Assalammualaikum dan salam sejahtera buat semua pembaca blog www.hanshanis.com sekalian. Kali ini Hans memang semangat betul nak kongsi dengan anda semua berkenaan produk sambal yang cukup padu iaitu Sambal 7 Purnama daripada Dapoq Kodiang. Baru-baru ini pihak Dapoq Kodiang baru sahaja melancarkan produk terbaru mereka ini pada 25 Julai 20201 yang lepas. Menariknya tidak sampai 18 minit pelancaran, semua bekas Sambal 7 Purnama sudah habis dijual. Memang betul-betul laris!
Jadi, pihak Dapoq Kodiang sekali lagi akan menjalankan promosi 'Second Early Bird Promo' pada pukul 8 malam, hari Sabtu (31 Julai 2021) dengan menawarkan harga yang cukup murah iaitu cuma RM9 sahaja untuk setiap pembelian Sambal 7 Purnama. Lebih menarik lagi, anda juga berpeluang untuk memenangi hadiah bernilai RM1000 dan 100 hadiah misteri yang sangat berbaloi. Berminat nak sertai peraduan atau ingin tahu lebih lanjut, anda boleh klik link dibawah ini:
Dapoq Kodian Contest:
Hans sendiri bersemangat nak bagi tahu anda semua tentang Sambal 7 Purnama daripada Dapoq Kodiang ini bukan sebab Hans ini orang Kedah atau pun berasal dari Kodiang. Hehehe! Sebenarnya Hans sendiri telah mencuba Sambal 7 Purnama ini dan dengan gembiranya ingin berkongsi Lima Sebab Kenapa Sambal 7 Purnama Ini Laris Dijual di pasaran menurut pandangan Hans sendiri iaitu:
1) Rasa sambal hijau yang memang cukup sedap. Tambah makan pula dengan nasi putih panas-panas. Memang betul-betul padu rasanya. Asalnya Hans goreng sebiji telur mata tetapi hampir-hampir terlupa tentang kewujudan telur mata dalam pinggan tu sebab sambal ini dah cukup untuk membuatkan Hans berselera makan. Hahaha!
2) Anda percaya tak kalau Hans cakap yang Hans sebenarnya tidak makan ikan masin tetapi Hans cukup suka ikan masin di dalam Sambal 7 Purnama yang seberat setengah kilogram dan penuh dengan isi ikan premium ini? Sumpah Hans sendiri pun terkejut sebab Hans seronok betul makan isi ikan premium di dalam Sambal 7 Purnama ini. Rasa lemak isi ikan tu memang buat Hans bersungguh-sungguh makan sampai menambah nasi lah tadi.
3) Sambal 7 Purnama ini sebenarnya sangat mesra dengan kanak-kanak. Tetapi, bukannya bermaksud sambal ini tidak pedas. Rasa pedasnya masih ada tetapi berada di dalam kategori pedas yang sedap. Jadi, kalau anda makan nasi dengan Sambal 7 Purnama ini, tak perlu lauk lain pun tak apa sebab memang sudah terbukti sedap.
4) Sambal 7 Purnama ini dimasak rapi lebih daripada 5 jam tanpa menggunakan garam dan bahan pengawet. Jadi, memang boleh disimpan lama sebab sambal ini memang tahan.
5) Sambal 7 Purnama ini juga bukan semata-mata dimakan dengan nasi sahaja. Nak makan dengan roti boleh. Nak buat cicah ketupat atau lemang pun boleh. Ada yang makan dengan spaghetti tau. Macam Hans pula sangat suka jadikan Sambal 7 Purnama ini sebagai pes nasi goreng. Jimat masa nak sediakan bahan sebab boleh terus masak sahaja sambal ini di dalam nasi goreng. Rasanya memang terbaik!
Jadi, Hans yakin sesiapa sahaja yang membeli dan mencuba sendiri Sambal 7 Purnama daripada Dapoq Kodiang ini pasti akan terus jatuh cinta dan menjadi pelanggan setia mereka gara-gara kelazatan sambal ini yang dipenuhi dengan isi ikan premium yang cukup segar. Buat anda yang teringin untuk mencuba atau berminat untuk menjadi ejen Sambal 7 Purnama Dapoq Kodiang ini, anda boleh hubungi mereka melalui laman sosial yang Hans kongsikan dibawah. Selamat mencuba dan menjamu selera!
❤️PRODUK:
Sambal 7 Purnama Dapoq Kodiang
🛵PENGHANTARAN:
Seluruh Malaysia
.
📞WHATSAPPS UNTUK PEMBELIAN:
Instagram:
Facebook:
#SedapGilaBaqHang #OnzTakOnz #LebarkanRezq
Wahh menariknya. Isi dalam ikan masin ya. Unik!
ردحذفyes unik
حذفselalu ikan bilis dengan petai jer
kali nih ada ikan masin
sedap
baca review pun dh terlioq tu
ردحذفhehehe
حذفtry lah order nanti
kalau suka ikan masin mesti suka punya
mcm menarik sambal ni.
ردحذفalhamdulillah sedap di tekak Hans
حذفcuba lah
layan oh makan dengan nasi
nampak sangat menyelerakan..
ردحذفyes
حذفmemang layan tau makan sambal 7 purnama nih
terliur aku baca blog ko hahaha
ردحذفhahahaa
حذفjangan baca waktu tengah malam
hahaha
fuh mengancam
ردحذفyes
حذفberbaloi beli
sedap makan dengan nasi
Perghhh..nampak menyelerakan , lagi la kalu makan dengan nasi panas-panas memang nikmat
ردحذفyes
حذفmemang sedap beb
إرسال تعليق
Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com