Royale Chulan Bukit Bintang Hotel : Executive Suite Review

Assalammualaikum dan salam sejahtera buat semua pembaca blog www.hanshanis.com sekalian. Baru-baru ini Hans berkesempatan untuk menginap di Hotel Royale Chulan Bukit Bintang selama 2 hari 1 malam dimana ini adalah pengalaman pertama Hans bermalam di hotel yang mewah tersebut. Selalunya Hans hanya berkunjung ke hotel ini jika ada pakej makanan terbaru yang ditawarkan di sini. Namun, kali ini Hans nak berkongsi ulasan Hans untuk hotel ini serta tujuh sebab kenapa Hotel Royale Chulan Bukit Bintang ini harus menjadi pilihan utama anda jika ingin mencari hotel yang sesuai di kawasan Kuala Lumpur untuk menginap bersama keluarga, orang tersayang mahu pun diri sendiri.


TONTON REVIEW HANS UNTUK ROYALE CHULAN BUKIT BINTANG EXECUTIVE SUITE (YOUTUBE)



1) HOTEL ROYALE CHULAN BUKIT BINTANG BERTARAF 4 BINTANG


Sebagai sebuah hotel yang bertaraf 4 bintang, Hans memang mengakui Hotel Royale Chulan Bukit Bintang yang mempunyai 418 bilik ini sememangnya cukup selesa dan mempunyai fasiliti yang bagus. Kawasan hotel ini yang terletak Jalan Bukit Bintang masih kekal utuh walaupun bersaing dengan hotel-hotel, motel serta Airbnb lain di kawasan strategik segitiga emas Kuala Lumpur ini yang tumbuh bagaikan cendawan. Namun, dapat dilihat pihak hotel masih kekal menjaga tahap ekslusif yang sentiasa terpahat pada imej mereka dimana ianya sudah boleh dilihat sewaktu anda pertama kali menjejakkan kai masuk ke ruang lobi hotel yang bukan sahaja kelihatan mewah tetapi juga sangat bersih.


PINTU UTAMA HOTEL ROYALE CHULAN BUKIT BINTANG

KAWASAN LOBI HOTEL ROYALE CHULAN BUKIT BINTANG

RUANG MENUNGGU LOBI HOTEL ROYALE CHULAN BUKIT BINTANG



2) ROYALE CHULAN BUKIT BINTANG EXECUTIVE SUITE YANG LUAS DAN MEWAH

Hans mendapat satu kejutan daripada pihak hotel. Memang betul-betul rezeki namanya kerana bilik Hans yang sepatutnya ialah kategori Superior telah dinaik taraf oleh pihak hotel kepada kategori Executive Suite secara percuma kerana ada kekosongan bilik. Syukur sangat-sangat sebab jarang Hans nak merasa tidur di dalam bilik mewah macam nih. Jadi, apa yang Hans boleh cakap ialah Executive Suite ini sememangnya sangat selesa, luas dan begitu cantik dimata Hans.  

RUANG TAMU EXECUTIVE SUITE 
MACAM TAHU-TAHU HANS NIH HANTU BUAH! HAHA!

ADA MEJA KERJA GUYS! MACAM SLOT DRAMA AKASIA TU! PROJEK BILLION TRILLION!

RUANG BILIK TIDUR EXECUTIVE SUITE YANG LUAS

TILAM DIA MEMANG EMPUK WEH! TIDUR LENA SEMALAMAN!

PANDANGAN RUANG TIDUR EXECUTIVE SUITE DARI SUDUT LAIN

MEJA SOLEK, ALMARI PAKAIAN, SEJADAH, SETERIKA DAN PETI BESI

BILIK MANDI EXECUTIVE SUITE

SYAMPU DENGAN GEL DIA WANGI TAU
SERONOK HANS BERENDAM DALAM BATHTUB NIH 


3) FOOD & BEVERAGE ROYALE CHULAN BUKIT BINTANG


Seperti biasa kalau bermalam di hotel pasti isu makanan menjadi keutamaan Hans. Hahaha! Jadi, Hans gembira kerana dapat menikmati makan malam serta sarapan pagi di Royale Chulan Bukit Bintang ini. Istimewanya makan malam kali ini kerana pihak hotel menghantar terus makanan ke bilik. Jadi, tidak perlu Hans bersusah-payah nak turun bawah. Manakala sarapan pagi seperti biasa dimana Hans gembira dapat makan sepuas hati secara buffet di Sunflowers Brasserie yang terletak di tingkat 1. Memang puas hati!


BAUCAR MAKAN MALAM DAN SARAPAN PAGI 

MUKA TERUJA NAK MAKAN MALAN DEKAT EXECUTIVE SUITE 

FISH N CHIP WITH MUSHROOM SOUP! SERIUS SEDAP! 

SUASANA SARAPAN PAGI DI SUNFLOWERS BRASSERIE



4) KEMUDAHAN HOTEL ROYALE CHULAN BUKIT BINTANG (FACILITIES)


Seperti biasa apabila menginap di hotel, Hans selalunya akan memberi fokus utama kepada kemudahan wifi yang diberikan secara percuma. Alhamdulillah wifi di dalam bilik hotel sememangnya sangat laju dan langsung tiada masalah sambungan internet. Hans nak buat kerja pun senang dan nak muat turun video serta gambar pun cepat sahaja. Selain itu, Hans cukup menyukai kemudahan yang ada di dalam Executive Suite ini dimana bilik ini mempunyai dua buah televisyen dan dua buah bilik air. Serius memang selesa! Tak perlu nak berebut bilik air. Nak berendam dalam bathtub pun tak ada yang kacau! Hahaha! Bukan itu sahaja kerana Hotel Royale Chulan Bukit Bintang juga turut menawarkan kolam renang serta kemudahan gym untuk mereka yang menjaga kesihatan dan stamina. Kalau siapa yang ada anak-anak kecil itu memang tak perlu pening kepala sebab boleh bawa anak-anak mandi dekat kolam renang yang luas dekat hotel ini.


KOLAM RENANG HOTEL DARIPADA ATAS BILIK 

KOLAM RENANG  

GYM HOTEL



5) BERDEKATAN DENGAN TEMPAT-TEMPAT MENARIK DI KUALA LUMPUR


Selain itu, Hans sebenarnya baru perasan bahawa lokasi Royale Chulan Bukit Bintang ini rupa-rupanya sangat berdekatan dengan banyak tempat-tempat menarik yang menjadi tarikan masyarakat tempatan mahu pun pelancong yang datang ke Kuala Lumpur seperti:

PLAZA LOW YAT

PLAZA SUNGEI WANG

SISTEM PENGANGKUTAN AWAM DAN BERDEKATAN DENGAN LOT 10 SERTA PAVILION

BERGAMBAR DI MURAL-MURAL JALAN ALOR YANG CANTIK DAN KREATIF

MAKAN NASI LEMAK WANJO YANG SUMPAH SEDAP GILA (KAWASAN KAMPUNG BARU)

BERGAMBAR DI LOKASI PELANCONGAN TERBARU IAITU PINTASAN SALOMA

MENARA BERKEMBAR PETRONAS (KLCC)



6) KEBERSIHAN HOTEL SENTIASA DITITIKBERATKAN


Memandangkan kita masih berada di dalam keadaan gejala Covid-19 yang kembali meningkat naik, Hans sebenarnya memang puas hati dan rasa lebih yakin kerana pihak Royale Chulan Bukit Bintang sangat menitikberatkan hal-hal berkaitan kebersihan. Bukan sekadar melakukan pemeriksaan suhu serta mencuci tangan sebelum mendaftar tetapi turut membersihkan keseluruhan kawasan bilik sebelum anda masuk ke dalam. Alhamdulillah! Memang rasa selamat sangat!



7) PROMOSI DAN TAWARAN HARGA YANG SANGAT MENARIK 


Berita baik buat anda semua kerana pihak Hotel Royale Chulan Bukit Bintang kini sedang menjalankan promosi yang sangat menarik dimana mereka menawarkan harga bilik yang Hans boleh katakan sangat murah jika melihat kepada status hotel ini yang digelar hotel 4 bintang dan berada di kawasan segitiga emas Kuala Lumpur. Tawaran istimewa ini berlangsung mulai sekarang sehingga 30 November 2020Jadi, rebut peluang ini dengan bermalam di Royale Chulan Bukit Bintang dan lawati serta nikmati tempat-tempat menarik di Kuala Lumpur yang berdekatan dengan hotel ini.


PAKEJ:
STAY & DINE PACKAGE 

HARGA:
RM148 NETT

INFO TAMBAHAN:
Bilik Untuk 2 Orang 
Sarapan Pagi Untuk 2 Orang
Makan Malam Untuk 2 Orang


PAKEJ:
AMAZING STAYCATION DEAL

HARGA:
RM88 NETT (50 Bilik Setiap Hari) 
RM98 NETT (Selepas 50 Bilik Setiap Hari) 


18 Ulasan

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com

  1. suite hotel 4 bintang menyelesakan sgt

    BalasPadam
  2. bilik luas dan cantik, gambar selak langsir tu lawa betoi

    BalasPadam
    Balasan
    1. sebab yang selak tu lah kut gambar jadi lawa
      hahahaaha

      Padam
  3. Serious la Hans? Rm148nett for room then ada breakfast and dinner for 2?wow... So mur mur la....

    BalasPadam
    Balasan
    1. yes memang murah sangat-sangat
      bertuah kalau sapa yang rebut peluang nih sekarang sementara ada promosi nih

      Padam
  4. waaahhh.... lenalah beradu ya. Harga tengah murah nie memang cun kalau nak bersantai-santai duk hotel

    BalasPadam
    Balasan
    1. yes
      itu lah
      rezeki harga tengah murah dengan promosi nih

      Padam
  5. Seriously murah harga tu dengan pakej makan dinner n breakfast. Teringin nk pegi jalan alor n saloma bridge tu. Wahhh. At least tahulah hotel mane yang dekat nak pegi nnti.

    BalasPadam
    Balasan
    1. hehehe
      yeahhhh
      silalah menginap di hotel royale chulan bukit bintang nih
      memang seronok

      Padam
  6. Wahhh, rezeki dapat bilik executive. Bestnya

    BalasPadam
  7. mmg best tu lau dpt pergi dgn hrga all in mcm tu..

    BalasPadam
  8. wah bestnye....harga promosi pun sangat menarik...nasi lemak wanjo tu tgk pun dah nampak sedap....bestnye pakage siap diner...

    BalasPadam
  9. aduhai geramnya nengok fish n chips tu... royal chulan ni memang hotel yang kita tahu bagus dan dah establish kan

    BalasPadam
  10. Bestnyaa, boleh pergi dengan kawan atau adik...

    BalasPadam

Catat Ulasan

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com

Terbaru Lebih lama