Assalammualaikum dan salam sejahtera buat semua pembaca blog www.hanshanis.com sekalian. Hans sebenarnya berasa sangat gembira pada minggu ini kerana akhirnya Hans telah menjumpai satu solusi untuk menyelesaikan masalah yang Hans telah hadapi selama hampir 6 bulan iaitu cara terbaik untuk membersihkan bulu-bulu kucing yang ada di sudut-sudut rumah. Sebelum ini Hans menyapu serta mengemop tetapi ia bukan sahaja memenatkan serta membazir tenaga tetapi juga membazir air dan sabun pencuci lantai. Baru bersih sekejap tiba-tiba bulu kucing ada balik. Memang stress!!! Tetapi, sekarang masalah tersebut dapat Hans selesaikan dengan menggunakan Beko Vacuum Cleaner Cordless Stick yang terbukti sangat baik dan berkualiti tinggi.
BEKO VACUUM CLEANER
CORDLESS STICK
Harga:
RM1199
Laman Sesawang:
Facebook:
Instagram:
Pada mulanya, Hans ingatkan Vacuum Cleaner keluaran BEKO ini sama sahaja seperti vakum-vakum yang lain. Mungkin menang dari segi reka bentuk sahaja yang memang nampak moden, unik dan mengagumkan. Tetapi, tekaan Hans salah kerana terbukti Vacuum Cleaner Cordless Stick ini sangat-sangat membantu Hans di dalam membersihkan setiap sudut ruang rumah terutamanya di dalam menghilangkan habuk serta bulu-bulu kucing yang terperangkap di hujung-hujung sudut atau di kawasan garisan lantai marmar yang sukar untuk dibersihkan oleh penyapu mahu pun sewaktu mengemop lantai.
Memang Hans rasa seronok sangat sebab buat pertama kalinya Hans melihat lantai ruang tamu rumah Hans bersih 100 peratus daripada bulu-bulu kucing. Kalau tidak sebelum ini bila Hans gunakan penyapu untuk membersihkan rumah memang sangat susah nak bersihkan bulu-bulu kucing ini. Sebab apabila Hans menyapu, tak semua bulu-bulu kucing akan berjaya disapu masuk ke dalam tong sampah kerana sebahagiannya akan berterbangan sebab ringan. Jadi, Hans sememangnya sangat gembira membersihkan rumah dengan menggunakan Vacuum Cleaner Cordless Stick ini. Memang berkilat ruang tamu Hans jadinya. Serius puas hati!
Selain itu, apa yang membuatkan Hans sangat suka menggunakan Vacuum Cleaner Cordless Stick daripada BEKO ini ianya mudah diangkat kemana-mana kerana ianya tidak menggunakan wayar seperti kebanyakan vakum yang lain. Jadi, Hans tidak perlu pening-pening kepala nak cabut plug atau nak cari soket dah sebab Hans boleh angkat vakum ini kemana-mana dengan sangat mudah. Lagi pun Vacuum Cleaner Cordless Stick ini tidak terlalu berat jadi memang mudah sangat Hans mengangkat ke sana ke sini dengan gembiranya sewaktu membersihkan rumah Hans.
Bukan itu sahaja! Ada lagi keistimewaan Vacuum Cleaner Cordless Stick daripada BEKO ini yang Hans sememangnya tak jangka sama sekali. Peralatan ini menampilkan 4 jenis bentuk penyedut habuk yang berbeza bergantung kepada apa yang kita ingin bersihkan. Jadi, ada satu penyedut habuk ini yang Hans boleh selaraskan serta bengkokkan supaya mudah untuk Hans membersihkan perabot atau sudut-sudut tertentu mengikut keluasan ruang atau ketinggian sesuatu tempat yang Hans sedang bersihkan. Jadi, perkara ini sangat membantu betul untuk Hans bersihkan kipas serta kawasan atas almari tanpa perlu Hans menggunakan tangga atau kerusi. Serius memang memudahkan kerja Hans! Seronok betul guna vakum ini.
Motor power Vacuum Cleaner Cordless Stick ini ialah 170W dimana Hans boleh guna selama lebih 40 minit untuk sekali guna bagi membersihkan rumah Hans. Kalau bateri habis pun tak risau sebab bateri Vakum ini boleh dicas semula. Tempat pengecas bateri vakum ini pun sangat moden macam tempat pengecas bateri telefon yang harga ribu-ribu tu. Nampak elegan dan ekslusif! Kapasiti bateri akan penuh dalam tempoh 3 hingga 4 jam dan selepas itu Hans kembali gunakan Vacuum Cleaner Cordless Stick ini dengan gembira untuk membersihkan rumah!
Apabila setiap sudut dan kawasan boleh diterokai maka semestinya banyak debu-debu, habuk serta bulu-bulu kucing yang dapat dijejaki, disedut dan dibersihkan. Jadi, sememangnya Hans risau juga tentang kapasiti debu dan habuk yang boleh disimpan di dalam bekas habuk Vacuum Cleaner Cordless Stick daripada BEKO ini. Tetapi, tidak perlu risau kerana ruang simpanan habuknya berkapasiti 0.5L dan sangat mudah untuk bersihkan jika habuk di dalam bekas sudah penuh. Hanya buka dan tuangkan ke dalam tong sampah. Kemudian tutup semula dan kembali menggunakan vakum untuk membersihkan rumah tanpa ragu-ragu. Sudah tidak perlu nak beriya-iya mengetuk kawasan bekas habuk semata-mata nak keluarkan debu sampai terbatuk-batuk dibuatnya. Memang berbaloi!
Selain itu, Hans juga cukup suka dengan reka bentuk Vacuum Cleaner Cordless Stick daripada BEKO ini dimana tapak untuk meletakkan vakum ini juga turut direka khas untuk meletak segala jenis peralatan yang lain seperti kepala penyedut habuk yang berlainan. Jadi, Hans hanya perlukan ruang yang sangat kecil dan minima untuk menyimpan vakum ini dan perkara ini juga membuatkan Hans sangat gembira kerana menjimatkan penggunaan ruang rumah Hans yang kecil ini. Memang genius betul pereka model vakum ini sebab bukan sahaja memudahkan dari segi penggunaan tetapi juga dari sudut penyimpanan. Terbaik!
Secara jujurnya, Hans memang sangat suka menggunakan BEKO VACUUM CLEANER CORDLESS STICK ini kerana ia bukan sahaja terbukti berkesan di dalam membersihkan kotoran habuk, debu dan bulu kucing tetapi juga berjaya membuatkan Hans lebih rajin untuk mengemas rumah disebabkan vakum ini mudah digunakan dan tidak berat. Sebelum ini sebulan sekali baru rajin nak mengemas. Tetapi, sekarang kalau seminggu memang tiga kali Hans mengemas dan membersihkan rumah mengggunakan Vacuum Cleaner Cordless Stick ini. Jadi, kalau anda sedang mencari vakum yang baru atau ingin menukar vakum lama anda, Hans memang sarankan anda semua untuk memilih BEKO VACUUM CLEANER CORDLESS STICK ini. Pasti puas hati dan akan rasa berbaloi dengan wang yang anda belanjakan untuk mendapatkan produk yang hebat ini!
wah senang lah nak bersihkan rumah selepas ni
ردحذفmemang senang
حذفVacuum nih dah jadi macam penyapu dah
seminggu 3 kali guna
seronok guna sebab memang bersih lantai
memang memudahkan kerja cordless vacuum mcm ni... saya pun ada tapi brand lain la :-)
ردحذفyes
حذفHans memang pertama kali pakai
rasa seronok gila sebab tak penat
hahaha
skrng ni trend kan cordless vacuum..
ردحذفmasuk wishlist dlu tp mak kata guna vacuum skrng smpai rosak dlu bru beli lain hahahah..
lambat lagi la nampaknyaa..
hahahaah
حذفrosakkan sendiri lah
cepat sikit beli yang cordless vacuum nih
Semakin menyenangkan urusan..sblm ni pernah tgn mesin basuh jenama ni..9 tahun jaminan motornya
ردحذفyups
حذفmemang berbaloi guna
mudah dan cepat
BEKO MEMBANTU HAN RAJIN MENGEMAS RUMAH MEMYEDUT HABUK
ردحذفyes
حذفkalau tidak malas lah
ini seminggu 3 kali cuci hah
hahaha
Senang la pakai cordless. Xyah nk tukar2 plug. Nice 😁
ردحذفhahaha tau xper
حذفkalau tidak haihhh penat nak tukar pasang tukar pasang
macam nih senang
angkat jer lepas tu sedut lah dekat sudut mana nak sedut
hehehe
terbaiklah vacum ni.. sy suka yang cordless tapi biasanya harga mahal.. mcm power tools.. kecil pun dah mahal.. tapi senang nak guna
ردحذفyes
حذفharga dia mahal tapi sebenarnya berbaloi lah rasa bila dah guna tu
hehehe
boleh tahan jugak harganya
ردحذفstandard harga cordless vacuum
حذفtapi bila dah guna
memang sangat berbaloi dengan harga
nampak berkilat lantai tu.. bestnya wireless
ردحذفitulah...
حذفtengok dekat-dekat pun puas hati
sebab bulu kucing dah tak ada
hehehe
dah lama teringin, dok intai2 kt shopee...selalu nmpk dlm drama korea, mcm best je gunanya..
ردحذفhehehe
حذفapa lagi
order lah satu
memang best guna
wahh untung betul ada vacuum cordless ni. takdelah berselirat dengan wayar. harga pun boleh tahan juga. kira berbaloilah kan dengan kualiti
ردحذفyes sangat berbaloi
حذفtak rasa rugi beli
Fuhhhh gajet pujaan hati!
ردحذفSebab compact & cordless. Puas hati vaccuum karpet.
yes
حذفmemang puas hati gila masa Hans guna tu
saya tak ada lagi cordless vacuum. kena beli ni supaya memudahkan bersihkan rumah
ردحذفHans maybe bulan depan kut beli Beko Vacuum nih
حذفsebab memudahkan hidup
hahaha
إرسال تعليق
Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com