Assalammualaikum dan salam sejahtera buat semua pembaca blog www.hanshanis.com sekalian. Siapa di antara pembaca setia dekat blog ini merupakan peminat tegar burger? Mesti anda semua sudah mencuba pelbagai jenis burger kan? Tetapi, pernah tak anda makan Sambal Petai Chicken Burger keluaran Marshall's Co yang terletak di SS15, Subang Jaya? Kalau belum lagi maka Hans sarankan untuk anda wajib beli dan rasa sendiri Sambal Petai Chicken Burger mereka yang sangat lazat dan mengenyangkan.
Kalau anda nak tahu, Hans telah mencuba sendiri 3 jenis burger yang dijual oleh Marshall's Co iaitu:
1) Sambal Petai Chicken Burger
2) Creamy Salted Egg Burger
3) Marshalls Original Burger
Sebagai salah seorang peminat petai, Hans pada mulanya berasa agak sangsi dan risau juga memikirkan bagaimana rasa menu Sambal Petai Chicken Burger ini disebabkan buat pertama kali Hans menikmati petai di dalam hidangan burger. Tetapi, apabila gigitan pertama masuk ke dalam mulut dan Hans memang tidak nafikan rasanya sangat sedap dan kena dengan anak tekak Hans ini. Petai yang terdapat di dalam burger sangat segar dan rangup. Lebih menarik ialah rasa sambalnya yang pada Hans sangat kena apabila digabungkan dengan rasa ayam yang empuk. Paling buat Hans teruja kerana bilangan petai yang terdapat di dalam burger ini sangat banyak. Memang berbaloi sangat-sangat dengan harga yang Hans bayar untuk makan Sambal Petai Chicken Burger ini. Terbaik!
Seterusnya, Hans menikmati pula Creamy Salted Egg Burger yang juga merupakan menu baru yang ditawarkan di Marshall's Co ini. Apa yang Hans boleh cakap Hans cukup sukakan rasa sos telur masin yang bukan sahaja melimpah ruah di atas daging ayam tetapi juga kerana kepekatan dan kelazatan rasa yang ditawarkan. Serius memang laju sangat Hans makan sebab sedap betul bila dimakan panas-panas. Memang anda wajib cuba!
Selain itu, Hans juga turut mencuba menu popular mereka iaitu Marshalls Original Burger. Apa yang istimewanya tentang burger ini ialah sos yang sangat sedap. Rasa sosnya mengingatkan Hans kepada sos yang ditawarkan oleh sebuah restoran terkenal yang menawarkan hidangan ribs dan stik di Malaysia. Jadi, Hans memang tidak terkejut kenapa burger ini menjadi burger kegemaran ramai disebabkan rasanya yang memang memukau. Serius, anda memang perlu cuba ketiga-tiga burger ini sekarang!
Istimewanya kerana Marshall's Co kini sedang mengadakan satu promosi istimewa dimana anda boleh membeli burger-burger ini pada harga yang cukup murah daripada biasa. Jadi, rebut peluang ini sekarang dan selamat mencuba menu-menu baharu ini secepat mungkin kerana Hans yakin anda akan sangat berpuas hati dengan kelazatan setiap hidangan dan pasti akan beli lagi kerana tidak puas dengan kelazatan yang ditawarkan. Untuk maklumat lanjut, boleh layari laman sosial Marshall's Co seperti dibawah:
Belanja la satu biji. Asyik makan sorang je xaci lah
ردحذفpergi beli sendiri lah
حذفbaru puas makan sorang-sorang
hehehe
Bestnye, macam tau2 je sis suka petai
ردحذفkalau peminat petai memang wajib cuba
حذفsedap owhhh
Alamak ape rase? Sis suka petai tapi tak tau nak bayang mcm mne. Heheheh
ردحذفrasa ayam dengan sambal petai
حذفbagi hans kombinasi nih memang masuk
Nampak menarik, western meet fusion... Dah la mmg fav petai, yg Salted Egg tu pun nmpk sedap sos dia
ردحذفtiga-tiga tu sedap weh
حذفkenyang aku melahap
hahaha
Pergh potai!!! Bole try ni
ردحذفpotai dia banyak wehhhh
حذفsedap dan puas makan
Yumss dapnya. Gonna try this soon 😋😋😋
ردحذفtry lah sebelum kehabisan stok
حذفserius berbaloi
Wow.. Burger petai. Unik
ردحذفunik dan lazat
حذفserius lepas nih nak repeat makan lagi
What an interesting flavour!
ردحذفyeahhhh
حذفketiga-tiganya sedap sangat
Creamy salted egg sound delicious . petai dgn burger pelik sikit but something kena try . betul tak ?
ردحذفdua-dua sedap tau afiq
حذفmula-mula cuak juga hans nak makan burger petai tu tetapi sekali makan terus nak makan laju-laju taknak bagi kawan ambil banyak
hahaha
Pertama kali diperkenalkan burger sambal petai. Memang julung-julung kali.
ردحذفhehehehe
حذفserius sedap
kalau minat petai memang akan suka burger nih
Pergh lain maciam burger dia. Kena try ni sbb sis peminat tegar sambal petai.
ردحذفmemang wajib try
حذفtak try rugi owhhh
sedap sangat
Wow best nyer! i m craving for that sambal petai chicken burger.
ردحذفyeahhhh
حذفtak silap I boleh beli online
try lah
hehehehe
Wah, please feed me - Auntie a great fan of anything cook with petai!
ردحذفauntie kena cuba
حذفsedap sangat tau
serius tak menyesal beli
Lain macam burger nie... aduhhhh ada sambal petai pulak. Memang kena cubalahhhhhh...
ردحذفheheheh
حذفyes
Hans pun cadang nak repeat buat kali kedua
WOW BURGER PETAI APA RASANYA YA
ردحذفrasa ayam dan petai
حذفserius sedap
Hans suka
wah. unik sgt. nak try gak lah nnt
ردحذفtry lah
حذفconfirm tak menyesal punya sebab sedap
La burger pun dah ada macam² rasa..
ردحذفyes
حذفimprovisasi
heheheh
tapi rasa burger petai nih memang sedap
kena dengan anak tekak orang Malaysia nih
Peminat sambal petai kat sini he he he. Mesti sedap rasa burger tu 😋
ردحذفmemang sedap
حذفcuba lah
confirm tak cukup satu
hehehe
Fuyoo kena try la Sambap Petai Chicken Burger tu. Nampak pon menggoda sangat aihhh.
ردحذفhehehe
حذفmemang menggoda rasanya
serius puas hati
Wahh sedapnya sambal petai chicken burger tu!
ردحذفmemang sedap hasif
حذفrugi kalau tak cuba
Wow rare betul burger ni! Nampak sedap jugak yeaa rasa macam nak try, tapi jauh laa pulak dari rumah huhuuu.
ردحذفhehehe
حذفkena cuba
kalau tidak menyesal if tak sempat makan
habisla bau petai..huhu ni org yg gile mkn petai ni suka la ^o^
ردحذفإرسال تعليق
Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com