Assalammualaikum dan salam sejahtera buat semua pembaca blog www.hanshanis.com sekalian. Siapa yang sedang membaca sekarang ini yang sangat sukakan makanan pedas? Kiranya kalau tak pedas memang rasa tak seronok betul nak makan. Atau adakah anda suka mencabar diri sendiri dengan makan makanan yang pedas untuk menguji sejauh mana ketahanan atau tahap pedas yang anda mampu hadapi? Macam Hans sendiri memang suka makan pedas dan Hans rasa anda perlu sahut cabaran Hans untuk mencuba satu produk makanan ini yang bukan sahaja pedas tetapi yang paling penting rasanya memang sedap dan cukup rangup iaitu Sambal Kering Ikan Bilis daripada SpicyMama.
SAMBAL KERING IKAN BILIS
SPICY MAMA
Harga:
RM16.90
Berat Bersih:
100gm
RM16.90
Berat Bersih:
100gm
Bahan-Bahan:
Ikan Bilis, Cili, Kacang Rangup, Bawang Merah, Bawang Putih, Gula, Garam & Minyak Masak.
Kelebihan:
👍HALAL
👍PELBAGAI KHASIAT
👍TIADA PEWARNA TIRUAN
👍MUDAH DIBAWA KEMANA-MANA
Facebook:
Instagram:
Hans sendiri sebenarnya telah menikmati dan merasai sendiri betapa pedas dan sedapnya rasa Sambal Kering Ikan Bilis daripada SpicyMama ini. Kalau anda nak tahu, Hans pun sebenarnya baru sahaja tahu tentang kewujudan produk Sambal Kering Ikan Bilis ini melalui iklan yang terpampang di laman instagram Hans. Selalunya Hans tengok sepintas lalu sahaja iklan-iklan ini. Tetapi, memandangkan Hans merupakan spesis manusia yang pantang tengok makanan jadi memang rasa teringin jugalah nak mencuba bila nampak iklan Sambal Kering Ikan Bilis ini di instagram. Cuma Hans masih belum yakin nak mencuba sebab takut rasa tak pedas atau tak sesedap seperti yang digambarkan. Namun, semuanya berubah apabila Hans nampak beberapa pengikut instagram Hans yang memuat naik gambar mereka menikmati Sambal Kering Ikan Bilis ini dengan pelbagai jenis makanan.
Hans pun apa lagi kan? Mulalah jadi 'Hans Bond' si ejen 007 dan cuba merisik tanya dekat mereka nih. Sedap ker? Pedas ker? Berbaloi ker beli? Boleh dikatakan hampir kesemua jawapan yang Hans terima cakap sedap. Ada yang kata rasanya pedas gila! Ada pula yang kata rasanya pedas tetapi buat mereka lebih seronok nak makan! Ada yang cakap memang berbaloi beli sebab Sambal Ikan Bilis ini dalam keadaan kering jadi memang banyak kuantiti yang ada di dalam bekas tersebut berbanding kalau kita beli sambal yang basah dan berat dengan minyak. Hans pun mana boleh duduk diam kan? Hahaha! Mestilah Hans nak rasa sendiri apabila ramai yang bagi pandangan cukup positif dan secara tidak langsung berjaya membuat Hans terhasut untuk mencuba.
Sejarah akhirnya tercipta apabila Sambal Kering Ikan Bilis daripada SpicyMama ini akhirnya berjaya mendarat di meja makan rumah Hans pada minggu lepas hasil penghantaran cemerlang daripada pihak Pos Laju. Memandangkan sekarang Hans memang suka rekod video makan ala-ala mukbang untuk IGTV Hans maka Hans pun bersiap sedia lah menyediakan beberapa makanan seperti nasi putih, telur goreng, roti putih, nugget dan roti canai untuk dimakan bersama dengan sambal kering ikan bilis ini. Masa Hans tengah nak menghias makanan untuk ambil gambar muka depan video Hans, saja lah Hans curi-curi dulu rasa sambal kering ikan bilis ini. Wow! Wow! Wow! Rasa pedas sambal kering ikan bilis ini berjaya menyengat Hans tetapi memang rasanya sedap dan mulalah buat Hans kecur air liur dan tak sabar nak makan. Hahaha!
Tibalah waktunya untuk Hans menikmati sendiri Sambal Kering Ikan Bilis daripada SpicyMama ini. Walawehhhh! Makan dengan roti putih sedap! Makan dengan roti canai sedap! Makan dengan nasi dan telur? Perggghhhhhhhh! Layan sangat-sangat weh! Macam rasa makan nasi lemak tau! Serius sedap gila! Hans punya ghairah makan tu sebab Hans suka tahap pedas sambal kering ikan bilis ini yang berada di tahap pedas membara tetapi sedap! Biji cili pun tak banyak! Ikan bilis pun rangup dan kepala ikan bilis pun susah nak jumpa! Senang cakap Hans memang rasa sangat berbaloi mendapatkan produk ini melalui instagram kerana ianya sedap dimakan dengan pelbagai makanan kegemaran Hans. Kalau anda tak percaya, Hans malas nak cakap banyak! Anda boleh tonton sendiri bagaimana reaksi Hans sewaktu menikmati Sambal Kering Ikan Bilis ini dengan aneka makanan melalui pautan IGTV Hans dibawah.
IGTV HANS:
Nampak tak betapa berseleranya Hans makan Sambal Kering Ikan Bilis ini? Memang serius lazat sangat! Pedas! Rangup! Dibuat pula daripada bahan-bahan yang berkualiti tinggi dimana Hans sendiri tertarik dengan khasiat sambal ini yang kaya dengan Selenium, Vitamin A, D dan E, Kalsium, Protein, Kalium dan Polyunsaturated Asid Lemak. Jadi, produk ini sebenarnya merupakan makanan yang pada Hans sangat bagus kerana menawarkan khasiat-khasiat yang baik untuk keperluan tubuh badan kita. Kira kalau nak makan selalu pun Hans tak rasa risau sangat sebab banyak kelebihannya. Apa yang paling penting, produk Sambal Kering Ikan Bilis daripada SpicyMama ini telah disahkan halal dan tidak menggunakan sebarang pewarna tiruan. Jadi, nak makan pun tak ada rasa was-was! Boleh makan dengan gembiranya!
BERITA BAIK BUAT PARA PEMBACA SEMUA! Hans telah mendapat satu info menarik dimana pihak SpicyMaMa telah mengadakan satu GIVEAWAY yang menawarkan 50 Bekas Sambal Kering Ikan Bilis ini secara percuma pada bulan Jun ini kepada mereka yang bertuah. Caranya mudah sahaja! Anda cuma perlu isi butiran diri dan alamat di dalam pautan borang yang Hans kongsikan dibawah. Anda jangan ingat Hans tak sertai giveaway nih sebab Hans sendiri pun masuk juga tau! Produk memang sudah terbukti sedap! Tiba-tiba ada pula peluang keemasan nak dapatkan Sambal Kering Ikan Bilis ini secara percuma. Rugilah kalau Hans lepaskan peluang nih kan? Harap-harap adalah rezeki untuk Hans dapat menang Giveaway nih. Hahaha!
GIVEAWAY 50 BEKAS
SAMBAL KERING IKAN BILIS SPICY MAMA:
SAMBAL KERING IKAN BILIS SPICY MAMA:
Tetapi, kalau anda sudah rasa tidak sabar-sabar lagi nak mencuba sendiri Sambal Kering Ikan Bilis daripada SpicyMama ini, Hans sarankan anda terus sahaja beli daripada mereka. Serius kalau satu bekas sahaja memang tak cukup sebab sedap sangat. Tambah-tambah kalau bilangan ahli keluarga anda ramai. Hans yakin mesti masing-masing berebut nak makan dan menambah-nambah sambal kering ikan bilis yang sedap ini dalam makanan sendiri. Jadi, Hans telah kongsikan dengan semua berkenaan info serta laman sosial SPICYMAMA pada permulaan artikel ini. Selamat mencuba dan menjamu selera! Betul-Betul Spicy! Betul-Betul Rangup!
waduh sedap betul ni. kalau mama letak aje kat semua makanan confirm lagi menyelerakan
BalasPadamyups
Padammacam Hans suka pedas
so memang rasa sedap lah
hehehe
wahhh mantap betul nengoknya orang tu makan
BalasPadamhahahaha
Padamberselera makan kan
sedap kalau makan dengan nasi putih panas-panas dan telur sebiji
confirm menambah je nasi
wow sedaptu dimakan dgn nasi r roti..boleh jadi pembuka selera bersama lauk2 lain
BalasPadamalhamdulillah
Padammemang kena dengan selera Hans
pedas rangup tu buat rasa makin berselera nak makan tu
Nampak rangup tu..makan dgn nasi kosong panas2..sedap!
BalasPadamwajib tambah telur, kacang dan timun
Padamjadilah nasi lemak segera
hehehe
ni kalau makan mesti krup krap krup krap je ni haha. Tengok produk dia pun dah boleh terliur dah. Untung siapa yang menang giveaway spicymama ni nanti
BalasPadamhahaha
Padamkalau Hans ada mic ASMR memang confirm dengar bunyi krup krap krup tu
itulah
harap Hans menang
kahkahkah
Ada bagi percuma lagi. Boleh tahu tahap kepedasan sebelum beli.
BalasPadamyeah
Padamtry lah join giveaway tu
mana tahu rezeki menang
hehe
Menggoda betul ni
BalasPadammemang sedap
Padamcuba lah beli
confirm puas hati
Favourite ni. Nak kena cari juga buat stok makan dengan nasi.
BalasPadamsila-sila beli
Padamconfirm tak menyesal
sedap tau
terbaik.. support keluaran bumiputera.
BalasPadamcuba lah try
Padamsedap ohhh
mana tau kena dengan selera
jangan lupa join giveaway tu :)
Waalaikumussalam. Terliurnyaaaa
BalasPadamcuba beli satu
Padamtak pun join giveaway tu
mana tau rezeki menang
boleh rasa sambal nih
confirm puas hati
Wow hans lapo pulak tgk mlm2 nih ^_^ biasa sambal kering camtu sedap mkn nasi panas2 pastu buat telur grg sebiji..perghhh sedap, layan habis! :p
BalasPadammemang layan
Padammacam Hans makan dekat video IGTV tu
makan dengan nasi putih dan telur mata
sedap sungguh
Terima kasih sudi melawat. Tedi follow #3862
BalasPadamterima kasih sudi follow blog saya
PadamMakan dengan nasi lemak pun power ni
BalasPadamyes
Padamconfirm power
sedap
alamak lidah saya kurang tahan pedas..
BalasPadamcepat batuk jika dipaksa ..
bagaimanapun sambal yang pedas amat bagus untuk mereka yang tahan lasak
owhhh
Padamtry lah cabar diri makan sambal kering ikan bilis nih :)
Wah enaknyaaa ..., disantap dengan nasi panas akan makin terasa sedap.
BalasPadambetul
PadamHans makan dengan nais panas
memang rasa sedap sangat
nampak sedap ni...
BalasPadambukan setakat nampak
Padammemang rasanya sedap :)
Suka gak sambal kering camni. time lapar makan dengan roti memang settle masalah lapar. takpun makan dengan nasi panas.
BalasPadamyes
Padammakan dengan roti sedap
makan dengan nasi putih panas-panas pun sedap
kalau makan sambil tgok Tv kejap je abis ni. rangup n pedas ni..
BalasPadamwahhh
Padamdah jadi kudap-kudapan
hahaha
Tengok pun tahu pedasssss, merah menyala!
BalasPadamDan nampak sedap! Fuh ini simpan buat stok kat rumah makan dengan nasi panas & telur mata pun dah cukup. Tak payah masak dah, eh haha.
Tapi memang pedas membara ke?
macam Hans makan pedas
Padamso bagi Hans rasa pedas dia tu Hans boleh tahan dan sedap
Sedap ni :)
BalasPadammemang sedap :)
Padamwow! tapi saya tak makan pedas.. huhu
BalasPadamalaaaa
Padamcuba lah try
sedap owhhh
Wow sambal bilis sedap 👍🏻👍🏻👍🏻
BalasPadammemang sedap tau
Padamrugi kalau tak cuba
harga pun berpatutan sebab produk nih sambal kering.
Jadi, ada banyak sebenarnya dalam bekas tu.
Harganya boleh tahan tu dengan berat 100 gram. Mesti sedap rasanya!
BalasPadamyes
Padamberat 100gram tapi sebab dia sambal kering...so memang banyak sebenarnya portion dalam bekas tu
memang sedap sangat :)
wah sedap ni dapat makan dgn nasi..hehe
BalasPadammemang kombinasi makan dengan nasi sedap dan kena dengan selera
Padammemang pedas kan :)
BalasPadambagi hans yang memang makan pedas.
Padamrasa pedas dia tu ada tapi Hans boleh tahan dan sedap.
tapi Housemate Hans cakap pedas gila tapi dia suka dan cakap sedap juga.
so, depends pada orang lah. hehehe.
Suka yang pedas sederhana je sebab kalau yang terlebih tu siap la hidung keluar air. Hahahaha
BalasPadamhahha
Padamhans rasa yang ini pedas yang okay
tak ada pula makan hari tu keluar air hidung ke air mata ker
steady jer
hahaha
Memang sedap layan dengan nasi Panas
BalasPadamkan
Padampuas hati makan dengan nasi panas
boleh bertambah-tambah pinggan kita dibuatnya sebab sedap sangat sambal nih
Triggered betul nak join GA tu. Uish melelh liur tengok review
BalasPadamhahaha
Padamsila-sila join..mana tahu rezeki menang.
hehe thanks sudi tonton igtv Hans.
Sedap nih..
BalasPadammemang sedap dan kena dengan citarasa Hans
Padamcuba lah beli sebekas.
tak menyesal ohhh
kalau makan nasi panas2 ni mau bertambah dan bertambah ni hans.
BalasPadamhahaha
Padamyups
macam Hans lah...bertambah jer nasi makan dengan sambal kering ikan bilis nih
Sedap ni makan dengan nasi panas-panas.
BalasPadammemang sedap sangat
Padamrugi kalau tak cuba
bertambah-tambah kita dibuatnya sebab makan penuh selera.
hehehehe
BalasPadamar ar
nasi impit pun macam masuk juga kalau makan dengan sambal nih
Alahai teringin nk cuba. Tp kena tggu perut betul2 ok dulu.
BalasPadamkenapa dengan perut tu sis?
Padamkami satu family memang suka makan pedas even si kecik 3 tahun ni pun ok je
BalasPadamwah
Padamhebat si kecik
3 tahun makan pedas dah
sensadi pedas ... mantap
BalasPadammemang mantap
Padamcuba lah
sedap
sedapnye....rietta suka buat bekal masa tinggal di asrama dulu....
BalasPadamhehehe
Padamteringat memori lama tu
Nampak sedap tu, makan dengan nasik mesti menambah nanti ni..
BalasPadammacam dalam video Hans tu
Padamkan menambah sakan
hahaha
sedap ni .buat pembuka selera makan dgn apa pun boleh
BalasPadamyer betul tu
Padammemang menambah rasa bagi sedap lagi
nampak rangup sangat sambal ikan bilis kering tu
BalasPadammemang rangup
Padammakan bunyi krup krap krup krap jer
hehehe
Bagus ni support local product
BalasPadamsebab sedap
Padammemang puas hati makan :)
kecurnya air liur! hahahah
BalasPadamhttps://nasuha-itsmyessay.blogspot.com/2020/08/cuya-join-pertandingan-sajak.html
Catat Ulasan
Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com