Sambal Kering Ikan Bilis SpicyMaMa Memang Rangup Dan Pedas

Assalammualaikum dan salam sejahtera buat semua pembaca blog www.hanshanis.com sekalian. Siapa yang sedang membaca sekarang ini yang sangat sukakan makanan pedas? Kiranya kalau tak pedas memang rasa tak seronok betul nak makan. Atau adakah anda suka mencabar diri sendiri dengan makan makanan yang pedas untuk menguji sejauh mana ketahanan atau tahap pedas yang anda mampu hadapi? Macam Hans sendiri memang suka makan pedas dan Hans rasa anda perlu sahut cabaran Hans untuk mencuba satu produk makanan ini yang bukan sahaja pedas tetapi yang paling penting rasanya memang sedap dan cukup rangup iaitu Sambal Kering Ikan Bilis daripada SpicyMama

SAMBAL KERING IKAN BILIS
SPICY MAMA

Harga:
RM16.90 

Berat Bersih:
100gm 

Bahan-Bahan:
Ikan Bilis, Cili, Kacang Rangup, Bawang Merah, Bawang Putih, Gula, Garam & Minyak Masak. 

Kelebihan:
👍HALAL
👍PELBAGAI KHASIAT
👍TIADA PEWARNA TIRUAN
👍MUDAH DIBAWA KEMANA-MANA

Facebook: 

Instagram: 

Hans sendiri sebenarnya telah menikmati dan merasai sendiri betapa pedas dan sedapnya rasa Sambal Kering Ikan Bilis daripada SpicyMama ini. Kalau anda nak tahu, Hans pun sebenarnya baru sahaja tahu tentang kewujudan produk Sambal Kering Ikan Bilis ini melalui iklan yang terpampang di laman instagram Hans. Selalunya Hans tengok sepintas lalu sahaja iklan-iklan ini. Tetapi, memandangkan Hans merupakan spesis manusia yang pantang tengok makanan jadi memang rasa teringin jugalah nak mencuba bila nampak iklan Sambal Kering Ikan Bilis ini di instagram. Cuma Hans masih belum yakin nak mencuba sebab takut rasa tak pedas atau tak sesedap seperti yang digambarkan. Namun, semuanya berubah apabila Hans nampak beberapa pengikut instagram Hans yang memuat naik gambar mereka menikmati Sambal Kering Ikan Bilis ini dengan pelbagai jenis makanan.


Hans pun apa lagi kan? Mulalah jadi 'Hans Bond' si ejen 007 dan cuba merisik tanya dekat mereka nih. Sedap ker? Pedas ker? Berbaloi ker beli? Boleh dikatakan hampir kesemua jawapan yang Hans terima cakap sedap. Ada yang kata rasanya pedas gila! Ada pula yang kata rasanya pedas tetapi buat mereka lebih seronok nak makan! Ada yang cakap memang berbaloi beli sebab Sambal Ikan Bilis ini dalam keadaan kering jadi memang banyak kuantiti yang ada di dalam bekas tersebut berbanding kalau kita beli sambal yang basah dan berat dengan minyak. Hans pun mana boleh duduk diam kan? Hahaha! Mestilah Hans nak rasa sendiri apabila ramai yang bagi pandangan cukup positif dan secara tidak langsung berjaya membuat Hans terhasut untuk mencuba.


Sejarah akhirnya tercipta apabila Sambal Kering Ikan Bilis daripada SpicyMama ini akhirnya berjaya mendarat di meja makan rumah Hans pada minggu lepas hasil penghantaran cemerlang daripada pihak Pos Laju. Memandangkan sekarang Hans memang suka rekod video makan ala-ala mukbang untuk IGTV Hans maka Hans pun bersiap sedia lah menyediakan beberapa makanan seperti nasi putih, telur goreng, roti putih, nugget dan roti canai untuk dimakan bersama dengan sambal kering ikan bilis ini. Masa Hans tengah nak menghias makanan untuk ambil gambar muka depan video Hans, saja lah Hans curi-curi dulu rasa sambal kering ikan bilis ini. Wow! Wow! Wow! Rasa pedas sambal kering ikan bilis ini berjaya menyengat Hans tetapi memang rasanya sedap dan mulalah buat Hans kecur air liur dan tak sabar nak makan. Hahaha!


Tibalah waktunya untuk Hans menikmati sendiri Sambal Kering Ikan Bilis daripada SpicyMama ini. Walawehhhh! Makan dengan roti putih sedap! Makan dengan roti canai sedap! Makan dengan nasi dan telur? Perggghhhhhhhh! Layan sangat-sangat weh! Macam rasa makan nasi lemak tau! Serius sedap gila! Hans punya ghairah makan tu sebab Hans suka tahap pedas sambal kering ikan bilis ini yang berada di tahap pedas membara tetapi sedap! Biji cili pun tak banyak! Ikan bilis pun rangup dan kepala ikan bilis pun susah nak jumpa! Senang cakap Hans memang rasa sangat berbaloi mendapatkan produk ini melalui instagram kerana ianya sedap dimakan dengan pelbagai makanan kegemaran Hans. Kalau anda tak percaya, Hans malas nak cakap banyak! Anda boleh tonton sendiri bagaimana reaksi Hans sewaktu menikmati Sambal Kering Ikan Bilis ini dengan aneka makanan melalui pautan IGTV Hans dibawah.

IGTV HANS:

Nampak tak betapa berseleranya Hans makan Sambal Kering Ikan Bilis ini? Memang serius lazat sangat! Pedas! Rangup! Dibuat pula daripada bahan-bahan yang berkualiti tinggi dimana Hans sendiri tertarik dengan khasiat sambal ini yang kaya dengan Selenium, Vitamin A, D dan E, Kalsium, Protein, Kalium dan Polyunsaturated Asid Lemak. Jadi, produk ini sebenarnya merupakan makanan yang pada Hans sangat bagus kerana menawarkan khasiat-khasiat yang baik untuk keperluan tubuh badan kita. Kira kalau nak makan selalu pun Hans tak rasa risau sangat sebab banyak kelebihannya. Apa yang paling penting, produk Sambal Kering Ikan Bilis daripada SpicyMama ini telah disahkan halal dan tidak menggunakan sebarang pewarna tiruan. Jadi, nak makan pun tak ada rasa was-was! Boleh makan dengan gembiranya!


BERITA BAIK BUAT PARA PEMBACA SEMUA! Hans telah mendapat satu info menarik dimana pihak SpicyMaMa telah mengadakan satu GIVEAWAY yang menawarkan 50 Bekas Sambal Kering Ikan Bilis ini secara percuma pada bulan Jun ini kepada mereka yang bertuah. Caranya mudah sahaja! Anda cuma perlu isi butiran diri dan alamat di dalam pautan borang yang Hans kongsikan dibawah. Anda jangan ingat Hans tak sertai giveaway nih sebab Hans sendiri pun masuk juga tau! Produk memang sudah terbukti sedap! Tiba-tiba ada pula peluang keemasan nak dapatkan Sambal Kering Ikan Bilis ini secara percuma. Rugilah kalau Hans lepaskan peluang nih kan? Harap-harap adalah rezeki untuk Hans dapat menang Giveaway nih. Hahaha! 

GIVEAWAY 50 BEKAS 
SAMBAL KERING IKAN BILIS SPICY MAMA:


Tetapi, kalau anda sudah rasa tidak sabar-sabar lagi nak mencuba sendiri Sambal Kering Ikan Bilis daripada SpicyMama ini, Hans sarankan anda terus sahaja beli daripada mereka. Serius kalau satu bekas sahaja memang tak cukup sebab sedap sangat. Tambah-tambah kalau bilangan ahli keluarga anda ramai. Hans yakin mesti masing-masing berebut nak makan dan menambah-nambah sambal kering ikan bilis yang sedap ini dalam makanan sendiri. Jadi, Hans telah kongsikan dengan semua berkenaan info serta laman sosial SPICYMAMA pada permulaan artikel ini. Selamat mencuba dan menjamu selera! Betul-Betul Spicy! Betul-Betul Rangup!

80 تعليقات

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com

  1. waduh sedap betul ni. kalau mama letak aje kat semua makanan confirm lagi menyelerakan

    ردحذف
    الردود
    1. yups
      macam Hans suka pedas
      so memang rasa sedap lah
      hehehe

      حذف
  2. wahhh mantap betul nengoknya orang tu makan

    ردحذف
    الردود
    1. hahahaha
      berselera makan kan
      sedap kalau makan dengan nasi putih panas-panas dan telur sebiji
      confirm menambah je nasi

      حذف
  3. wow sedaptu dimakan dgn nasi r roti..boleh jadi pembuka selera bersama lauk2 lain

    ردحذف
    الردود
    1. alhamdulillah
      memang kena dengan selera Hans
      pedas rangup tu buat rasa makin berselera nak makan tu

      حذف
  4. Nampak rangup tu..makan dgn nasi kosong panas2..sedap!

    ردحذف
    الردود
    1. wajib tambah telur, kacang dan timun
      jadilah nasi lemak segera
      hehehe

      حذف
  5. ni kalau makan mesti krup krap krup krap je ni haha. Tengok produk dia pun dah boleh terliur dah. Untung siapa yang menang giveaway spicymama ni nanti

    ردحذف
    الردود
    1. hahaha
      kalau Hans ada mic ASMR memang confirm dengar bunyi krup krap krup tu
      itulah
      harap Hans menang
      kahkahkah

      حذف
  6. Ada bagi percuma lagi. Boleh tahu tahap kepedasan sebelum beli.

    ردحذف
    الردود
    1. yeah
      try lah join giveaway tu
      mana tahu rezeki menang
      hehe

      حذف
  7. Favourite ni. Nak kena cari juga buat stok makan dengan nasi.

    ردحذف
  8. terbaik.. support keluaran bumiputera.

    ردحذف
    الردود
    1. cuba lah try
      sedap ohhh
      mana tau kena dengan selera
      jangan lupa join giveaway tu :)

      حذف
  9. الردود
    1. cuba beli satu
      tak pun join giveaway tu
      mana tau rezeki menang
      boleh rasa sambal nih
      confirm puas hati

      حذف
  10. Wow hans lapo pulak tgk mlm2 nih ^_^ biasa sambal kering camtu sedap mkn nasi panas2 pastu buat telur grg sebiji..perghhh sedap, layan habis! :p

    ردحذف
    الردود
    1. memang layan
      macam Hans makan dekat video IGTV tu
      makan dengan nasi putih dan telur mata
      sedap sungguh

      حذف
  11. Terima kasih sudi melawat. Tedi follow #3862

    ردحذف
  12. Makan dengan nasi lemak pun power ni

    ردحذف
  13. alamak lidah saya kurang tahan pedas..

    cepat batuk jika dipaksa ..

    bagaimanapun sambal yang pedas amat bagus untuk mereka yang tahan lasak

    ردحذف
    الردود
    1. owhhh
      try lah cabar diri makan sambal kering ikan bilis nih :)

      حذف
  14. Wah enaknyaaa ..., disantap dengan nasi panas akan makin terasa sedap.

    ردحذف
    الردود
    1. betul
      Hans makan dengan nais panas
      memang rasa sedap sangat

      حذف
  15. Suka gak sambal kering camni. time lapar makan dengan roti memang settle masalah lapar. takpun makan dengan nasi panas.

    ردحذف
    الردود
    1. yes
      makan dengan roti sedap
      makan dengan nasi putih panas-panas pun sedap

      حذف
  16. kalau makan sambil tgok Tv kejap je abis ni. rangup n pedas ni..

    ردحذف
  17. Tengok pun tahu pedasssss, merah menyala!
    Dan nampak sedap! Fuh ini simpan buat stok kat rumah makan dengan nasi panas & telur mata pun dah cukup. Tak payah masak dah, eh haha.
    Tapi memang pedas membara ke?

    ردحذف
    الردود
    1. macam Hans makan pedas
      so bagi Hans rasa pedas dia tu Hans boleh tahan dan sedap

      حذف
  18. wow! tapi saya tak makan pedas.. huhu

    ردحذف
  19. Wow sambal bilis sedap 👍🏻👍🏻👍🏻

    ردحذف
    الردود
    1. memang sedap tau
      rugi kalau tak cuba
      harga pun berpatutan sebab produk nih sambal kering.
      Jadi, ada banyak sebenarnya dalam bekas tu.

      حذف
  20. Harganya boleh tahan tu dengan berat 100 gram. Mesti sedap rasanya!

    ردحذف
    الردود
    1. yes
      berat 100gram tapi sebab dia sambal kering...so memang banyak sebenarnya portion dalam bekas tu
      memang sedap sangat :)

      حذف
  21. wah sedap ni dapat makan dgn nasi..hehe

    ردحذف
    الردود
    1. memang kombinasi makan dengan nasi sedap dan kena dengan selera

      حذف
  22. الردود
    1. bagi hans yang memang makan pedas.
      rasa pedas dia tu ada tapi Hans boleh tahan dan sedap.
      tapi Housemate Hans cakap pedas gila tapi dia suka dan cakap sedap juga.
      so, depends pada orang lah. hehehe.

      حذف
  23. Suka yang pedas sederhana je sebab kalau yang terlebih tu siap la hidung keluar air. Hahahaha

    ردحذف
    الردود
    1. hahha
      hans rasa yang ini pedas yang okay
      tak ada pula makan hari tu keluar air hidung ke air mata ker
      steady jer
      hahaha

      حذف
  24. الردود
    1. kan
      puas hati makan dengan nasi panas
      boleh bertambah-tambah pinggan kita dibuatnya sebab sedap sangat sambal nih

      حذف
  25. Triggered betul nak join GA tu. Uish melelh liur tengok review

    ردحذف
    الردود
    1. hahaha
      sila-sila join..mana tahu rezeki menang.
      hehe thanks sudi tonton igtv Hans.

      حذف
  26. الردود
    1. memang sedap dan kena dengan citarasa Hans
      cuba lah beli sebekas.
      tak menyesal ohhh

      حذف
  27. kalau makan nasi panas2 ni mau bertambah dan bertambah ni hans.

    ردحذف
    الردود
    1. hahaha
      yups
      macam Hans lah...bertambah jer nasi makan dengan sambal kering ikan bilis nih

      حذف
  28. Sedap ni makan dengan nasi panas-panas.

    ردحذف
    الردود
    1. memang sedap sangat
      rugi kalau tak cuba
      bertambah-tambah kita dibuatnya sebab makan penuh selera.

      حذف
  29. hehehehe
    ar ar
    nasi impit pun macam masuk juga kalau makan dengan sambal nih

    ردحذف
  30. Alahai teringin nk cuba. Tp kena tggu perut betul2 ok dulu.

    ردحذف
  31. kami satu family memang suka makan pedas even si kecik 3 tahun ni pun ok je

    ردحذف
  32. sedapnye....rietta suka buat bekal masa tinggal di asrama dulu....

    ردحذف
  33. Nampak sedap tu, makan dengan nasik mesti menambah nanti ni..

    ردحذف
  34. sedap ni .buat pembuka selera makan dgn apa pun boleh

    ردحذف
  35. nampak rangup sangat sambal ikan bilis kering tu

    ردحذف
    الردود
    1. memang rangup
      makan bunyi krup krap krup krap jer
      hehehe

      حذف
  36. kecurnya air liur! hahahah

    https://nasuha-itsmyessay.blogspot.com/2020/08/cuya-join-pertandingan-sajak.html

    ردحذف

إرسال تعليق

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com

أحدث أقدم