Kad Raya Digital Revolusi Ucapan Aidilfitri Di Alaf Baru
Hans Hanis22
Assalammualaikum dan salam Ramadan buat semua pembaca blog www.hanshanis.com sekalian. Kalau sesiapa di antara para pembaca yang lahir di tahun 1980-2000 mesti masih ingat dengan amalan menghantar kad raya kepada rakan-rakan, abang dan kakak angkat serta buah hati masing-masing. Memang betul-betul mengimbau nostalgia hari raya masing-masing.
Pada waktu tersebut, kad raya yang dikirim memang mengambil sedikit masa untuk sampai kepada penerima. Kalau awal kad raya di pos memang sehari dua sahaja sudah sampai. Tetapi, kalau pengirim hantar pada saat-saat akhir memang silap-silap selepas seminggu hari raya baru kad raya tersebut sampai kepada penerima. Bila teringat balik kenangan manis ini memang Hans sendiri akui kemeriahan nak menyambut hari raya apabila masing-masing mencari kad raya yang sesuai dengan kewangan pada waktu tersebut untuk dikirim kepada rakan-rakan. Pengalaman Hans sendiri apabila nak hantar kad raya pada kawan-kawan selalunya Hans akan bagi kad raya kartun yang murah sedikit harganya. Kalau yang istimewa tu barulah Hans akan kirimkan Kad Raya yang siap ada muzik. Hahaha!
Tetapi, semakin lama amalan menghantar kad raya ini semakin kurang diamalkan oleh generasi masa kini. Kurang menarik sebenarnya pada pandangan Hans apabila mesej atau gambar raya yang digunakan sekarang hanya sekadar salin dan tampal semata-mata dimana ianya bukan melambangkan atau menggambarkan isi hati sebenar si pengirim kepada penerima. Jadi, apabila wujudnya Kad Raya Digital yang dihasilkan oleh Envitee yang tampil dengan lebih 100 rekaan Kad Raya Digital yang sangat menarik membuatkan Hans terus mendaftar dan membeli Kad Raya Digital di platform tersebut.
Apa yang membuatkan Hans tertarik dengan Kad Raya Digital daripada Envitee ini ialah ianya menampilkan 6 Keistimewaan yang cukup untuk melengkapkan fungsi sebenar kad raya iaitu:
1) Lebih 100 rekaan Kad Raya Digital untuk anda pilih.
2) Seleksi Pilihan Lagu Raya yang boleh dipilih untuk diletakkan pada Kad Raya Digital.
3) Boleh juga masukkan gambar anda atau keluarga yang sudah disunting jika anda inginkan.
4) Boleh letakkan Video Ucapan Hari Raya Aidilfitri Anda di dalam Kad Raya Digital.
5) Boleh menerima Ucapan Hari Raya daripada Penerima Kad Raya Digital Anda.
6) Boleh berhubung terus melalui Fungsi Panggilan Telefon atau Whatsapps yang terdapat pada Kad Raya Digital anda.
Hans sendiri turut membeli Kad Raya Digital ini kerana tertarik dengan 6 keistimewaan yang ditawarkan. Jadi, Hans nak berkongsi dengan para pembaca semua bagaimana cara-cara untuk anda membeli dan menggunakan Kad Raya Digital yang cuma berharga RM19 sahaja.
Kemudian Log In dan anda akan di bawa ke bahagian utama Envitee.
LANGKAH 2
Pilih rekaan Kad Raya Digital kegemaran anda dan buat pembelian.
LANGKAH 3
Selepas pembelian, anda akan melihat bahagian edit "Card Setting". Jadi, masukkan url anda sendiri. Contohnya nama "HansHanis" dan klik "Save and Go To Card Info".
P/S : Jangan klik lagi Go To Live tu sebab anda hanya boleh tandakan bahagian tersebut selepas selesai dan berpuas hati dengan rekaan dan info Kad Raya Digital anda.
LANGKAH 4
Masukkan info-info yang diperlukan untuk Kad Raya Digital anda seperti dibawah:
I) Masukkan ucapan raya dan pilih lagu raya kegemaran anda dalam senarai Playlist.
II)Upload Design Custome Here dimana anda boleh masukkan gambar anda sendiri jika anda inginkan. Saiz untuk gambar tersebut ialah 1:1
III) Masukkan nama serta nombor telefon anda di bahagian Bottom Navigation.
LANGKAH 5
Selepas itu, anda boleh klik Comfirm menandakan anda sudah selesai memasukkan info, gambar mahu pun video ucapan raya anda. Kemudian anda boleh klik "Go To Live" untuk melihat hasilnya.
TUTORIAL VIDEO: REGISTER & LOGIN KAD RAYA DIGITAL
TUTORIAL VIDEO: CARA PEMBELIAN KAD RAYA DIGITAL
TUTORIAL VIDEO: UPLOAD DESIGN DALAM KAD RAYA DIGITAL
TUTORIAL VIDEO: PADAM UCAPAN KAD RAYA DIGITAL
Inilah Kad Raya Digital Hans untuk rakan-rakan semua. Jom berikan ucapan raya korang dekat Hans disini: https://raya.envitee.com/HansHanis
Antara ucapan balas dari rakan-rakan Hans! Terima kasih semua sudi bagi ucapan raya. Anda pun boleh ada Kad Raya Digital sendiri. Dapatkan sekarang di raya.envitee.comdan pasti Hari Raya Aidilfitri anda untuk tahun ini semakin berseri-seri. Selamat menghantar kad raya kepada kenalan dan ahli keluarga.
Nostalgia masa muda2 dulu.
ردحذفberatur kat pejabat pos, kirim kad raya
hehehe
حذفkenangan manis tu
wah boleh beli tu
ردحذفbeli sekeping dan hantar dekat semua kawan2
حذفberbaloi
hehehe
Uiii ada lagu-lagu, mmg best gila ni... Teringat bila dapat kad dulu ada bunyi... Hehehe
ردحذفhahahaa
حذفtahu xper
best kut
rasa special jer kalau dapat kad raya ada muzik
Macam kad fizikal ada lagu. Bezanya boleh reka kad sendiri
ردحذفyes betul tu
حذفhehehe
Hantarlah kat aku satu kad Raya digital ni hehehe
ردحذفdah hantar kan?
حذفhahaha
Senang bila Ada kad digital MCM ni. Semuanya Di hujung jari sahaja
ردحذفbetul tu
حذفsatu kad boleh hantar dekat semua
hehehe
Kenangan kan, kad raya zaman dulu. Lepas tu, tampal kat dinding lagi. Hehe..
ردحذفhahaha
حذفlawan siapa paling banyak
Salam.
ردحذفwah best seiringan dengan dunia moden norma baharu ini perlu kita lakukan. ingat pada yang tersayang walau di mana juga kita berada.
kata orang yang jauh dapat eratkan as sebagai pengganti dirikan.
p/s:thnks singgah ke blog saya ;)
betul tu
حذفhehehe
terima kasih
Salam Aidil fitri yg Bakal menjelma lagi seminggu🌹🌹
ردحذفsalam aidilfitri juga :)
حذفBest dpt kad raya
ردحذفmemang best
حذفdapat eratkan silaturahim
wah, menariknyaaa kad raya digital ni :)
ردحذفmemang menarik
حذفberbaloi beli untuk raya tahun nih :)
إرسال تعليق
Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com