The Chicken Rice Shop : RM20 Untuk 3 Set Makanan

Assalammualaikum dan salam sejahtera buat semua pembaca blog www.hanshanis.com sekalian. Setelah hampir 3 bulan Hans tidak menjejakkan kaki ke pusat membeli-belah dan akhirnya sejarah tercipta kembali apabila Hans berkunjung ke IOI Mall Puchong untuk berjumpa, lepak dan bergosip dengan rakan Hans. Seperti biasa akan ada satu masalah biasa yang menjadi luar biasa akan menghantui diri kita apabila muncul soalan panas iaitu, "Nak makan dekat mana?" 


Jadi, seperti biasa lah Hans dan rakan pun berjalan ulang-alik ke sana ke sini mencari tempat makan yang sedap, menarik tetapi harga mampu bayar. Maklum sahaja lah nak dekat hujung-hujung bulan ini gaji mana masuk lagi. Hahaha! Nak dijadikan cerita, Hans ternampak cawangan The Chicken Rice Shop (TCRS) dekat IOI Mall Puchong ini ada buat promosi yang sangat luar biasa sempena Ulang Tahun Ke-20 mereka. Rupa-rupanya semua cawangan mereka yang lain turut menjalankan promosi yang sama. Ternganga tau Hans dan rakan Hans apabila dapat tahu harga untuk promosi hebat mereka ini.


The Chicken Rice Shop kini sedang menjalankan promosi Ayam Untuk Semua dimana promosi ini menawarkan set makanan untuk 3 orang makan dengan tawaran harga cuma RM20 sahaja. Hans pun tanpa fikir panjang lagi terus ajak kawan Hans makan dekat sini. Tambah-tambah Hans memang penggemar nasi ayam TCRS ini. Memang rasa seronok lah sebab selalu satu set dia pun lebih kurang RM10. Ini dapat 3 set nasi ayam dengan ayam, sayur dan air sekali dengan harga yang serius sangat murah. Secara matematiknya, satu set cuma berharga sekitar RM6.90 hingga RM7.00 sahaja. Serius memang betul-betul menjimatkan wang Hans.

Menu Ayam Untuk Semua ini terdiri daripada:
  • 1/4 Ayam (Roast / Steamed / Soy Sauce)
  • Single Serve Chicken (Roast / Steamed / Soy Sauce)
  • Pilihan Antara Pak Choy Oyster Sauce (L) / Ipoh Bean Sprouts (L)
  • 3x 12oz Soft Drinks
  • 3x Bowls of Chicken Rice
  • 3x Soup of the Day


Hans pun terdetik nak bertanya dekat pekerja disitu tentang waktu bila promosi ini berlangsung dan sampai bila sebab Hans memang bercadang nak datang lagi nanti sebab murah sangat. Rupa-rupanya The Chicken Rice Shop menawarkan sehingga 20,000 set menu Ayam Untuk Semua terhad untuk 20,000 pelanggan terawal mereka ekslusif bermula dari 18 Jun 2020.⁣ Alhamdulillah Hans berpeluang dapat makan dengan harga murah sebab promosi hebat nih masih berlangsung. Apa yang lebih menarik apabila pihak The Chicken Rice Shop juga berhasrat untuk menyalurkan sebanyak RM2 daripada setiap pembelian hidangan tersebut ke Program Makanan Pay It Forward demi membantu orang seterusnya membeli Set Ayam Untuk Semua. Program ini bertujuan untuk membolehkan ramai pelanggan menikmati hidangan istimewa ini. Serius memang bagus sangat inisiatif yang dilancarkan oleh The Chicken Rice Shop ini. Hans memang gembira betul dapat makan sepuas hati tadi. Alhamdulillah! Rezeki perut!


Jadi, apa anda tunggu lagi? Tak akan anda nak tengok Hans dan kawan Hans sahaja dapat makan banyak dengan harga yang murah? Anda pun kena makan juga. Jadi, cepat-cepat lah berkunjung ke semua cawangan The Chicken Rice Shop untuk menikmati promosi istimewa Ayam Untuk Semua selagi masih ada. Hans yakin anda pasti tidak akan menyesal sebab kuantiti, servis dan rasa tetap dijaga rapi seperti biasa. Selamat menjamu selera dan ingat satu perkara penting ini - The Chicken Rice Shop, bukan sekadar nasi ayam! Kok Kok Kok Kok!

Facebook The Chicken Rice Shop:


83 تعليقات

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com

  1. promosi hebat ni.. adoi pergi terawal pulak rituu.
    kalo x boleh grab promosi ni..

    ردحذف
    الردود
    1. alahhhh
      hahaha
      kalau tidak dah kenyang perut suka hati leh makan banyak
      pergi lah lagi
      hahaha

      حذف
  2. Fuh! tak sabar nak pegi TCR nk rebut peluang nih ^_^

    ردحذف
    الردود
    1. sila pergi cepat sebelum terlepas
      sebab terhad pada 20 ribu orang pelanggan jer
      hehehe

      حذف
  3. 2 orang makan untuk 3 set? Hehe agaknya untuk makan di situ. Boleh bawa pulang(takeaway) tak?

    ردحذف
    الردود
    1. kena makan dekat situ sebab dine in
      tak boleh bawa balik
      dia benda tu kita beli seorang jer boleh...tapi kalau tak larat makan banyak..bawa lah sorang or dua kawan
      hehehe

      حذف
  4. 20hengget utk 3 set, mean 6 set rm40, kalau tambah lagi satu portoin lebih kurang 47 gitu, betul kan?

    ردحذف
    الردود
    1. yups
      RM20 dapat 3 set
      so beli lah 2 set...bawa kawan seorang...sis pesan satu..dia pesan 1
      so dapat lah 3 set setiap seorang

      حذف
  5. sedapnya nasi ayam ni, teringin plak nak rasa sebab tengok korang makan terliur

    ردحذف
    الردود
    1. hahahaha
      hans memang suka makan nasi ayam TCRS
      so memang seronok lah dapat makan banyak tapi bayar murah
      hehehe

      حذف
  6. murahnya... dah lama tak makan sini, rindu lah menu dia semua tu...

    ردحذف
    الردود
    1. pergi lah makan sis
      sempat lagi tu
      makan satu family
      jimat dan sedap

      حذف
  7. favourite anak-anak saya ni, sejak pkp lama tak makan

    ردحذف
    الردود
    1. waktu yang sesuai untuk makan sekeluarga
      sementara masih ada kuota nih
      hahaha

      حذف
  8. Bila last?
    Ayam TCRS sedappp.Selalu kalau pergi mesti order yang soy sauce.

    ردحذف
    الردود
    1. dia tak ada tarikh last sebab once dah cukup 20,000 orang makan set tu..
      maka habis lah dan kembali seperti harga asal :)

      حذف
  9. rm20 utk 3 org makan..memang murahlah. tak pernah pekena lagi ayam tcrs ni. kena check dah abis ke belum promosinya.. boleh cuba haha

    ردحذف
    الردود
    1. kena pergi cepat2
      kuota untuk 20,000 pelanggan terawal
      hehehe

      حذف
  10. kalau la macam nie..saya pun nak pergi juga la..

    saya juga pengemar nasi ayam

    ردحذف
  11. Banyaknya dapat rm20 tu.. Nakkkk juga..

    ردحذف
    الردود
    1. hehehe
      kalau nak kena pergi dekat The Chicken Rice Shop berdekatan anda sebelum kuota untuk 20,000 pelanggan habis
      hehehe

      حذف
  12. assalamualaikum... hi everything! ;-) sihat ke tu? maaflah... baru laa ni dapat memunculkan diri. bukan sebab kuarantin tapi... err malaslah nak cakap hahaha... tak tau nak cakap apa. just harap lepas ni kita dapat bertegur sapa lagi macam dulu2... jgn lupa jenguk2 blog sy tu. sy dah bersihkan segala habuk dan sawang2 hahaha...see ya!

    ردحذف
  13. Wah betul2 jimat ni. Nak kena pergi cepat sebelum habis kuota hehehe

    ردحذف
  14. namapk pun sodap...tapi berbaloi la dgn harga tu

    ردحذف
  15. Murah sangat tu.
    Takde pulak promo set untuk dua orang ek..hehe

    ردحذف
    الردود
    1. hahaha
      beli jer yang nih
      satu lagi nasi tu buat jadi nasi tambah
      hehehe

      حذف
  16. gile murah wey !! memang kena singgah ni nak kejar sementara stok masih ada tu.. hee~

    ردحذف
  17. Dah cuba dengan family and set ni memang berbaloi, i m going back for lunch with my colleagues.

    ردحذف
  18. lama nda makan chicken rice shop ni..hari2 lalu ja tapi nda pernah singgah

    ردحذف
  19. murahnye..salam kenal done follow.

    ردحذف
    الردود
    1. memang murah gila kan
      salam kenal juga
      thanks follow blog saya

      حذف
  20. الردود
    1. sila makan sekarang
      memang berbaloi-baloi
      sedap dan murah

      حذف
  21. Murahnya. Nk terjah lah. Kot ada lagi kan.

    ردحذف
    الردود
    1. In Sha Allah ada lagi tu
      memang berbaloi makan sekeluarga

      حذف
  22. assalamualaikum...
    wah..murahnya. makan pulak berjemaah, comfirm berselera

    ردحذف
    الردود
    1. waalaikumsalam
      betul tu
      makan ramai-ramai memang meriah dan berselera
      masing-masing laju nak makan
      hahaha

      حذف
  23. dah berzaman x gi the chicken rice shop ni. lps ni buleh gi la ke sana esp masa ada offer ni.....

    ردحذف
    الردود
    1. hans memang selalu juga makan dekat The Chicken Rice Shop
      tu yang seronok tu sebab lepas PKP dapat makan dekat sini

      حذف
  24. aduuu meleleh air liur tengok gambar makanan hans hahahaha

    ردحذف
    الردود
    1. hahaha
      itu tandanya dah wajib pergi makan dah dekat TCRS nih

      حذف
  25. Murah tu cuma rm20 npk sedap2 belaka nti blhlah singgah kst soni

    ردحذف
    الردود
    1. hah
      singgah jangan tak singgah
      jimat, sedap dan semestinya kenyang
      hehehe

      حذف
  26. الردود
    1. sila cuba
      In Sha Allah puas hati sebab nasi ayam dia sedap

      حذف
  27. Bukan sekadar nasi ayam....memang lekat di bibir ja lagu tema depa...

    ردحذف
    الردود
    1. jangan lupa part lirik last sekali tu - Kokkkk kokkk kokkk kokkkk
      hahaha

      حذف
  28. done grab promo tu.. hehe memang jimat! lepas ni nak pergi lagi

    ردحذف
    الردود
    1. alhamdulillah
      rezeki tu dapat lagi grab promo dia
      murah gila kan

      حذف
  29. bestnye kalau makan ramai ramai...dah lama xjengah mall...

    ردحذف
    الردود
    1. hehehe
      itu lah
      bila dapat makan ramai-ramai tu rasa happy betul

      حذف
  30. Ciken rais shoooop rasa nasi ayam sebenar pok pok pok...

    ردحذف
  31. Alamak, tak sempatla nak grab harga Rm20. Payah nak dapat pi TCRS dapat harga bawah RM20 untuk 2 orang makan pun..takde rezeki..

    ردحذف
    الردود
    1. alahhhh
      tak ada rezeki kali ini
      In Sha Allah nanti ada lah tu diorang buat promo lain pula

      حذف
  32. الردود
    1. yes
      memang murah gila
      cuma rasanya promosi dah habis kut
      hehehe

      حذف
  33. Berbaloi sangat ni. Suka gak makan kat TCRS. Paling favourite BBQ Chicken Noodle tu.

    ردحذف
  34. Wah murah tu. Terima Kasih berkongsi info nya.

    ردحذف
  35. Adeh, tetiba rasa lapar pulak nak makan Chicken Rice Shop nie...

    ردحذف
    الردود
    1. hehehehe
      sila-sila
      gi lah makan
      sedap owhhh
      cuma promosi rasanya dah habis lah
      hehehe

      حذف

إرسال تعليق

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com

أحدث أقدم