Assalammualaikum dan salam sejahtera buat semua pembaca blog www.hanshanis.com sekalian. Siapa pembaca blog ini yang gemar makan teppanyaki yang kini menjadi sebutan ramai rakyat Malaysia? Hans sebenarnya nak mencadangkan satu tempat yang menjual teppanyaki tetapi dengan suasana yang cukup berbeza iaitu di Zen Teppanyaki.
Selalunya Hans sendiri kalau nak makan teppanyaki memang akan cari di kompleks membeli-belah kerana selalunya disitu mudah ditemui kafe atau restoran yang menjual menu teppanyaki. Tetapi, bayangkan anda boleh menikmati teppanyaki di dalam kawasan Bangi Square 2 yang berkonsepkan Food Court. Menarik kan? Jadi, inilah satu pengalaman baru Hans menikmati pelbagai menu teppanyaki di Zen Teppanyaki dalam suasana sebegini.
ZEN TEPPANYAKI
Alamat:
Bangi Square 2,
Country Heights,
43000 Kajang,
Selangor, Malaysia.
Hari Operasi:
Setiap Hari
Waktu Operasi:
4.00pm - 11.30pm
Instagram:
Facebook:
Dekorasi di Zen Teppanyaki ini bagi Hans sebenarnya ringkas tetapi ianya cantik dan cukup selesa. Kiranya adalah ciri-ciri sebuah kafe yang menjual hidangan Jepun ini. Paling seronok sebab pemilik Zen Teppanyaki ini sebenarnya merupakan seorang chef berbangsa Melayu yang Hans kenal. Jadi, memang tidak risau nak makan dekat sini kerana menu-menu yang dijual sememangnya halal. Alhamdulillah!
Jadi, Hans telah mencuba beberapa menu Teppanyaki yang ada dijual di Zen Teppanyaki iaitu:
Penilaian:
5/5
Ulasan:
Hans cukup suka dengan rasa Ronin Salmon Teppanyaki ini. Rasanya memang 5 bintang! Sedap sangat bila isi ikan salmon itu dimakan bersama sos istimewa yang dilimpahkan di atasnya semasa panas-panas. Digabungkan pula dengan rasa sayur yang segar dan sedap. Memang satu kombinasi yang cukup kena! Susah sebenarnya nak gambarkan rasa Salmon Teppanyaki ini tetapi Hans sangat syorkan anda semua untuk cuba sendiri menu ini apabila berkunjung kesini. Puas hati!
2) Jushi Beef Slice Teppanyaki
Penilaian:
4/5
Ulasan:
4/5
Ulasan:
Kepada peminat daging, anda memang wajib cuba kerana bagi Hans menu Jushi Beef ini sangat berbaloi untuk dinikmati. Rasa daging itu sangat segar dan berjus. Jadi, apabila dimakan dengan nasi dan diletakkan sedikit sambal memang padu sangat rasa hidangan ini. Senang cakap mesti licin lah pinggan anda nanti. Berbaloi sangat!
3) Nyusatsu Lamb Slice
Penilaian:
4/5
Ulasan:
4/5
Ulasan:
Hidangan Nyusatsu Lamb Slice ini pula memang agak mengejutkan Hans. Lembut betul daging kambingnya dan memang tak ada langsung bau hamis kambing. Hans pada mulanya keliru sehingga menyangkakan Nyusatsu Lamb ini ialah daging lembu. Serius Hans memang puas hati makan. Lembut! Berjus! Manis masin yang sekata! Senang cakap memang sedap lah!
Selain itu, Hans cukup suka dengan sayur-sayur yang digunakan di dalam setiap hidangan teppanyaki di Zen Teppanyaki ini. Sayur yang digunakan sangat segar dan hasil masakan yang bagus menjadikan sayur tersebut berasa rangup apabila dimakan. Begitu juga dengan sup miso yang cukup menarik, mengharumkan dan ada diletakkan kacang di dalam sup. Memang padu!
Hans secara peribadi merasakan memang satu keputusan yang sangat berbaloi apabila datang dan makan sendiri teppanyaki di Zen Teppanyaki ini. Makanan sedap! Kuantiti makanan pun berbaloi! Persekitaran bersih! Harga pun sangat murah! Paling penting menu disini sememangnya HALAL. Hans pasti akan datang untuk makan lagi teppanyaki disini.
Buat anda yang sememangnya gemar dengan hidangan teppanyaki, Hans memang cadangkan anda semua untuk datang sendiri mencuba menu-menu yang ada dijual di Zen Teppanyaki. Hans yakin anda pasti senyum lebar saat menjamu selera disini atau makan di rumah bersama keluarga serta mereka yang tersayang. Jadi, selamat mencuba dan menjamu selera di Zen Teppanyaki!
#ZenTeppanyaki #Teppanyaki #Halal
Pelik2 nama makanan orang2 sekarang
ردحذفnama makanan jepun :)
حذفAda rezeki nak try lah nanti
ردحذفsila try
حذفseronok makan dekat sini
mesti sedap sgt sbb tinggi markah penilaiannya
ردحذفsedap
حذفkena dengan citarasa Hans
hehehe
inshallah..boleh try..bukan jauh pun..
ردحذفdah try jangan pula update dekat sini :)
حذفإرسال تعليق
Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com