Beras Ashraffi : Membeli Sambil Menderma

Assalammualaikum dan salam sejahtera buat semua pembaca blog www.hanshanis.com sekalian. Kali ini Hans nak berkongsi dengan anda semua berkenaan beras jenama tempatan yang halal dan diasaskan oleh Ustaz Dr Mohd Ashraf Bin Suarin iaitu Beras Ashraffi dengan tagline Suci, Berkualiti Dan Sedap Dinikmati.



Seperti semua sedia maklum, umat Islam sememangnya wajib menitik beratkan makanan serta minuman yang halal dan Hans sendiri gembira dengan kewujudan Beras Ashraffi ini yang sememangnya dijamin halalan toiyiban dan bersih tanpa perlu lagi diragui. Alhamdulillah kerana kita sebagai pengguna Muslim mempunyai lebih pilihan selepas ini untuk memperoleh sumber beras yang dihasilkan dan dipasarkan oleh syarikat muslim dan secara tidak langsung membantu ekonomi umat Islam di Malaysia sendiri.



Menurut pemilik Beras Ashraffi iaitu Ustaz Dr Mohd Ashraff Suarin yang juga merupakan seorang pendakwah bebas dan pengasas sekolah tahfiz iaitu Pondok Motivasi Tahfiz Hamlatul Qurán (PMTHQ) Tanjung Karang, beliau menyatakan bahawa keistimewaan Beras Ashraffi ini adalah pada sudut harganya yang jauh lebih murah dan rendah berbanding dengan harga beras-beras yang lain. Beras Ashrafii ini boleh didapati di lebih 70 buah kedai di kawasan sekitar Klang Valley dan Hans sangat gembira untuk kongsikan dengan anda semua berkenaan harga runcit setiap jenis Beras Ashraffi untuk rujukan anda:


Beras Putih Ashraffi:
1KG - RM4
5KG - RM20
10KG - RM40

Beras Basmathi Pusa 1401 Ashraffi:
1KG - RM14
5KG - RM70

Selain itu, Hans turut tertarik dengan peratusan hancur Beras Ashraffi yang sangat rendah iaitu hanya 5 peratus sahaja. Lebih istimewa kerana kedua-dua jenis Beras Ashraffi ini adalah beras yang cukup berkualiti. Beras Putih Ashraffi diambil dari Vietnam dan Thailand. Manakala Beras Basmathi Pusa 1401 Ashraffi pula diimport khas dari India dan Pakistan. Disebabkan itu kualiti beras yang dijual sememangnya tidak perlu diragui lagi kerana Beras Ashraffi sememangnya berkualiti tinggi dimana kerjasama antara Pondok Motivasi Sdn Bhd bersama dengan Enigma Food Technology yang merupakan syarikat perunding yang dilantik telah memastikan setiap urusan pengurusan, pemprosesan, pembungkusan, pengedaran dan pengiklanan Beras Ashraffi sentiasa berjalan lancar.


Turut menarik perhatian Hans ialah penglibatan selebriti terkenal iaitu Ebby Yus yang bukan sahaja dilantik sebagai duta Beras Ashraffi tetapi turut terlibat secara langsung sebagai penyelaras bagi menjayakan projek Beras Ashraffi ini serta memperkenalkan jenama ini kepada masyarakat tempatan khususnya umat Islam sendiri yang sememangnya mengenali dan menggemari lakonan serta bakat lawak pelakon hebat ini.


Untuk makluman semua, setiap pembelian Beras Ashraffi ini secara tidak langsung dapat membantu golongan yang memerlukan dari kalangan asnaf, anak yatim dan anak-anak tahfiz kerana sebahagian daripada hasil jualan ini akan disalurkan kepada Pondok Motivasi Tahfiz Hamlatul Qur'an (PMTHQ) untuk menampung pelajar tahfiz disitu yang kebanyakannya merupakan golongan anak yatim dan asnaf. 


Jadi, mari kita menyokong perniagaan umat Islam Malaysia dengan membeli Beras Ashraffi yang cukup berkualiti ini. Membeli sambil menderma! Kenyang dapat! Pahala pun dapat! Untuk mendapatkan Beras Ashraffi ini, Hans kongsikan maklumat dibawah untuk rujukan anda.

BERAS ASHRAFFI (SHOPEE):

INSTAGRAM:

FACEBOOK:


24 تعليقات

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com

  1. 1 kg RM4 ye Hans, tak pernah lagi kak ana dengar atau cuba beras ashraffi ni, mana tahu ada rezeki boleh lah merasa nanti :)

    ردحذف
    الردود
    1. yer baru lagi
      nanti try lah beli dekat shopee
      ada link Hans share tu

      حذف
  2. Pertama kali dgr, siap boleh menderma lagi... Lain drpd yg lain ni

    ردحذف
    الردود
    1. yes
      sambil beli sambil menderma
      kenyang dapat pahala dapat
      hehehe

      حذف
  3. aku suka inisiatfi beli sambil menderma dia dan kalau ada beras perang, confirm aku akan support lebih.. hee~

    ردحذف
  4. Beras keliaran Muslim.. jom sama-sama kita support

    ردحذف
    الردود
    1. keliaran tu macam takut lak baca
      keluaran muslim..hehe
      support jangan tak support

      حذف
  5. alhamdulillah..bagus usaha camni. berbisnes dan memyumbang sekali.

    ردحذف
    الردود
    1. yes
      alhamdulillah
      semoga berkembang maju Beras Ashraffi nih
      amin

      حذف
  6. Wah bagusnya klu macam ni terjamin sgt nak makn sebab tahu beras asal usul

    ردحذف
  7. membeli sambil menderma amalan mulia. Bersama-samalah kita praktikkan, semoga mendapat keberkatan

    ردحذف
    الردود
    1. setuju sangat
      sambil membeli sambil membantu mereka yang memerlukan
      amin

      حذف
  8. Hebat, Ustaz Ashraf! Seronok dengan makin banyak kempen membeli sambil menderma macam ni. Plus produk pun nampak berkualiti. Kena dapatkan juga ni!

    ردحذف
    الردود
    1. yes
      kena beli dan cuba sendiri
      kalau suka boleh terus beli lagi lepas tu

      حذف
  9. Memang bagus membeli sambil menderma, this brand is new to me. Now consumer can have more choices when come to choosing rice

    ردحذف
  10. wah bagusnya. produk baru semoga beras jenama ini akan berkembang maju dan semakin dikenali! 😊

    ردحذف
  11. Bagus cara ni..membeli sambil menderma

    ردحذف
  12. Tak pernah dgr lagi beras ni. Tapi bagus jugak inisiatif beli sambil derma.

    ردحذف

إرسال تعليق

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com

أحدث أقدم