR 

Alamat:
5, Jalan Conlay,
50450 Kuala Lumpur,
Malaysia.

Tarikh:
25 April 2020 - 23 May 2020

Harga:
RM150 (Dewasa)
RM100 (Warga Emas)
RM75 (Kanak-Kanak Berumur 6-12 Tahun)

Early Bird Specials:
RM100 (Dewasa) : 1 Mac 2020 - 19 April 2020

Laman Web:

Instagram:


Kalau anda ingat pada tahun lepas sewaktu dua kali kunjungan Hans ke Royale Chulan Kuala Lumpur, Hans selalu menyatakan tentang kelazatan Nasi Lemak Dua Kupang yang menjadi antara menu hebat yang wajib dicuba oleh para pelanggan yang berbuka puasa disini. Untuk tahun 2020, Hans sememangnya berasa begitu bersemangat, teruja dan tidak sabar-sabar untuk mencuba Nasi Lemak Dua Kupang atau Nasi Lemak Viral yang disediakan disini. Seperti biasa rasanya sangat sedap, menyelerakan, lazat dan suapannya kembali mengingatkan Hans kepada kisah-kisahnostalgia zaman persekolahan sewaktu kecil dahulu.


Seperti biasa, rahsia kelazatan menu ini selain daripada kualiti nasinya yang cukup dengan santan serta bau pandan yang wangi, penangan sambal telur puyuh juga merupakan rahsia kepada pelengkap keseluruhan menu utama Nasi Lemak Viral yang menyebabkan Royale Chulan Kuala Lumpur mempunyai identitinya yang tersendiri di kalangan mereka yang gemar berbuka puasa disini.


Tahun lepas sewaktu Hans buat pertama kalinya mencuba menu Otak-Otak Wellington ini, rasanya memang sedap tetapi tidak lah membuatkan Hans sehingga teringat-ingat. Tetapi, berlainan pada tahun 2020 ini dimana Hans mulai jatuh cinta dengan rasanya yang sangat sedap dan begitu segar berjus saat ianya masuk ke dalam mulut. Memang terbaik!


Bee Hoon Sup Utara Mari adalah menu yang menjadi tumpuan dan kegemaran ramai buat mereka yang menjadi pelanggan setia atau pernah berbuka puasa di Royale Chulan Kuala Lumpur. Jadi, Hans semestinya tidak melepaskan peluang untuk mengimbau kembali kenangan tahun lepas dengan menikmati semangkuk bihun sup ini. Apa yang Hans boleh katanya rasanya tetap sama seperti sebelumnya dimana rasa sup yang disediakan sememangnya mempunyai kelas yang tersendiri. Jadi, pastikan anda mencuba hidangan ini nanti apabila berbuka puasa di Royale Chulan Kuala Lumpur. Rugi sangat kalau tak cuba!


Untuk tahun 2020 ini, Hans melihat terdapat penambahan menu yang menarik seperti Gulai Daging Salai Kampung yang baru diperkenalkan pada tahun ini. Hans menyukai rasa kuahnya yang pekat dan sememangnya kena dengan selera Hans yang cukup menggemari daging salai masak lemak sebegini. Bakal menawarkan tiga pilihan daging iaitu ayam, daging dan itik, Hans pasti ianya adalah syurga buat para penggemar daging salai masak lemak. Memang puas hati!


Selain itu, menu baru lain yang diperkenalkan ialah Mee Kolok yang sememangnya membuatkan peminatnya kecur air liur melihat wajah mee kolok yang tersusun kemas di dalam mangkuk. Anda boleh memilih untuk menikmatinya dengan kuah sup atau pun tidak bergantung kepada citarasa anda sendiri. Selain itu, terdapat pelbagai lagi menu-menu pilihan yang bakal membuatkan anda rambang mata dan puas hati dengan rasa setiap hidangannya seperti yang Hans kongsikan dibawah.

 KAMBING GOLEK WITH ASSORTED SAUCE
 KACANG POOL
 LOK-LOK
LONTONG SAMUDERA
 ROYALE BUBUR LAMBUK LARI MALAM
 UDANG NESTUM
 PU THARK KRUB
ANEKA KERABU & PECAL NUSANTARA
AIR BALANG MALEK MELOO
 PONDOK BUAH
BURGER STATION

Selain itu, Hans cukup menyukai pencuci-pencuci mulut yang ditawarkan sempena Citarasa Nusantara 2020 ini dimana bukan sekadar banyak pilihan untuk dicuba tetapi juga menawarkan keenakan rasa yang cukup untuk membuatkan anda akan jatuh cinta dengan setiap pencuci mulutnya.


Apa yang lebih menarik ialah Royale Chulan Kuala Lumpur turut menyediakan surau yang sangat luas untuk anda solat pada bulan Ramadan nanti. Selain itu, solat tarawih juga turut diadakan disini serta anda turut boleh membayar zakat fitrah di kawasan yang disediakan.


Jadi, jika anda bercadang untuk berbuka puasa di Royale Chulan Kuala Lumpur pada bulan Ramadan 2020 ini, silalah membuat tempahan dengan segera kerana anda bukan sahaja berpeluang menikmati hidangan-hidangan yang lazat tetapi juga mendapat diskaun harga yang begitu berbaloi untuk direbut. Hans yakin apa sahaja makanan yang anda makan pasti akan sedap di mulut. Paling penting ianya pasti berbaloi dengan wang yang anda laburkan untuk menikmati juadah-juadah disini bersama dengan orang yang tersayang. Selamat berbuka di Royale Chulan Kuala Lumpur!

18 تعليقات

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com

  1. menyesal tengok nih time dekat waktu lunch, berkeroncong teruk perut ni hehehe...
    sedap sedap semua nya tu

    ردحذف
  2. Ya Allah nampak sedap terutama otak-otak Wellington. Macam nak cuba je camne.

    ردحذف
  3. Ohhh maiii sedap nya semua.. Thanks for sharing Hans..

    ردحذف
    الردود
    1. heheh
      memang bufet ramadan Royale Chulan tak mengecewakan
      sedap-sedap belaka menu-menu dia

      حذف
  4. foood! food! lapar tengok. semua menu menyelerakan, tambah2 lagi menu masa ramadhan mmg selalu tak menghampakan

    ردحذف
    الردود
    1. itulah
      tapi sebab PKP kan tak dapat lah nak merasa lagi

      حذف
  5. Huwaaa... puasa belum habis ganti nih!
    Cerita buffet Ramadan dah up adeh!

    ردحذف
    الردود
    1. hahaha
      apakan daya disebabkan covid-19 tak dapat nak makan macam-macam

      حذف

إرسال تعليق

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com

أحدث أقدم