Texas Chicken Malaysia Raikan Tahun Baru Cina Dengan Menu Ayam Crimson Crunch Terbaharu

Assalammualaikum dan salam sejahtera buat semua pembaca blog www.hanshanis.com sekalian. Kali ini Hans sangat teruja nak berkongsi dengan anda semua tentang menu terbaru daripada Texas Chicken Malaysia sempena Tahun Baru Cina iaitu Ayam Crimson Crunch yang diinspirasikan daripada snek kegemaran rakyat Malaysia iaitu snek popia mini udang cili kering.



Menariknya menu Ayam Crimson Crunch baharu ini akan membangkitkan selera anda dengan gabungan perisa manis, pedas dan cukup menyelerakan. Rasa umami yang padu datang dari salutan yang menampilkan campuran serbuk roti dan cili udang rangup yang telah digabungkan dengan bahan perisa utama seperti bawang putih, cili kering dan bawang goreng pastinya akan membuatkan anda gembira menikmati hidangan ini bersama keluarga mahu pun rakan-rakan. Menurut Tham Yue Foon yang merupakan Pengurus Besar Texas Chicken Malaysia, pihak mereka sentiasa berinovasi dengan perisa untuk menampilkan cita rasa baharu dan unik untuk kepuasan pengguna. Untuk Tahun Baru Cina kali ini, Texas Chicken Malaysia telah memperoleh ilham daripada perasa yang ringkas tetapi lazat yang begitu sinonim dengan masyarakat Cina iaitu sambal udang kering rangup atau hae bee hiam yang sesuai dinikmati dengan roti dan nasi, dan juga merupakan perisa snek popia mini rangup yang popular semasa musim perayaan ini. 



Bersempena dengan pelancaran Ayam Crimson Crunch serba baharu ini dan untuk meraikan sambutan Tahun Baru Cina yang bakal tiba, Texas Chicken juga telah menghasilkan video https://bit.ly/TCMCrimsonCrunchChicken yang menampilkan trio pemain Gendang Cina yang mempersembahkan irama yang meriah untuk menyambut tahun Harimau yang bertuah. Muzik bertemakan ‘Bangkit, Meraikan dan Berkembang Maju’ (Rising, Celebrating and Thriving) ini diharapkan dapat membangkitkan semangat rakyat Malaysia dan memberi inspirasi kepada mereka untuk maju ke hadapan dengan perasaan ceria untuk menikmati tahun baru yang lebih baik.


Selain itu, buat para pelanggan Texas Chicken juga berpeluang untuk menerima paket ang pow Tahun Harimau yang direka unik dengan setiap pembelian kombo Crimson Crunch atau pembelian melebihi RM20 setiap resit. Ayam Crimson Crunch baharu ditawarkan sementara stok masih ada di semua restoran Texas Chicken Malaysia dan melalui rakan penghantaran makanannya seperti GrabFood dan foodpanda mulai 18 Januari 2022.

2 تعليقات

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com

إرسال تعليق

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com

أحدث أقدم