Assalammualaikum dan salam sejahtera buat semua pembaca blog www.hanshanis.com sekalian. Kali ini Hans nak berkongsi dengan semua pembaca terutama buat mereka yang sukakan makanan Korea untuk mencuba sendiri pelbagai menu menarik yang ditawarkan oleh GAMI Chicken Malaysia yang terletak di Pavilion, Kuala Lumpur.
Dengan slogan 'Taste Seoul Good', Hans sememangnya saya menggemari menu-menu yang dijual di GAMI Chicken Malaysia ini. Untuk pengetahuan semua, GAMI Chicken amat terkenal di kalangan masyarakat Australia sebelum ini. Baru membuka cawangan pertamanya di Malaysia pada akhir tahun 2019, ini adalah kali kedua Hans menikmati menu-menu yang cukup lazat daripada GAMI Chicken Malaysia ini. Pertama kali Hans menikmati hidangan mereka ialah pada bulan Jun 2020 yang lepas di rumah kerana pada ketika itu rakyat Malaysia masih lagi berada di dalam musim PKP.
Jadi, ini adalah kali pertama Hans pergi sendiri ke cawangan GAMI Chicken Malaysia yang terletak di level 1 Pavilion. Serius! Hans memang jatuh cinta dengan dekorasi dalamannya yang sangat cantik. Setiap sudutnya memang sangat sesuai untuk dijadikan tempat bagi sesiapa yang suka bergambar atau berswafoto kerana dipenuhi dengan lukisan mural, barang hiasan serta hasil kreativiti yang cukup menarik. Hans memang bergambar sakan lah dekat sini sebelum makan.
Sewaktu kunjungan Hans ke GAMI Chicken Malaysia baru-baru ini, Hans memang sangat beruntung kerana berpeluang mencuba beberapa menu mereka yang terdapat di dalam promosi Merdeka Deals yang menawarkan harga yang sangat murah. Hans telah mencuba beberapa menu Merdeka Deals seperti dibawah:
BONELESS CHICKEN / HALF CHICKEN SWEET CHILI
BONELESS CHICKEN / HALF CHICKEN SOY GARLIC
SPICY CHICKEN FRIED RICE
SPICY SEAFOOD SOUP
Antara menu terbaru yang Hans cuba di GAMI Chicken Malaysia ini ialah Spicy Seafood Soup yang berharga RM25. Bukan sekadar lazat dimakan bersama nasi tetapi kuantiti bahan-bahan utama di dalam sup juga sangat banyak. Penuh dengan hidangan laut yang membuatkan Hans berasa kekenyangan dan puas hati. Lebih istimewa kerana sup ini diisi di dalam satu bekas unik yang akan memastikan suhu sup sentiasa dalam keadaan panas untuk jangka waktu yang sangat lama. Menarik kan?
Selain itu, Hans memang cukup menggemari hidangan Spicy Chicken Fried Rice daripada GAMI Chicken Malaysia ini sebab rasanya yang sangat unik. Berbeza dengan rasa nasi goreng tempatan tetapi keunikan rasa hidangan ini memang buat Hans tak pernah rasa jemu untuk makan buat kali kedua dan untuk waktu-waktu seterusnya. Hans juga buat pertama kali menikmati menu Mandu Dumplings disini dan apa yang Hans boleh katakan rasanya memang enak. Macam tak cukup pula rasanya 5 biji Mandu tu. Hehehe!
Tetapi, hidangan yang anda wajib makan di GAMI Chicken Malaysia ini ialah BONELESS CHICKEN / HALF CHICKEN yang mempunyai tiga jenis perasa iaitu SOY GARLIC, SWEET CHILI dan ORIGINAL. Serius rasa ayamnya memang lazat sangat sampai Hans tak berhenti makan dan mengunyah. Kali pertama Hans makan di rumah pun sedap walaupun pada ketika itu ayam sudah sejuk. Tambah sewaktu Hans makan di cawangan mereka dalam keadaan panas-panas. Memang terangkat beb! Apa yang membuatkan Hans lebih berselera untuk makan disini kerana bekalan ayam yang mereka gunakan diperoleh daripada pembekal ayam tempatan yang mempunyai sijil halal. Jadi, Hans tak adalah rasa risau makan disini. Kepada anda semua yang belum pernah makan di GAMI Chicken Malaysia, silalah pergi sekarang kerana bukan sahaja menu-menu disini sedap tetapi harganya juga murah. Tambah-tambah sekarang ada pelbagai promosi menarik yang sedang berlangsung di GAMI Chicken Malaysia. Selamat mencuba dan menjamu selera!
Alamat:
Level 1, Pavilion, Bukit Bintang, 55100 Kuala Lumpur.
Laman Sesawang:
lapar perut nengok semua menu tu dik oi, cuma yang nampak merah menyala tu serem... lagilah tengah takde air nih
ردحذفhahaha
حذفmerah menyala tapi bagi Hans tak pedas sangat
pedas sedap jer
hehe
Pernah cuba ayam je... Nnt boleh la try menu lain..
ردحذفsila cuba menu yang lain sama
حذفbest
Wow, terliur tengok menu yang Hans makan tu. Nanti nak try la...
ردحذفtry jangan tak try
حذفsedap owhhh
ahhh nak makan je rasa. hmm
ردحذفhehehehe
حذفpergi Pavilion nanti
wow...tak pernah nampak lagi restoran GAMI nie.. ada kat Pavilion rupanya.. sedap pulak tu.. dah la kita nie peminat makanan korea...
ردحذفyups
حذفcawangan dia dekat Pavilion jer setakat nih
pergi lah makan sana
memang tak menyesal
Ohhh maiiii sedapnya han.. especially the ayam oiii sedapnya huhuhu nakkk
ردحذفhehehe
حذفmemang sedap
berbaloi makan dekat sana
harga pun murah
Boneless Chicken memang sedap, lebih lagi kalau Soy Garlic tu. Sangat puas hati makan sana.
ردحذفjom makan lagi :)
حذفgyoza tu sungguh la menyelerakan!!
ردحذفhehehe semua sedap
حذفSedapnya nampak, bestnya dapat makan2 ;)
ردحذفmemang best tambah-tambah bila semua makanan sedap :)
حذفSedapnyaa... boleh cuba nanti
ردحذفcuba jangan tak cuba
حذفpasti puas hati punya
Kalau pi sana boleh la nak try menu² nii
ردحذفyups
حذفwajib cuba kalau datang ke pavilion
Sedapnya tengok.. Nampak pedas.. Chicken tu.. Haishh nak kene pergi ni
ردحذفpergi jangan tak pergi
حذفharga sangat berpatutan
Price dia okey ke Hans ? Especially for me yg gaji ada xde ni . 😅
ردحذفso far price dia okay
حذفmacam kita makan dekat fast food lain
harga dia tak macam restoran korea lah
memang mampu beli dan makan
Nampak sedap la dumpling dia.. Nanti nak cuba
ردحذفmemang sedap Mandu tu
حذفseronok je makan
Teringin nak cuba spicy seafood soup. Nampak macam sedap jew.
ردحذفsedap dimakan panas-panas
حذفSedapnyaaa
ردحذفmemang sedap :)
حذفBila nak belanja akk makan sini
ردحذفhahaah
حذفhari tu buat giveaway taknak join
I like their Spicy Seafood Soup and also their fried chicken, memang best makan kat sana.
ردحذفyes
حذفHans pun nanti nak repeat lagi
إرسال تعليق
Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com