Assalammualaikum dan salam sejahtera buat semua pembaca blog www.hanshanis.com sekalian. Baru-baru ini Hans berkesempatan untuk menginap di Hotel Royale Chulan Bukit Bintang selama 2 hari 1 malam dimana ini adalah pengalaman pertama Hans bermalam di hotel yang mewah tersebut. Selalunya Hans hanya berkunjung ke hotel ini jika ada pakej makanan terbaru yang ditawarkan di sini. Namun, kali ini Hans nak berkongsi ulasan Hans untuk hotel ini serta tujuh sebab kenapa Hotel Royale Chulan Bukit Bintang ini harus menjadi pilihan utama anda jika ingin mencari hotel yang sesuai di kawasan Kuala Lumpur untuk menginap bersama keluarga, orang tersayang mahu pun diri sendiri.
TONTON REVIEW HANS UNTUK ROYALE CHULAN BUKIT BINTANG EXECUTIVE SUITE (YOUTUBE)
1) HOTEL ROYALE CHULAN BUKIT BINTANG BERTARAF 4 BINTANG
Sebagai sebuah hotel yang bertaraf 4 bintang, Hans memang mengakui Hotel Royale Chulan Bukit Bintang yang mempunyai 418 bilik ini sememangnya cukup selesa dan mempunyai fasiliti yang bagus. Kawasan hotel ini yang terletak Jalan Bukit Bintang masih kekal utuh walaupun bersaing dengan hotel-hotel, motel serta Airbnb lain di kawasan strategik segitiga emas Kuala Lumpur ini yang tumbuh bagaikan cendawan. Namun, dapat dilihat pihak hotel masih kekal menjaga tahap ekslusif yang sentiasa terpahat pada imej mereka dimana ianya sudah boleh dilihat sewaktu anda pertama kali menjejakkan kai masuk ke ruang lobi hotel yang bukan sahaja kelihatan mewah tetapi juga sangat bersih.
PINTU UTAMA HOTEL ROYALE CHULAN BUKIT BINTANG
KAWASAN LOBI HOTEL ROYALE CHULAN BUKIT BINTANG
RUANG MENUNGGU LOBI HOTEL ROYALE CHULAN BUKIT BINTANG
ADA MEJA KERJA GUYS! MACAM SLOT DRAMA AKASIA TU! PROJEK BILLION TRILLION!
RUANG BILIK TIDUR EXECUTIVE SUITE YANG LUAS
TILAM DIA MEMANG EMPUK WEH! TIDUR LENA SEMALAMAN!
MEJA SOLEK, ALMARI PAKAIAN, SEJADAH, SETERIKA DAN PETI BESI
BILIK MANDI EXECUTIVE SUITE
3) FOOD & BEVERAGE ROYALE CHULAN BUKIT BINTANG
Seperti biasa kalau bermalam di hotel pasti isu makanan menjadi keutamaan Hans. Hahaha! Jadi, Hans gembira kerana dapat menikmati makan malam serta sarapan pagi di Royale Chulan Bukit Bintang ini. Istimewanya makan malam kali ini kerana pihak hotel menghantar terus makanan ke bilik. Jadi, tidak perlu Hans bersusah-payah nak turun bawah. Manakala sarapan pagi seperti biasa dimana Hans gembira dapat makan sepuas hati secara buffet di Sunflowers Brasserie yang terletak di tingkat 1. Memang puas hati!
BAUCAR MAKAN MALAM DAN SARAPAN PAGI
MUKA TERUJA NAK MAKAN MALAN DEKAT EXECUTIVE SUITE
FISH N CHIP WITH MUSHROOM SOUP! SERIUS SEDAP!
SUASANA SARAPAN PAGI DI SUNFLOWERS BRASSERIE
4) KEMUDAHAN HOTEL ROYALE CHULAN BUKIT BINTANG (FACILITIES)
Seperti biasa apabila menginap di hotel, Hans selalunya akan memberi fokus utama kepada kemudahan wifi yang diberikan secara percuma. Alhamdulillah wifi di dalam bilik hotel sememangnya sangat laju dan langsung tiada masalah sambungan internet. Hans nak buat kerja pun senang dan nak muat turun video serta gambar pun cepat sahaja. Selain itu, Hans cukup menyukai kemudahan yang ada di dalam Executive Suite ini dimana bilik ini mempunyai dua buah televisyen dan dua buah bilik air. Serius memang selesa! Tak perlu nak berebut bilik air. Nak berendam dalam bathtub pun tak ada yang kacau! Hahaha! Bukan itu sahaja kerana Hotel Royale Chulan Bukit Bintang juga turut menawarkan kolam renang serta kemudahan gym untuk mereka yang menjaga kesihatan dan stamina. Kalau siapa yang ada anak-anak kecil itu memang tak perlu pening kepala sebab boleh bawa anak-anak mandi dekat kolam renang yang luas dekat hotel ini.
KOLAM RENANG HOTEL DARIPADA ATAS BILIK
KOLAM RENANG
GYM HOTEL
5) BERDEKATAN DENGAN TEMPAT-TEMPAT MENARIK DI KUALA LUMPUR
PLAZA LOW YAT
PLAZA SUNGEI WANG
SISTEM PENGANGKUTAN AWAM DAN BERDEKATAN DENGAN LOT 10 SERTA PAVILION
BERGAMBAR DI MURAL-MURAL JALAN ALOR YANG CANTIK DAN KREATIF
MAKAN NASI LEMAK WANJO YANG SUMPAH SEDAP GILA (KAWASAN KAMPUNG BARU)
BERGAMBAR DI LOKASI PELANCONGAN TERBARU IAITU PINTASAN SALOMA
MENARA BERKEMBAR PETRONAS (KLCC)
6) KEBERSIHAN HOTEL SENTIASA DITITIKBERATKAN
7) PROMOSI DAN TAWARAN HARGA YANG SANGAT MENARIK
Berita baik buat anda semua kerana pihak Hotel Royale Chulan Bukit Bintang kini sedang menjalankan promosi yang sangat menarik dimana mereka menawarkan harga bilik yang Hans boleh katakan sangat murah jika melihat kepada status hotel ini yang digelar hotel 4 bintang dan berada di kawasan segitiga emas Kuala Lumpur. Tawaran istimewa ini berlangsung mulai sekarang sehingga 30 November 2020. Jadi, rebut peluang ini dengan bermalam di Royale Chulan Bukit Bintang dan lawati serta nikmati tempat-tempat menarik di Kuala Lumpur yang berdekatan dengan hotel ini.
suite hotel 4 bintang menyelesakan sgt
ردحذفmemang selesa
حذفtidur lena gila malam tu
hehehe
bilik luas dan cantik, gambar selak langsir tu lawa betoi
ردحذفsebab yang selak tu lah kut gambar jadi lawa
حذفhahahaaha
Serious la Hans? Rm148nett for room then ada breakfast and dinner for 2?wow... So mur mur la....
ردحذفyes memang murah sangat-sangat
حذفbertuah kalau sapa yang rebut peluang nih sekarang sementara ada promosi nih
Bestnya!
ردحذفmemang best
حذفpuas hati tidur sini
waaahhh.... lenalah beradu ya. Harga tengah murah nie memang cun kalau nak bersantai-santai duk hotel
ردحذفyes
حذفitu lah
rezeki harga tengah murah dengan promosi nih
Seriously murah harga tu dengan pakej makan dinner n breakfast. Teringin nk pegi jalan alor n saloma bridge tu. Wahhh. At least tahulah hotel mane yang dekat nak pegi nnti.
ردحذفhehehe
حذفyeahhhh
silalah menginap di hotel royale chulan bukit bintang nih
memang seronok
Wahhh, rezeki dapat bilik executive. Bestnya
ردحذفmmg best tu lau dpt pergi dgn hrga all in mcm tu..
ردحذفWahh best, tumpang seronok..
ردحذفwah bestnye....harga promosi pun sangat menarik...nasi lemak wanjo tu tgk pun dah nampak sedap....bestnye pakage siap diner...
ردحذفaduhai geramnya nengok fish n chips tu... royal chulan ni memang hotel yang kita tahu bagus dan dah establish kan
ردحذفBestnyaa, boleh pergi dengan kawan atau adik...
ردحذفإرسال تعليق
Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com