Assalammualaikum dan salam sejahtera buat semua pembaca blog www.hanshanis.com sekalian. Kali ini Hans memang tidak sabar ingin berkongsi dengan anda semua berkenaan sebuah produk sambal belacan yang berjaya membuatkan Hans berasa kagum dan cukup teruja dengan tahap kepedasan dan kelazatannya iaitu Sambal Soksek.
Hans sebenarnya sedikit cerewet tentang kualiti dan rasa sambal belacan ini. Selalunya memang sukar untuk menemui sambal belacan yang menepati kriteria Hans apabila makan di restoran atau pun membeli makanan secara online. Ada sambal belacan yang rasanya terlalu manis dan teramat cair. Paling menyedihkan apabila bau sambal belacan yang Hans temui sebelum ini seakan-akan kurang enak sehingga membuatkan Hans memang langsung tidak menjamah walau sedikit pun. Jadi, apabila makanan yang dimakan tidak langsung terasa pedas dan sambal yang diterima tidak menepati piawaian anak tekak maka memang pengalaman menjamu selera tidak seindah seperti yang diharapkan. Jadi, Hans memang bersyukur kerana menemui produk Sambal Soksek yang memang menepati selera dan kepedasan yang Hans inginkan.
Secara jujurnya, Hans agak memandang enteng terhadap tahap kepedasan dan kelazatan Sambal Soksek ini pada awalnya. Hans ingat rasa pedas sambal ini cuma di tahap biasa sahaja. Tetapi, apabila pertama kami masuk ke dalam mulut memang Hans akui rasanya sangat menarik. Secara ringkasnya memang tahap kepedasannya buat Hans terangkat lah dan memang rasa sambal ini cukup sedap dan mengasyikkan. Serius sedap dan buat Hans puas!
Dibawah Hans senaraikan 5 Sebab Anda Wajib Beli Sambal Soksek ini iaitu:
1) Serius Hans sebenarnya sangat susah nak jumpa sambal belacan yang orang jual seperti Sambal Soksek ini. Selalunya sambal yang Hans jumpa agak cair dan terlalu manis sehingga menenggelamkan rasa pedas sambal. Bagi Hans sambal belacan sepatutnya pedas dan Sambal Soksek memang menepati citarasa Hans!
2) Rasa pedas, masin, masam dan manis yang ada pada Sambal Soksek ini memang ngam-ngam soi lah orang kata. Tak lebih dan tak kurang. Kiranya seimbang semua rasanya Jadi, Hans memang sangat berpuas hati menikmati makanan bersama sambal belacan ini. Kesegaran menikmati sambal belacan yang dibuat sendiri ini ibarat seperti baru sebentar tadi ditumbuk dengan lesung batu.
3) Pembungkusan Sambal Soksek ini sangat menarik dimana bekas plastik yang digunakan berbentuk tinggi ke atas. Jadi, memang mudah jika kita nak simpan di dalam peti sejuk beku kerana ianya menjimatkan ruang.
4) Sambal Soksek ini boleh tahan sehingga 6 Bulan jika disimpan di dalam peti sejuk beku. Jadi, anda tidak perlu lagi runsing atau pening kepala kerana sambal belacan ini dijamin tidak akan rosak atau basi.
5) Perkara paling menyeronokkan tentang Sambal Soksek ini semestinya ialah ianya sudah memudahkan kerja dapur anda. Jika si suami atau anak-anak teringin nak makan sambal belacan secara tiba-tiba maka anda tidak perlu bersusah payah lagi nak menumbuk cili dan belacan pakai lesung batu atau nak kisar dengan pengisar. Lagi seronok anda sudah tidak perlu susah-susah lagi untuk mencuci dan membasuh pengisar serta batu lesung.
Jadi, Hans memang tak rasa risau pun untuk war-warkan kelazatan Sambal Soksek ini kepada anda semua kerana Sambal Soksek ini memang sedap dan rasa pedas dia memang padu. Buat anda yang teringin untuk mencuba, Hans kongsikan info laman sosial dibawah untuk memudahkan anda semua menghubungi pihak mereka bagi urusan pembelian:
❤️PRODUK:
Sambal Soksek
🛣️ALAMAT:
Puchong, Selangor.
HARGA:
RM24.90
PROMOSI TERKINI:
RM45.00 Untuk 2 Botol
🛵PENGHANTARAN:
Seluruh Malaysia
.
📞WHATSAPPS UNTUK PEMBELIAN:
Instagram:
Facebook:
Amboi nama sambal pun lain dari yang lain ya Hans. Nampak sedap tu..
ردحذفmemang sedap Kak Sue
حذفsaya dua kali menambah sebab seronok makan dengan sambal nih
akak sambal belacan yg paling suka adalah sambal belacan utk nasi kak wok. tp nnt kalau senang2 akak beli yg ni.
ردحذفhah try tengok kak
حذفini lagi padu punya
Alaaa...akak dah la tengah lapar tunggu nasi masak ni..lapar....tgok plak entry ni..adoiiii ngences
ردحذفokay lah tu
حذفsaya nasi pun tak masak lagi
hahahaha
Rumah sis wajib ada stok sambal belacan. Tp bercinta nak buat tu. Boleh lah try ni nanti. Senang sikti kan.
ردحذفhehehe
حذفyes..
sesekali beli buat stok...mudah sikit
sebab sambal nih tak cair or manis sangat
semua rasa ada
jadi berbaloi beli :)
Wah bertambah-tambah nasi kalau macam ni
ردحذفmemang bertambah dah semalam
حذفhahahaha
Perghh.. Sedap tu.. Mai cni sebotol😁
ردحذفhahahaha
حذفbeli sendiri
Hans buat stok..hehe
Perghhh! Sure licin if ada sambal ni ahh! Yummy and extra kick ni..
ردحذفyes
حذفmemang extra kick
bertambah nasi bila makan
nampak sedap ni.. mkn dgn nasi dan telur.
ردحذفconfirm terangkat lepas makan
حذفpadu sambal dia
bestnya nampak. Macam sambal buat sendiri yea. Berdesik pedas ni orang pantai timur kata!
ردحذفmemang homemade
حذفconfirm berdesik pedas
hehehe
Aduhai, tergodanya tengok sambal tu!
ردحذفhehehe
حذفbeli lah
tahan lama
sedap pun sedap
wah memang nampak sedap. nak try jugak lah
ردحذفtry lah
حذفconfirm tak menyesal
Nampak sedap betul 👍👍👍
ردحذفbukan nampak jer sedap
حذفmemang sedap pun
hehehe
Sat nak order jugak.
ردحذفorder cepat
حذفsekarang ada promosi
wow sambal segera pedas berapi sedap tu
ردحذفyes
حذفHans suka makan dengan sambal nih
padu pedas dia
boleh try ni.....teruja....
ردحذفsambal belacan padu susah nk jumpa kecuali air tangan org tua-tua
yes betul tu
حذفbila dah jumpa Sambal Soksek nih memang Hans seronok lah makan
hehehe
Wah terliur tengok sambal soksek ni, macam sedap dan cukup pedas.
ردحذفmemang sedap. semua rasa dia ada dan seimbang
حذفbab pedas tu memang kick
kena try..hehee
Finally a 'sambal' that's tasty and worth it!
ردحذفyes memang puas hati makan weh
حذفWah! Namanya pun ada nilai kormesil!
ردحذفhehehe
حذفunik kan nama dia
tengah bayang makan nasi dengan ulam.. mesti menambah banyak kali nasi
ردحذفyes
حذفhans menambah nasi bila makan dengan sambal nih
sedap
Pedas sungguh tu, sampai soksek bunyi. Nampak menarik, memang pembuka Selera la ada sambal gini.
ردحذفyes
حذفpedas yang sedap
memang puas makan dengan nasi
hehehe
Pedas betul tu sampai soksek bunyi. Memang buat tambah selera makan ada sambal gini.
ردحذفkena cuba
حذفberbaloi-baloi rasanya
Nampak sedap sambal tu. Perah ngan limau lagi sedap!
ردحذفxpayah perah limau dah
حذفsebab bahan dalam sambal tu memang dah ada limau :)
Sedapnyaa sambal
ردحذفcuba lah beli sebotol
حذفpuas hati punya
Sedapnya hans .. meletop pedasnya
ردحذفyes
حذفmemang sedap walaupun pedas
hehehe
layan la kalau dapat makan nie
ردحذفhehehehe
حذفorder lah bro
satu malaysia dia hantar
Oh wow... menarik sambal ni
ردحذفmemang menarik
حذفU wajib cuba kalau suka makan sambal belacan
Adoi menggodanya. Mmg susah nak cari sambal belacan yg padu. Akak suka beli ready made camni, nak buat sendiri tak pandai haha. Nnt boleh laa try yg ni
ردحذفhehehe nak buat sendiri renyah
حذفbeli sebotol nih senang
leh buat stok bila nak makan
hahaha
makan nasi ni menambah jadinyaa. hihi
ردحذفbetul tu!
حذفhans sampai seperiuk nasi habis lepas makan dengan sambal nih.
ahahaha
Perghhh menceceh air liur 😻😻😻😻
ردحذفإرسال تعليق
Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com