Assalammualaikum dan salam sejahtera buat semua pembaca blog www.hanshanis.com sekalian. Kali ini Hans nak berkongsi dengan anda semua berkenaan salah satu lagi lokasi menarik dan lazat yang anda boleh cuba untuk berbuka puasa pada bulan Ramadan tahun ini iaitu di Royale Chulan Kuala Lumpur yang menampilkan tema bufet Ramadan mereka kali dengan nama Citarasa Nusantara 2020.
CITARASA NUSANTARA 2020
ROYALE CHULAN KUALA LUMPUR
ROYALE CHULAN KUALA LUMPUR
Alamat:
5, Jalan Conlay,
50450 Kuala Lumpur,
Malaysia.
Tarikh:
25 April 2020 - 23 May 2020
Harga:
RM150 (Dewasa)
RM100 (Warga Emas)
RM100 (Warga Emas)
RM75 (Kanak-Kanak Berumur 6-12 Tahun)
Early Bird Specials:
RM100 (Dewasa) : 1 Mac 2020 - 19 April 2020
Laman Web:
Instagram:
Kalau anda ingat pada tahun lepas sewaktu dua kali kunjungan Hans ke Royale Chulan Kuala Lumpur, Hans selalu menyatakan tentang kelazatan Nasi Lemak Dua Kupang yang menjadi antara menu hebat yang wajib dicuba oleh para pelanggan yang berbuka puasa disini. Untuk tahun 2020, Hans sememangnya berasa begitu bersemangat, teruja dan tidak sabar-sabar untuk mencuba Nasi Lemak Dua Kupang atau Nasi Lemak Viral yang disediakan disini. Seperti biasa rasanya sangat sedap, menyelerakan, lazat dan suapannya kembali mengingatkan Hans kepada kisah-kisahnostalgia zaman persekolahan sewaktu kecil dahulu.
Seperti biasa, rahsia kelazatan menu ini selain daripada kualiti nasinya yang cukup dengan santan serta bau pandan yang wangi, penangan sambal telur puyuh juga merupakan rahsia kepada pelengkap keseluruhan menu utama Nasi Lemak Viral yang menyebabkan Royale Chulan Kuala Lumpur mempunyai identitinya yang tersendiri di kalangan mereka yang gemar berbuka puasa disini.
Tahun lepas sewaktu Hans buat pertama kalinya mencuba menu Otak-Otak Wellington ini, rasanya memang sedap tetapi tidak lah membuatkan Hans sehingga teringat-ingat. Tetapi, berlainan pada tahun 2020 ini dimana Hans mulai jatuh cinta dengan rasanya yang sangat sedap dan begitu segar berjus saat ianya masuk ke dalam mulut. Memang terbaik!
Bee Hoon Sup Utara Mari adalah menu yang menjadi tumpuan dan kegemaran ramai buat mereka yang menjadi pelanggan setia atau pernah berbuka puasa di Royale Chulan Kuala Lumpur. Jadi, Hans semestinya tidak melepaskan peluang untuk mengimbau kembali kenangan tahun lepas dengan menikmati semangkuk bihun sup ini. Apa yang Hans boleh katanya rasanya tetap sama seperti sebelumnya dimana rasa sup yang disediakan sememangnya mempunyai kelas yang tersendiri. Jadi, pastikan anda mencuba hidangan ini nanti apabila berbuka puasa di Royale Chulan Kuala Lumpur. Rugi sangat kalau tak cuba!
Untuk tahun 2020 ini, Hans melihat terdapat penambahan menu yang menarik seperti Gulai Daging Salai Kampung yang baru diperkenalkan pada tahun ini. Hans menyukai rasa kuahnya yang pekat dan sememangnya kena dengan selera Hans yang cukup menggemari daging salai masak lemak sebegini. Bakal menawarkan tiga pilihan daging iaitu ayam, daging dan itik, Hans pasti ianya adalah syurga buat para penggemar daging salai masak lemak. Memang puas hati!
Selain itu, menu baru lain yang diperkenalkan ialah Mee Kolok yang sememangnya membuatkan peminatnya kecur air liur melihat wajah mee kolok yang tersusun kemas di dalam mangkuk. Anda boleh memilih untuk menikmatinya dengan kuah sup atau pun tidak bergantung kepada citarasa anda sendiri. Selain itu, terdapat pelbagai lagi menu-menu pilihan yang bakal membuatkan anda rambang mata dan puas hati dengan rasa setiap hidangannya seperti yang Hans kongsikan dibawah.
KAMBING GOLEK WITH ASSORTED SAUCE
KACANG POOL
LOK-LOK
LONTONG SAMUDERA
ROYALE BUBUR LAMBUK LARI MALAM
UDANG NESTUM
PU THARK KRUB
ANEKA KERABU & PECAL NUSANTARA
AIR BALANG MALEK MELOO
PONDOK BUAH
BURGER STATION
Selain itu, Hans cukup menyukai pencuci-pencuci mulut yang ditawarkan sempena Citarasa Nusantara 2020 ini dimana bukan sekadar banyak pilihan untuk dicuba tetapi juga menawarkan keenakan rasa yang cukup untuk membuatkan anda akan jatuh cinta dengan setiap pencuci mulutnya.
Apa yang lebih menarik ialah Royale Chulan Kuala Lumpur turut menyediakan surau yang sangat luas untuk anda solat pada bulan Ramadan nanti. Selain itu, solat tarawih juga turut diadakan disini serta anda turut boleh membayar zakat fitrah di kawasan yang disediakan.
Jadi, jika anda bercadang untuk berbuka puasa di Royale Chulan Kuala Lumpur pada bulan Ramadan 2020 ini, silalah membuat tempahan dengan segera kerana anda bukan sahaja berpeluang menikmati hidangan-hidangan yang lazat tetapi juga mendapat diskaun harga yang begitu berbaloi untuk direbut. Hans yakin apa sahaja makanan yang anda makan pasti akan sedap di mulut. Paling penting ianya pasti berbaloi dengan wang yang anda laburkan untuk menikmati juadah-juadah disini bersama dengan orang yang tersayang. Selamat berbuka di Royale Chulan Kuala Lumpur!
menyesal tengok nih time dekat waktu lunch, berkeroncong teruk perut ni hehehe...
BalasPadamsedap sedap semua nya tu
hahahahaha
Padammemang sedap pun kak
lama lg ramadhan., hehehe
BalasPadamtak lama dah
Padamlagi sebulan lebih jer lagi
hehehe
Ya Allah nampak sedap terutama otak-otak Wellington. Macam nak cuba je camne.
BalasPadammemang sedap tu
Padamwajib cuba
Ohhh maiii sedap nya semua.. Thanks for sharing Hans..
BalasPadamheheh
Padammemang bufet ramadan Royale Chulan tak mengecewakan
sedap-sedap belaka menu-menu dia
Nice review!! :)
BalasPadamterima kasih
PadamFood ! 💜
BalasPadamfood hunter
Padamhehehe
foood! food! lapar tengok. semua menu menyelerakan, tambah2 lagi menu masa ramadhan mmg selalu tak menghampakan
BalasPadamitulah
Padamtapi sebab PKP kan tak dapat lah nak merasa lagi
Huwaaa... puasa belum habis ganti nih!
BalasPadamCerita buffet Ramadan dah up adeh!
hahaha
Padamapakan daya disebabkan covid-19 tak dapat nak makan macam-macam
Kambing golek dia mengancam!
BalasPadamhehehehe
Padammemang mengiurkan bila tengok
Catat Ulasan
Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com