Beko Vacuum Cleaner Cordless Stick Review

Assalammualaikum dan salam sejahtera buat semua pembaca blog www.hanshanis.com sekalian. Hans sebenarnya berasa sangat gembira pada minggu ini kerana akhirnya Hans telah menjumpai satu solusi untuk menyelesaikan masalah yang Hans telah hadapi selama hampir 6 bulan iaitu cara terbaik untuk membersihkan bulu-bulu kucing yang ada di sudut-sudut rumah. Sebelum ini Hans menyapu serta mengemop tetapi ia bukan sahaja memenatkan serta membazir tenaga tetapi juga membazir air dan sabun pencuci lantai. Baru bersih sekejap tiba-tiba bulu kucing ada balik. Memang stress!!! Tetapi, sekarang masalah tersebut dapat Hans selesaikan dengan menggunakan Beko Vacuum Cleaner Cordless Stick yang terbukti sangat baik dan berkualiti tinggi. 


BEKO VACUUM CLEANER
CORDLESS STICK

Harga:
RM1199 

Laman Sesawang: 

Facebook: 

Instagram: 

Pada mulanya, Hans ingatkan Vacuum Cleaner keluaran BEKO ini sama sahaja seperti vakum-vakum yang lain. Mungkin menang dari segi reka bentuk sahaja yang memang nampak moden, unik dan mengagumkan. Tetapi, tekaan Hans salah kerana terbukti Vacuum Cleaner Cordless Stick ini sangat-sangat membantu Hans di dalam membersihkan setiap sudut ruang rumah terutamanya di dalam menghilangkan habuk serta bulu-bulu kucing yang terperangkap di hujung-hujung sudut atau di kawasan garisan lantai marmar yang sukar untuk dibersihkan oleh penyapu mahu pun sewaktu mengemop lantai.


PUAS HATI BETUL SEBAB LICIN JER LANTAI RUMAH. BULU KUCING DAH TAK ADA!

Memang Hans rasa seronok sangat sebab buat pertama kalinya Hans melihat lantai ruang tamu rumah Hans bersih 100 peratus daripada bulu-bulu kucing. Kalau tidak sebelum ini bila Hans gunakan penyapu untuk membersihkan rumah memang sangat susah nak bersihkan bulu-bulu kucing ini. Sebab apabila Hans menyapu, tak semua bulu-bulu kucing akan berjaya disapu masuk ke dalam tong sampah kerana sebahagiannya akan berterbangan sebab ringan. Jadi, Hans sememangnya sangat gembira membersihkan rumah dengan menggunakan Vacuum Cleaner Cordless Stick ini. Memang berkilat ruang tamu Hans jadinya. Serius puas hati!


TAK SUSAH PUN NAK PASANG. MANUAL BOOK ADA! TUTORIAL DEKAT YOUTUBE PUN ADA!

Selain itu, apa yang membuatkan Hans sangat suka menggunakan Vacuum Cleaner Cordless Stick daripada BEKO ini ianya mudah diangkat kemana-mana kerana ianya tidak menggunakan wayar seperti kebanyakan vakum yang lain. Jadi, Hans tidak perlu pening-pening kepala nak cabut plug atau nak cari soket dah sebab Hans boleh angkat vakum ini kemana-mana dengan sangat mudah. Lagi pun Vacuum Cleaner Cordless Stick ini tidak terlalu berat jadi memang mudah sangat Hans mengangkat ke sana ke sini dengan gembiranya sewaktu membersihkan rumah Hans.


MEMANG SERONOK BILA BOLEH BENGKOK DAN LARASKAN PENYEDUT HABUK NIH!

Bukan itu sahaja! Ada lagi keistimewaan Vacuum Cleaner Cordless Stick daripada BEKO ini yang Hans sememangnya tak jangka sama sekali. Peralatan ini menampilkan 4 jenis bentuk penyedut habuk yang berbeza bergantung kepada apa yang kita ingin bersihkan. Jadi, ada satu penyedut habuk ini yang Hans boleh selaraskan serta bengkokkan supaya mudah untuk Hans membersihkan perabot atau sudut-sudut tertentu mengikut keluasan ruang atau ketinggian sesuatu tempat yang Hans sedang bersihkan. Jadi, perkara ini sangat membantu betul untuk Hans bersihkan kipas serta kawasan atas almari tanpa perlu Hans menggunakan tangga atau kerusi. Serius memang memudahkan kerja Hans! Seronok betul guna vakum ini.

RUANG DAN SUDUT INI DULU SANGAT SUSAH NAK BERSIHKAN. SEKARANG? NAMPAK BERSIH DAN CERAH!

Motor power Vacuum Cleaner Cordless Stick ini ialah 170W dimana Hans boleh guna selama lebih 40 minit untuk sekali guna bagi membersihkan rumah Hans. Kalau bateri habis pun tak risau sebab bateri Vakum ini boleh dicas semula. Tempat pengecas bateri vakum ini pun sangat moden macam tempat pengecas bateri telefon yang harga ribu-ribu tu. Nampak elegan dan ekslusif! Kapasiti bateri akan penuh dalam tempoh 3 hingga 4 jam dan selepas itu Hans kembali gunakan Vacuum Cleaner Cordless Stick ini dengan gembira untuk membersihkan rumah!


HASIL VAKUM DI KAWASAN ATAS ALMARI DAN KIPAS! MANA DATANG LAH DEBU-DEBU INI ENTAH!

Apabila setiap sudut dan kawasan boleh diterokai maka semestinya banyak debu-debu, habuk serta bulu-bulu kucing yang dapat dijejaki, disedut dan dibersihkan. Jadi, sememangnya Hans risau juga tentang kapasiti debu dan habuk yang boleh disimpan di dalam bekas habuk Vacuum Cleaner Cordless Stick daripada BEKO ini. Tetapi, tidak perlu risau kerana ruang simpanan habuknya berkapasiti 0.5L dan sangat mudah untuk bersihkan jika habuk di dalam bekas sudah penuh. Hanya buka dan tuangkan ke dalam tong sampah. Kemudian tutup semula dan kembali menggunakan vakum untuk membersihkan rumah tanpa ragu-ragu. Sudah tidak perlu nak beriya-iya mengetuk kawasan bekas habuk semata-mata nak keluarkan debu sampai terbatuk-batuk dibuatnya. Memang berbaloi!


BOLEH BENGKOK KE ATAS DAN KE BAWAH TAU! SERIUS SENANG NAK CUCI RAK-RAK APA SEMUA! MUDAH!

Selain itu, Hans juga cukup suka dengan reka bentuk Vacuum Cleaner Cordless Stick daripada BEKO ini dimana tapak untuk meletakkan vakum ini juga turut direka khas untuk meletak segala jenis peralatan yang lain seperti kepala penyedut habuk yang berlainan. Jadi, Hans hanya perlukan ruang yang sangat kecil dan minima untuk menyimpan vakum ini dan perkara ini juga membuatkan Hans sangat gembira kerana menjimatkan penggunaan ruang rumah Hans yang kecil ini. Memang genius betul pereka model vakum ini sebab bukan sahaja memudahkan dari segi penggunaan tetapi juga dari sudut penyimpanan. Terbaik! 


Secara jujurnya, Hans memang sangat suka menggunakan BEKO VACUUM CLEANER CORDLESS STICK ini kerana ia bukan sahaja terbukti berkesan di dalam membersihkan kotoran habuk, debu dan bulu kucing tetapi juga berjaya membuatkan Hans lebih rajin untuk mengemas rumah disebabkan vakum ini mudah digunakan dan tidak berat. Sebelum ini sebulan sekali baru rajin nak mengemas. Tetapi, sekarang kalau seminggu memang tiga kali Hans mengemas dan membersihkan rumah mengggunakan Vacuum Cleaner Cordless Stick ini. Jadi, kalau anda sedang mencari vakum yang baru atau ingin menukar vakum lama anda, Hans memang sarankan anda semua untuk memilih BEKO VACUUM CLEANER CORDLESS STICK ini. Pasti puas hati dan akan rasa berbaloi dengan wang yang anda belanjakan untuk mendapatkan produk yang hebat ini!

26 Ulasan

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com

  1. wah senang lah nak bersihkan rumah selepas ni

    BalasPadam
    Balasan
    1. memang senang
      Vacuum nih dah jadi macam penyapu dah
      seminggu 3 kali guna
      seronok guna sebab memang bersih lantai

      Padam
  2. memang memudahkan kerja cordless vacuum mcm ni... saya pun ada tapi brand lain la :-)

    BalasPadam
    Balasan
    1. yes
      Hans memang pertama kali pakai
      rasa seronok gila sebab tak penat
      hahaha

      Padam
  3. skrng ni trend kan cordless vacuum..
    masuk wishlist dlu tp mak kata guna vacuum skrng smpai rosak dlu bru beli lain hahahah..

    lambat lagi la nampaknyaa..

    BalasPadam
    Balasan
    1. hahahaah
      rosakkan sendiri lah
      cepat sikit beli yang cordless vacuum nih

      Padam
  4. Semakin menyenangkan urusan..sblm ni pernah tgn mesin basuh jenama ni..9 tahun jaminan motornya

    BalasPadam
  5. BEKO MEMBANTU HAN RAJIN MENGEMAS RUMAH MEMYEDUT HABUK

    BalasPadam
    Balasan
    1. yes
      kalau tidak malas lah
      ini seminggu 3 kali cuci hah
      hahaha

      Padam
  6. Senang la pakai cordless. Xyah nk tukar2 plug. Nice 😁

    BalasPadam
    Balasan
    1. hahaha tau xper
      kalau tidak haihhh penat nak tukar pasang tukar pasang
      macam nih senang
      angkat jer lepas tu sedut lah dekat sudut mana nak sedut
      hehehe

      Padam
  7. terbaiklah vacum ni.. sy suka yang cordless tapi biasanya harga mahal.. mcm power tools.. kecil pun dah mahal.. tapi senang nak guna

    BalasPadam
    Balasan
    1. yes
      harga dia mahal tapi sebenarnya berbaloi lah rasa bila dah guna tu
      hehehe

      Padam
  8. Balasan
    1. standard harga cordless vacuum
      tapi bila dah guna
      memang sangat berbaloi dengan harga

      Padam
  9. nampak berkilat lantai tu.. bestnya wireless

    BalasPadam
    Balasan
    1. itulah...
      tengok dekat-dekat pun puas hati
      sebab bulu kucing dah tak ada
      hehehe

      Padam
  10. dah lama teringin, dok intai2 kt shopee...selalu nmpk dlm drama korea, mcm best je gunanya..

    BalasPadam
    Balasan
    1. hehehe
      apa lagi
      order lah satu
      memang best guna

      Padam
  11. wahh untung betul ada vacuum cordless ni. takdelah berselirat dengan wayar. harga pun boleh tahan juga. kira berbaloilah kan dengan kualiti

    BalasPadam
  12. Fuhhhh gajet pujaan hati!
    Sebab compact & cordless. Puas hati vaccuum karpet.

    BalasPadam
  13. saya tak ada lagi cordless vacuum. kena beli ni supaya memudahkan bersihkan rumah

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hans maybe bulan depan kut beli Beko Vacuum nih
      sebab memudahkan hidup
      hahaha

      Padam

Catat Ulasan

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com

Terbaru Lebih lama