Assalammualaikum dan salam sejahtera buat semua pembaca blog www.hanshanis.com sekalian. Lama sudah sebenarnya Hans tak menulis tentang pengalaman hidup dekat blog Kali ini Hans nak berkongsi tentang satu situasi dimana Hans yakin masih ramai yang tidak berkesempatan untuk merasai pengalaman ini tetapi seandainya anda mengalaminya maka apa yang anda perlu lakukan iaitu apabila kad ATM anda ditelan dengan lahapnya oleh mesin ATM.
Hans pernah sebelum ini mengalami kejadian ini tetapi sudah lama. Maka tidak disangka-sangka sejarah lama kembali berulang. Kejadian berlaku pada hari Ahad yang jatuh pada hari Nuzul Al-Quran bersamaan 10 Mei 2020. Memandangkan sudah agak lama tidak mengeluarkan wang daripad ATM kerana kebanyakan urusan berlaku di dalam talian maka Hans terdetik hati nak mengeluarkan duit untuk membeli sedikit barangan dapur terutama air mineral untuk ditunggang pada waktu sahur nanti. Hahaha!
Jadi, Hans pun menuju ke sebuah cawangan Maybank berdekatan dengan kawasan Seri Kembangan. Sampai sahaja di lokasi, Hans nampak ada seorang mamat ini dekat depan ATM tetapi agak lama juga menunggu urusannya selesai. Akhirnya, tak ada pula duit keluar dan si mamat nih pun berlalu pergi dengan kecewanya. Hans pun mencuba nasib! Nampaknya semua berjalan lancar sampailah urusan terakhir sewaktu mesin atm ini mengira wang. Punya lama dengan bunyi mesin atm nih sampai akhirnya tiba-tiba kad ATM Hans tidak keluar. Lebih malang lagi apabila wang yang nak dikeluarkan pun tidak muncul-muncul ditempat sepatutnya.
Skrin ATM memaparkan ayat yang lebih kurang berbunyi Kad ATM Anda Mempunyai Masalah Dan Ditahan.....Bla Bla Bla! Resit pula muncul dan disitu tertera jumlah baki wang yang telah ditolak dengan pengeluaran wang yang tidak muncul itu. Kesabaran Hans pada waktu itu semakin di hujung tanduk. Rasa menyesal pula keluarkan wang pada waktu tu. Dengan dahaganya! Laparnya! Duit tak keluar! Nak beli air mineral pun tak boleh! Hahaha!
Jadi, inilah langkah-langkah wajib yang anda perlu lakukan apabila kejadian KAD ATM KENA TELAN MESIN ATM ini berlaku terhadap diri anda. Ini untuk pengguna kad ATM Maybank lah yer.
1) Terus hubungi pusat panggilan Maybank untuk melaporkan kejadian kad ATM anda ditelan atau hilang. Hubungi 1-300-88-6688
2) Seterusnya anda perlu mendengar suara manja operator yang menerangkan pelbagai perkara yang anda tidak mungkin mahu dengar sebelum tiba pada peringkat yang sebetulnya. Saat operator menyebut tekan nombor 2 untuk melaporkan tentang kehilangan kad ATM anda maka segeralah tekan nombor 2.
3) Selepas itu, anda perlu bercakap dengan operator yang bertugas dan berikan maklumat penting yang diminta seperti:
- Punca kehilangan kad ATM atau kad ATM di telan.
- Waktu kejadian dan di mana berlaku kejadian (Simpan Resit Sebab Dekat Resit Ada Info-Info Ini)
- Nama penuh dan nombor kad pengenalan
- Jenis akaun serta nombor akaun (Tetapi, Kalau Anda Lupa Tiada Masalah)
4) Jangan lupa juga untuk melaporkan kepada operator jika wang yang anda keluarkan sewaktu kad ATM anda ditelan tidak keluar di mesin ATM kerana kes ini adalah kes yang berasingan dengan kes kehilangan kad ATM. Operator akan membuka laporan lain untuk wang anda yang tidak diperoleh sebentar tadi. Wang akan dikembalikan dalam tempoh 2 hari hingga 4 hari ke dalam akaun anda tetapi Alhamdulillah Hans dapat balik wang Hans dalam tempoh 2 hari sahaja.
5) Selepas itu, anda sudah boleh pergi ke mana-mana cawangan Maybank berdekatan untuk membuat dan mendapatkan kad ATM anda yang baru tanpa sebarang caj bayaran dikenakan.
6) Bertabahlah jika kejadian ini berlaku kepada anda pada waktu seperti sekarang (PKP) dimana urusan ini mengambil masa yang agak lama kerana anda perlu beratur panjang pada jarak 1 meter, menunggu giliran untuk masuk ke dalam dan kerap memberi laluan kepada warga emas untuk menyelesaikan urusan mereka dahulu.
Alhamdulillah! Hans sudah dapat kad ATM Maybank yang baru dan segala proses berjalan lancar. Terima kasih kepada pihak Maybank Sri Petaling atas layanan yang bagus pada 12 Mei 2020. Semoga kejadian kad ATM ditelan ini tidak lagi terjadi kepada Hans selepas ini. Mudah-mudahan! Hahaha!
Nice sharing~ tak pernah terjadi kat diri lagi, yang penting jangan panik la. huhu
ردحذفyups
حذفcuma sadis nya kalau jadi waktu kita betul-betul nak pakai duit
nasib masa tu Hans tak berapa perlu sangat nak guna duit
haha
Dugaan bulan puasa. But at the end of the day, Alhamdulillah selesai semua.
ردحذفalhamdulillah
حذفselesai urusan
Tq sharing ye hans. Yg penting takleh panik kan, cool dan istigfar bebanyak dan ambillah langkah seterusnya.
ردحذفwelcome
حذفsaja share sebab sometimes orang panik bila terjadi dekat diri sendiri
kesian kalau kad kena telah zaman pkp.. dah tentu sgt risau alhamdulillah mama x penah kena
ردحذفalhamdulillah
حذفminta dijauhkan daripada kena
hahaha
kalau pengalaman, pernah nampak orang lain kena situasi macam ni. sudah main telan2 yaa haha
ردحذفhahahaha
حذفkalau nampak kita dah tahu mesin atm tu problem
so dah boleh elakkan dah
haha mesin atm telan dengan lahapnya. dia tengah buka puasa la tu.
ردحذفhahaha
حذفitulah
nasib settle dah
fuhh..kalau jadi macam ni memang gelabah tak tahu nak buat apa. menduga betul diuji macam ni dibulan puasa dalam tempoh pkp. syukur dah settle dan dipermudahkan urusannya.
ردحذفheheheh
حذفHans sebab dah pernah ada pengalaman so tak lah nervous
cuma rasa malas gila nak pergi bank buat kad atm baru
hahaha
Tak pernah lagi kad kena telan. Tapi kalau guna mesin CDM tapi ada tulis cash retract and tak sampai dekat orang yang kita send, itu pernah.
ردحذفTu pun sekali seumur hidup buat masa ni. Haha.
hahahaha
حذفpengalaman tu
cerita yang mendebarkan
ردحذفnasib baik semuanya jadi ok..
panduan yang bagus juga
hahaha
حذفmendebarkan ker?
alhamdulillah. semoga dapat bantu sesiapa yang google cari pasal benda nih nanti
aduhhh, seram jugak ek kalau kena telan macam ni..nasib baik lah Hans dapat balik duit yang ditelan dan dapat kad yang baru...
ردحذفalhamdulillah
حذفyang penting bila jadi macam nih memang kena cepat-cepat call pihak bank
panik rasanya baca tajuk ni. Alhamdulillah nasib semua dapat balik
ردحذفhehehehe
حذفalhamdulilah semuanya selesai dengan lancar
baru tahu.. kena bookmark ni utk nanti2..
ردحذفhehehe
حذفso kalau nanti kad kena telan jangan risau
terus call bank
kad saya dia hantar ke rumah. Kena aktifkan kat ATM, tapi sejak PKP ni tak sempat lagi nak pergi ATM.
ردحذفowh tu bank apa yer?
حذفwelcome :)
ردحذفTerima kasih di atas perkongsian ini.
ردحذفMoga dijauhkan dari kejadian ini, mahu panik seharian dibuatnya. :(
hehehe
حذفIn Sha Allah
kalau dah baca nih tak payah panik dah
cuma kalau jadi hanya call bank jer
hehe
Aku pun baru2 ni kena benda sama , dugaan appa ka ini
ردحذفhehehehe
حذفalhamdulillah
jangan risau
benda boleh settle
nasib sekarang ada online banking
kalau tidak memang kelam kabut jadinya
hahaha
Pernah juga berlaku pada I. Lepas kad telan memang terkejut. Tapi keesokkan hari kakitangan dari Bank ada call I dan kutip balik kad ATM I.
ردحذفowhhh
حذفokay lah diorang call
hehehe
Saya pun baru2 ni ada terkena juga keadaan seperti tu...cuma saya rasa risau sebab kad maybank...tapi masa nak ambil duit tu di ATM AGRO.DUIT TAK DAPAT KAD PULA KENA TELAN...
ردحذفhehehehe
حذفselalu memang macam tu
duit tak dapat...kad dia telan
sebab tu bila buat report kena mention sekali duit keluar tapi tak dapat.
cuma kena check online dulu tengok baki duit ada tolak ker tidak
Hans,
ردحذفKalau kena telan, boleh tak kita keluar duit guna app Maybank2u dan buat cardless transaction? Bkn apa, in case terjadi tgh malam ke apa, dan urgent nk cash tang tu jugak. Kalau boley, selamat la kn?
Tapi thanks sbb point out yg bole dpt kad tu kat mana2 cawangan Mybnk. Rasanya kalau bank yg kureng advanced skit mcm BSN atau Bank Rakyat, surelah kena settle kat branch tu juga. Pengsan kalau orang yg tgh travel.
rasanya boleh. Ada cara dia tak silap sebab macam pernah tengok.
حذفcuma dah lupa step-step nya
Alhamdulillah setakat ni kad bank tak pernah kena telan lagi, harapnya memang takkan kena telan la sebab lecehla, dengan PKP ni lagi 🙄 paham2 la hahaha
ردحذفalhamdulillah
حذفkalau jadi waktu sekarang leceh ohhhh
hahahaha
Kad i baru je atm bsn dekat HQE2 jenis kad i pula publik bank na Mcm mana tu...pls someone help me
ردحذفboleh check dengan call center bank
حذفKalau sangkut buat kad baru tu no kad yg sama ke baru?
ردحذفyang baru kut....entah..saya kurang pasti lak
حذفBaru je kene tadi, nasib baca blog hans ni. tapi operator cakap kene buat apointment, tapi apointment dengan maybank full slot skrng. Buntu, boleh ke redah je branch maybank tanpa buat apointment ? dah la ada satu je kad maybank. kad bank lain tak buat =(
ردحذفtakut kalau redah tapi tak dapat buat jer lah
حذفcuma boleh try mana tahu nasib baik ker kan
Baru jadi tadi!!Call bank untuk block card tu..Tapi balance dalam tu ade lagi..kalau buat kat baru..balance dalam tu ade lagi tak..banyak kot dlam tu😭
ردحذفإرسال تعليق
Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com