Assalammualaikum dan salam sejahtera buat semua pembaca blog www.hanshanis.com sekalian. Kali ini Hans nak berkongsi dengan anda semua berkenaan salah satu lagi pakej makanan berbuka puasa yang anda boleh cuba kerana Hans sendiri dah mencubanya dan terbukti kesemua menu tersebut lazat dan menyelerakan. Menu-menu ini datangnya daripada Connexion Conference & Event Centre sempena 2020 Ramadan Family Meals yang menawarkan pelbagai hidangan berbeza setiap hari.
2020 RAMADAN FAMILY MEALS
CONNEXION CONFERENCE & EVENT CENTRE
CONNEXION CONFERENCE & EVENT CENTRE
,
Set Untuk 2 Orang (9 Menu):
RM70
Set Untuk 5 Orang (11 Menu):
RM110
Senarai Menu Mengikut Hari:
Sebenarnya pada tahun lepas, Hans memang berkesempatan menikmati Buffet Ramadan di Connexion Conference & Event Centre ini dan diakui menu-menu memang menarik dan menyelerakan. Alhamduillah, Hans memang tidak sangka masih berpeluang untuk menikmati juadah pilihan yang sedap-sedap belaka dimana Hans memilih untuk mencuba pakej menu untuk Hari Sabtu yang kuantiti makanannya bersesuaian untuk 5 orang makan. Pakej ini menawarkan 11 menu untuk Hans cuba iaitu:
1) AYAM PERCIK
2) DAGING MASAK SOS TIRAM
3) KARI KAMBING UTARA
4) ASAM PEDAS IKAN HALIBUT
5) SAYUR ASPARAGUS GORENG BELACAN
6) PAJERI TERUNG
7,8,9) ULAM PLATTER WITH ANEKA SAMBAL, KURMA & NASI PUTIH
10&11) CHEF'S CHOICE DESSERT & CAKE :
DURIAN SWISS ROLLED & CHOCOLATE BANANA BUTTERSCOTCH
Serius memang kuantiti makanan yang diperoleh betul-betul cukup untuk 5 orang makan. Lepas tu menu Kari Kambing memang terbaik bak hang sebab langsung tidak berbau hamis! Dagingnya pula sangat lembut dan sedap! Selain itu, Hans memang rasa seronok dapat makan sayur asparagus sebab dah lama Hans mengidam nak makan asparagus sewaktu PKP nih. Hahaha! Paling memukau semestinya Durian Swiss Rolled dia. Sumpah sedap! Rasa durian yang padu tetapi yang bagusnya Hans langsung tak rasa muak bila makan kek nih! Kek ini hanya boleh disimpan selama 3 hari di dalam peti sejuk tetapi jangan risau sebab hanya berbaki suku sahaja lagi. Hahaha! Sumpah anda kena cuba! Rugi sangat kalau tak makan kek durian yang sedap nih!
Jadi, jika anda bercadang untuk berbuka puasa dengan menu yang lain daripada kebiasaan anda, maka Hans sangat mencadangkan untuk anda menempah Pakej 2020 Ramadan Family Meals daripada Connexion Conference & Event Centre mengikut hari kesukaan anda. Selain lazat, Hans merasakan ianya sangat berbaloi kerana kuantitinya yang sangat banyak dan boleh dimakan seisi keluarga sewaktu berbuka sehingga waktu bersahur. Selamat mencuba dan berbuka puasa dengan juadah-juadah yang terdapat di dalam 2020 Ramadan Family Meals daripada Connexion Conference & Event Centre!
Nampak menarik semua menu ni, puasa kali ni tidak dapat nak berbuka secar buffet di luar.
ردحذفJemput baca dan komen,
https://tarotthefool.blogspot.com/2020/05/14th-educational-trip-experience-lodz.html
alhamdulillah
حذفmemang menarik dan sedap-sedap
semalam makan ayam percik pula
sedap sungguh
Huihh ok sangat ni, sorang bayaq RM22 ja paihtu dapat makan sampai 11 jenis juadah special 😎👍🏻
ردحذفyups...
حذفmemang berbaloi
5 orang pun dah macam 10 orang dah kuantiti lauk dia
banyak gila
hahaha
waa banyak menu depan mata tu. makan berapa orang tu? hehe
ردحذفmenu ni untuk 5 orang
حذفtapi kalau jenis makan sikit...10 orang pun boleh makan nih..
macam Hans lak makan berdua je dgn housemate
dah banyak dah habis...
housemate makan tak berhenti...hahaah
mang aihhh 2 orang? hahaha mesti bersandar je lepas tu. eh ke tak? hehe
حذفtak adalah terus makan semua tu....
حذفdalam 3 hari semua habis lah...
yang mana tak boleh simpan memang habiskan hari pertama
hehehe
Senang makan makanan hotel di rumah. Buffet di rumah.
ردحذفitu lah kan
حذفhehehehe
rasa macam masak sendiri dekat rumah pula
Wah! banyak menu untuk 2 orang tu sekali sekala oklah kot dengan harga tu
ردحذفhehehehe
حذفyups
kalau makan berlima lagi cepat habis
tengok sudah tahu sedap dan lazat..
ردحذفlebih-lebih masa berpuasa begini..
terbaik la bro
yups
حذفmemang lain macam rasa sedap dia
connexion yg dekat ioi putrajaya tu ye ... menyelerakan menu nya.
ردحذفyang tahu connexion ni dekat bangsar
حذفyang putrajaya tak pasti pula
sedapnya kari kambing tu! durian swiss roll lagikk...aduhh! memang berbaloi2 kalo banyak tu makanannya...selamat berbuka hans!
ردحذفhehehehe
حذفayam percik dia pun sedap sungguh
memang bertambah nasi kitaorang makan
siap masak nasi lain lah
hahahaha
Boleh sambung mkn Lepas Tarawih Tu Hans.. moreh
ردحذفhahaha
حذفtiga hari habiskan...
sehari habiskan satu dua lauk dulu
hari pertama habiskan yang mana tak boleh simpan dalam peti ais
hehe
Durian swiss roll tu yg sgt mengancam..sedapnya..blm makan kmbing bulan puasa ni..
ردحذفmemang mengancam
حذفsehari jer dah habis
hahahaha
set utk 2 org dgn 9 menu.. tu pon dah banyak.. kalo dekat dah order ni.
ردحذفheheheeh
حذفsilalah order
serius tak menyesal
sedap gila
Wuaah tampilan swiss durian dan cokelat butterscoth banana berhasil membuat air liur saya menetes melihatnya, Hans ...
ردحذفThat's so yummyyyy ..
hehehehe
حذفswiss roll durian tu serius sedap
wow sedap semuanya pandang saja dh terliur
ردحذفkalau makan confirm bertambah nasi
حذفmacam kitaorang siap masak balik nasi putih sebab dah habis masa round 1st
hahaha
selalu tgok hans makan buffet kat hotel, kalini mcm lain sikit bila bungkus makan kat rumah je
ردحذفtapi nampak sedap semua makanan tu :D
hahahaha
حذفsebab PKP kan
tetapi sebenarnya memang feel lebih makan dekat rumah
sebab makanan boleh simpan dan boleh pilih nak makan yang mana satu
kalau buffet hotel, nak kena rasa semua
hahahaha
Tengok gambar kat sini pun dah tahu sangat sedap. Takpelah, tahun ni tak dapat berbuffet iftor, masih dapat berbuka dengan menu air tangah chef kan..harga pun berbaloi tu
ردحذفyups
حذفberbaloi sangat
portion 5 orang pun dah macak 6-7 orang dah
hahaha
ya ampun sedapnya semua lauk pauk tu.. kenyang kot kalau makan berdua je pon
ردحذفhahaha
حذف3 hari kenyang
atur-atur nak makan yang mana dulu
sedap semuanya
Huih kalau akak yg set 2 orang tu boleh makan 4 org, banyak pilihan lauk lak tu.... harga berpatutan
ردحذفyang set 5 orang nih...
حذف7-8 orang pun cukup
hahahaha
uish banyaknya makanan, sangat berbaloi-baloi, ni bukan boleh buat berbuka puasa, boleh simpan untuk sahur sekali
ردحذفhahaha
حذفmemang simpan untuk sahur
sedap gila makan sahur
hahaha
Wow banyak betul menu. durian swiss roll tu paling rare lah.
ردحذفpaling rare dan sedap gila
حذفpeminat durian macam Hans memang layan betul masa makak kek nih
Wah semua menu nampak sedap. Berbaloi sangat2 nih. Salam kenal dan saya follow sini
ردحذفmemang sedap-sedap belaka
حذفsalam kenal juga
thanks sudi follow blog Hans :)
aduh sedapnya hans ioo apesal la mama singgah waktu tgh hari hahaa
ردحذفhahaha
حذفsabarlah kerana sabar itu separuh dari iman
hehehe
menariknya...sampai 11 ni boleh buat sahur trus....semua pun nampak sedap...
ردحذفhehehehe
حذفyes memang sedap-sedap
sangat berbaloi
إرسال تعليق
Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com