Kebun Che Mah : Aktiviti Menarik Yang Boleh Dilakukan Disini

Assalammualaikum dan salam sejahtera buat semua pembaca blog www.hanshanis.com sekalian. Kali ini Hans nak membawa anda semua menyaksikan tempat rekreasi Kebun Che Mah yang terletak di Bukit Tabur, Kemensah dan digelar sebagai harta karun dunia oleh masyarakat setempat kerana tersenarai dalam Top 10 Eco Tourism 2022 Malaysia.


Secara jujurnya Hans baru mengetahui tentang kewujudan Kebun Che Mah ini sehari sebelum Hans ke sini. Rupa-rupanya bukan sahaja sudah dilawati ribuan rakyat Malaysia tetapi turut menjadi tumpuan pelancong luar negara seperti dari Itali dan Sepanyol. Kebanyakan pelancong yang datang ke sini sebenarnya mempunyai minat terhadap alam semula jadi, aktiviti mendaki serta untuk melihat gaya hidup masyarakat suku kaum asli Temuan. Kebanyakan daripada pelancong ini juga mengetahui tentang Kebun Che Mah ini hanya daripada mulut ke mulut para pelancong lain yang pernah datang kesini. Memang menarik! 


Untuk mencari lokasi Kebun Che Mah ini memang mudah sahaja terutama dengan menggunakan aplikasi waze. Nampak sahaja papan tanda seperti gambar di atas dan anda memang betul-betul berada di kawasan bawah Kebun Che Mah. 


Disini Hans dan rakan-rakan media diberi penerangan secara ringkas terlebih dahulu oleh pekerja Kebun Che Mah yang sangat ramah di dalam melayan dan menjawab pelbagai persoalan daripada kami. Hans dimaklumkan bahawa Kebun Che Mah ini pernah didatangi oleh selebriti dan pempengaruh tempatan yang terkenal iaitu Nora Danish, Tam Spider, Khairul Aming dan ramai lagi. Memang meriah rupanya tempat ini. Hehehe! 


Jarak untuk naik ke atas melalui kawasan bawah ini ialah sejauh 1.3 kilometer. Anda boleh memilih untuk naik ke atas secara percuma dengan berjalan atau mendaki. Tetapi, jika anda ingin jimatkan masa dan tenaga boleh memilih untuk membayar perkhidmatan dengan menaiki kereta pacuan empat roda atau menyewa ATV. Laluan naik ke atas sebenarnya tidak terlalu mencabar buat mereka yang memang gemar melakukan aktiviti mendaki tetapi buat anda yang baru berjinak-jinak dengan aktiviti ini pasti akan terasa cabarannya. Namun, pemandangan sekeliling yang dikelilingi dengan pelbagai jenis pokok buah-buahan dan tumbuhan hutan menghijau memang sangat menyamankan. 


Akhirnya Hans tiba di kawasan atas Kebun Che Mah ini selepas menaiki kenderaan pacuan empat roda. Untuk makluman semua, lokasi ini dibuka 24 jam setiap hari. Jadi, jika anda memang bercadang untuk datang ke sini terutama untuk melakukan aktiviti mendaki maka dinasihatkan menghubungi pekerja disini terlebih dahulu bagi memaklumkan kehadiran anda. Hal ini disebabkan para pekerja akan peka dari segi keselamatan dan sememangnya membantu mereka untuk melakukan operasi menyelamat jika ada apa-apa yang terjadi kepada anda terutamanya ketika waktu malam. 


Hans memang rasa teruja sangat bila sampai di kawasan atas Kebun Che Mah ini. Memang Hans tak lepaskan peluang untuk terus bergambar dekat papan tanda ini. Cantik sangat pemandangan bandaraya Kuala Lumpur apabila dilihat dari kawasan Hans bergambar tersebut. 


Terdapat beberapa pakej menarik yang disediakan di Kebun Che Mah dimana pelbagai aktiviti menarik yang anda boleh cuba disini iaitu:
• Hiking di Banjaran Quarza yang terpanjang didunia
• Ladang Kebun Che Mah
• Ladang Buah-Buahan
• Camping
• Offroad Cafe/Restoran Atas Bukit
• Rimba Learning Centre
• Perkampungan Orang Asli
• Sungai Kemensah
• Klang Gates Dam
• Dusun Tuk Lee
• Parti Durian
• Sarapan di Cafe menikmati Matahari
• Sambutan Hari Jadi



Inilah wanita bernama Che Mah yang merupakan pemilik Kebun Che Mah ini. Orangnya bukan sahaja ceria tetapi sangat ramah dan tidak lokek dengan senyuman. 


Ini adalah aktiviti yang memang Hans nanti-nantikan apabila datang kesini iaitu Parti Durian. Mata Hans memang tak berkelip bila memandang buah durian dekat sini. Bila tahu pula buah durian disini ialah dari jenis Musang King memang rasa macam nak menjerit kegembiraan pun ada. Hans kan hantu durian! Hahaha! 


Sumpah sedap gila durian Musang King yang terdapat di Kebun Che Mah ini. Buah pula sangat segar sebab baru gugur daripada pokok durian yang terdapat di sini. Alhamdulillah memang rezeki sangat dapat makan buah durian. Hilang rasa mengidam nak makan Musang King. Hahaha! 


Kebetulan pada hari kejadian, Che Mah sedang menerangkan tentang keistimewaan durian Musang King yang ditanam di sini sewaktu sesi rakaman video bersama pihak media. Memang banyak info menarik yang dapat diperoleh dalam sesi tersebut. 


Kebetulan pada hari itu juga terdapat syarikat dan organisasi yang sedang mengadakan aktiviti team building untuk para pekerja mereka di Kebun Che Mah. Jadi, memang meriah sangat lah hari tersebut dengan gelagat mereka memasak dengan menggunakan bahan-bahan semula jadi di situ sebagai bahan bakar untuk memasak juadah mereka. Memang kreatif! 


Memang cantik sangat dekorasi dekat Kebun Che Mah ini. Sesuai untuk bergambar dan buat para pengunjung selesa untuk bersantai sambil menikmati keindahan alam dan pemandangan Kuala Lumpur dari atas Kebun Che Mah ini. 


Disini juga anda akan dapat melihat keletah anak-anak kecil orang asli dari suku kaum Temuan yang sangat aktif. Bayangkan selamba sahaja anak-anak kecil ini memanjat bukit dengan begitu pantas sekali. Kalau anak-anak kecil di Bandar buat macam mereka ini mesti ibu bapa masing-masing seram sejuk melihat. Hahaha! 


Pemandangan malam di Kebun Che Mah juga betul-betul memukau pandangan. Memang cantik sangat dan nampak begitu ekslusif.


Suasana waktu malam disini memang menarik dan indah dengan pelbagai cahaya. Macam-macam aktiviti sebenarnya boleh dirancang dan dilakukan sini. 


Salah satu aktiviti malam yang anda boleh lakukan di Kebun Che Mah selain daripada makan dan melihat pemandangan malam ialah berkhemah. Memang menarik untuk dibuat ditambah dengan suhu yang sejuk di atas puncak ini. 


Hans juga berkesempatan melawat  Kampung Orang Asli Kemensah. Pada asalnya kawasan ini memang hanya diduduki oleh suku kaum orang asli Temuan sahaja. Namun, kini orang asli Temuan disini memiliki campuran hasil perkahwinan dengan kaum orang asli dari suku lain juga sehingga mewujudkan keluarga Temuan Melayu, Temuan Sarawak dan banyak lagi. 
 

Anda boleh datang ke Kampung Orang Asli Kemensah ini sama ada dengan menaiki kereta pacuan 4 roda, menewa ATV atau berjalan serta mendaki. Di kampung ini terdapat lebih kurang 30 buah keluarga. Disini juga mempunyai dua individu yang berkuasa iaitu Tok Penghulu dan Tok Batin. 


Menarik untuk melihat cara hidup serta mendengar kisah-kisah menarik tentang masyarakat orang asli Temuan yang tinggal disini. Bayangkan betapa hebatnya stamina orang asli disini dimana mereka mampu masuk ke hutan dan merentas keluar ke negeri Pahang jika ada apa-apa majlis atau kematian melibatkan keluarga orang asli Temuan disana dengan hanya berjalan kaki dan cuma mengambil masa selama dua hari sahaja. Memang cukup mengagumkan! 


Kebun Che Mah juga turut menjadi pilihan para pelawat, pelancong serta kaki hiking untuk datang bersarapan di Off Road Cafe ini. Dengar katanya makanan yang dijual disini sedap-sedap belaka. Hans memang memasang impian nak datang kesini nanti untuk cuba sendiri menu-menu sarapan pagi yang disediakan oleh pihak kafe ini. 


Buat pelawat dan pelancong Muslim, anda tidak perlu risau tentang tempat atau ruang solat kerana disini ada disediakan sebuah surau yang sangat luas dan selesa. Selain itu, kemudahan tandas yang disediakan juga sangat membantu para pengunjung yang datang kesini. Cuma jarak tandas sedikit jauh dan memerlukan stamina anda untuk kembali semula ke atas. Hahaha! 


Memang satu pengalaman yang sangat menarik bagi Hans. Kebun Che Mah sememangnya merupakan sebuah tempat yang sangat sesuai untuk anda meluangkan masa dengan melakukan pelbagai aktiviti menarik bersama keluarga dan rakan- rakan. Jadi, jangan lupa untuk datang sendiri ke sini dan lakukan aktiviti-aktiviti yang bersesuaian dengan diri anda disamping menikmati keindahan alam semula jadi dan pemandangan Kuala Lumpur dari atas puncak Kebun Che Mah. 

12 تعليقات

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com

  1. الردود
    1. itulah
      seronok jer makan durian sambil layan pemandangan alam

      حذف
  2. Wow best nyer! i like outdoor activities like these, ada camping juga and paling best makan durian.

    ردحذف
  3. Syoknyaa boleh berkhemah waktu malam

    ردحذف
  4. weiiiserius tak tau...padahal mmg kerap kot pergi Kemensah tuuuu...dah la umpama belakang rumah je Kemensah tuuu...hahahaha...sure akan usha...dapat camping pun layannn nehhh

    ردحذف
    الردود
    1. sila-sila
      Hans pun baru tahu
      bila dah sampai sini memang best

      حذف
  5. best giler....mcm3 ada.. nak dtngla sini

    ردحذف

إرسال تعليق

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com

أحدث أقدم