Assalammualaikum dan salam sejahtera buat semua pembaca blog www.hanshanis.com sekalian. Bila menginjak usia 30-an ini maka salah satu yang menjadi kerisauan bukan sahaja buat kaum hawa tetapi juga kaum adam sendiri iaitu berkaitan masalah rambut gugur. Macam kawan-kawan Hans sendiri yang Hans lihat sekarang. Kalau dulu rambut semua lebat-lebat belaka! Siap boleh buat macam-macam gaya bila gunting rambut di salon atau kedai mamak. Tetapi, pada masa sekarang mereka masing-masing mula risau apabila rambut semakin menipis di bahagian hadapan serta bahagian kanan dan kiri akibat masalah keguguran rambut yang teruk.
Kejadian rambut gugur ini sebenarnya normal kerana setiap hari rambut kita akan gugur. Tetapi, ianya dalam kuantiti yang sedikit dan seiring dengan peningkatan usia. Namun, apabila ianya tidak terkawal maka mulalah kelihatan ada sebahagian orang yang rambut mereka dikawasan hadapan mula berbentuk huruf M. Ada juga rakan Hans yang bahagian tengah kepala mereka mulai botak. Ada yang terus mengambil keputusan untuk mencukur rambut kerana malu disebabkan hanya mempunyai rambut di kawasan kanan dan kiri telinga sahaja. Faktor-faktor yang menyebabkan masalah keguguran rambut yang kronik ini berlaku kerana gaya hidup yang tidak sihat, tekanan kerja, kekurangan nutrien disebabkan pemakanan yang tidak seimbang, masalah perubahan horman dan persekitaran yang tidak positif. Jadi, masalah rambut gugur ini sememangnya membuatkan sebahagian besar individu yang mengalaminya merasa kurang keyakinan diri dan menjejaskan kualiti hidup mereka setiap hari.
Hans sendiri pun mengakui peningkatan usia membuatkan rambut mulai gugur dan ada juga kawasan rambut hadapan Hans yang mulai menipis. Kadang-kadang tu baru sahaja menyapu lantai bilik. Esok lusa tiba-tiba Hans sudah nampak ada rambut-rambut Hans di lantai. Jadi, memang macam-macam usaha juga lah yang Hans lakukan untuk mengelakkan masalah keguguran rambut ini menjadi semakin kritikal. Risau kalau nanti Hans senasib dengan rakan-rakan lelaki yang lain.
Menariknya apabila baru-baru ini Hans dapat tahu syarikat Himalaya yang terkenal dengan produk-produk keluaran mereka yang berasaskan bahan semulajadi telah melancarkan semula siri Syampu Himalaya Natural Protein 5 dengan formulasi herba yang diperbaharui. Untuk maklumat anda semua, bahan Protein 5 yang terdapat pada produk Syampu Himalaya Natural Protein 5 ini tetap diperoleh dan diambil daripada bahan-bahan semulajadi serta tumbuhan herba eksotik yang bertujuan untuk menguatkan rambut si pengguna. Lebih membuatkan Hans teruja apabila formulasi baru yang diguna pakai di dalam produk ini terbukti meningkatkan kelembutan serta merapikan rambut mereka yang menggunakan produk ini.
Hans juga melihat siri Syampu Himalaya Natural Protein 5 ini merupakan produk yang bagus kerana ianya bebas daripada bahan-bahan kimia seperti MIT, CMIT dan parabens. Siri syampu ini menawarkan anda 6 jenis syampu mengikut kesesuaian kepada jenis rambut anda iaitu:
1) HIMALAYA ANTI-HAIR FALL
Sesuai untuk mereka yang mempunyai rambut lemah dan cepat gugur.
2) HIMALAYA ANTI-DANDRUFF-SOOTHING & MOISTURISING
Sesuai untuk mereka yang ingin melawan kelemumur dan menjaga kulit kepala.
3) HIMALAYA ANTI-DANDRUFF-GENTLE CLEAN
Sesuai untuk mereka yang mempunyai masalah serpihan kelemumur di rambut.
4) HIMALAYA SOFTNESS & SHINE
Sesuai untuk mereka yang mempunyai masalah rambut yang kering.
5) HIMALAYA SMOOTH & SILKY
Sesuai untuk mereka yang mempunyai masalah rambut yang kasar.
6) HIMALAYA REPAIR & GENERATE
Sesuai untuk mereka yang mempunyai masalah rambut rosak dan tidak bermaya.
Produk syampu HIMALAYA ANTI-HAIR FALL sememangnya dikhaskan untuk individu-individu yang mengalami masalah keguguran rambut. Hans memang tak tunggu lama dan membuat keputusan untuk mencuba produk Syampu Himalaya Natural Protein 5 yang diperbaharui ini. Jadi, untuk mendapatkan kesan positif yang maksimum maka Hans menggunakan 3 produk lengkap siri anti rambut gugur daripada Himalaya iaitu Himalaya Anti Hair Fall Oil, Himalaya Anti Hair Fall Shampoo dan Himalaya Leave On Treatment Cream.
LANGKAH 1: HIMALAYA ANTI HAIR FALL OIL
Secara jujurnya, Hans hanya syampu rambut sahaja sebelum ini. Tidak pernah langsung pakai conditioner atau apa-apa yang berkaitan. Jadi, bila kali ini Hans kena cuba 3 produk sekaligus untuk rambut maka Hans agak teruja sebenarnya. Untuk langkah pertama, Hans menggunakan Himalaya Anti Hair Fall Oil dahulu dimana fungsi produk ini untuk menggalakkan pertumbuhan anak rambut dan melembabkan kulit kepala. Hans ratakan ke seluruh rambut serta kulit kepala dan pastikan semua rambut Hans berada di dalam keadaan yang lembab. Hans ramas-ramas rambut dan urut kulit kepala sebelum biarkan selama satu jam.
LANGKAH 2: HIMALAYA ANTI HAIR FALL SHAMPOO
Langkah kedua ialah menggunakan produk Himalaya Anti Hair Fall Shampoo untuk mencuci dan membersihkan rambut anda setiap hari. Menariknya, ia juga turut menguatkan akar rambut agar rambut kita tidak mudah gugur selain membaiki tekstur rambut serta masalah rambut bercabang. Satu perkara yang Hans paling suka tentang produk ini ialah bauannya yang sangat wangi. Lebih menarik walaupun produk ini tidak menggunakan bahan kimia tetapi nikmat sewaktu rambut anda disyampu tetap ada dimana buih-buih masih banyak terhasil. Memang puas hati!
LANGKAH 3: HIMALAYA LEAVE ON TREATMENT CREAM
Langkah ketiga yang juga terakhir adalah merawat rambut dengan produk Himalaya Leave On Treatment Cream. Keringkan rambut anda dengan tuala mandi. Kemudian, sapukan krim pada keseluruhan kulit kepala dan rambut. Selepas itu biarkan sahaja kerana rambut akan kembali seperti biasa dan kelihatan lebih lembab apabila krim mula mengering.
Alhamdulillah! Dari hari ke hari Hans melihat rambut Hans semakin berseri, anak-anak rambut tumbuh di bahagian hadapan dan sentiasa kekal lembab. Kalau dulu rambut Hans memang kelihatan kering memanjang macam orang tak mandi. Tetapi, apabila Hans secara konsisten menggunakan siri penjagaan Syampu Himalaya Natural Protein 5 ini memang Hans memperoleh keputusan positif yang menggembirakan. Jadi, Hans sarankan anda semua untuk mencuba siri Syampu Himalaya Natural Protein 5 yang bersesuaian dengan keadaan rambut anda dan pastinya anda akan berpuas hati dengan produk yang diperbaharui oleh pihak Himalaya ini. Produk-produk ini boleh didapati di cawangan-cawangan Himalaya Boutique serta rangkaian Watson dan Guardian berdekatan anda. Maklumat lanjut boleh layari laman sosial Himalaya seperti dibawah:
Facebook:
Instagram:
Boleh sy try sikit2 produk Himalaya ni, manatau sesuai
ردحذفcubalah tengok
حذفwangi syampu dia
memang selesa nak pakai
boleh cuba produk suburkan rambut
ردحذفbetul tu
حذفsebab bahan-bahan dia organik
إرسال تعليق
Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com