Bufet Ramadan 2022 : Destinasi Rasa Serantau Di Sofitel Kuala Lumpur Damansara

Assalammualaikum dan salam sejahtera buat semua pembaca blog www.hanshanis.com sekalian. Kali ini Hans nak berkongsi dengan anda semua berkenaan salah satu lagi lokasi menarik dan lazat yang anda boleh cuba untuk berbuka puasa pada bulan Ramadan tahun ini iaitu di Sofitel Kuala Lumpur Damansara yang mengadakan bufet Ramadan bertemakan Destinasi Rasa Serantau di dua buah tempat iaitu Kwee Zeen dan Wau Bulan ballroom.

DESTINASI RASA SERANTAU
SOFITEL KUALA LUMPUR DAMANSARA 

Alamat:
No 6,
Jalan Damanlela,
Bukit Damansara,
50490 Kuala Lumpur,
Malaysia.

Harga & Tarikh:
RM128 (Dewasa) & RM64 (Kanak-Kanak) : 3 April 2022 - 10 April 2022
RM178 (Dewasa) & RM89 (Kanak-Kanak) : 11 April 2022 & 24 April 2022
RM128 (Dewasa) & RM64 (Kanak-Kanak) : 25 April 2022 - 1 Mei 2022

Early Bird Promo:
Diskaun 20% (Tempahan Sebelum 1 April 2022)

Untuk Tempahan:
0327206608

Email:
HA123-fb4@sofitel.com

Asam Pedas Ekor Lembu 
Rendang Tok Batu Kikir 

Sebenarnya ini merupakan kali pertama Hans mencuba bufet Ramadan yang ditawarkan di sini. Apa yang Hans boleh katakan majoriti makanan disini memang menarik terutamanya apabila mereka menunjukkan 7 hidangan utama disini yang mereka namakan Tujuh Keajaiban Malaysia. Hidangan tersebut ialah:

1) Itik Salai Masak Lemak Cili Padi dari Negeri Sembilan
2) Manuk Pansuh dari Sabah
3) Rendang Tok Batu Kikir dari Perak
4) Udang Galah Masak Di Raja dari Pahang
5) Asam Pedas Ekor Lembu dari Melaka
6) Otak-Otak Lobster dari Johor
7) Kambing Bakar dari Selangor

Aneka Ikan Bakar

Hans sebenarnya tiba agak lewat disebabkan hujan lebat di jalan raya. Jadi, memang tidak sempat menangkap beberapa gambar makanan yang tidak diganggu oleh umat manusia kerana rata-rata memang sudah makan dengan berselera sewaktu Hans tiba. Tetapi, secara jujurnya memang banyak menu yang menarik dan sedap bagi pandangan Hans.

Antara menu kesukaaan Hans ialah Itik Salai Masak Lemak Cili Padi yang memang menggiurkan. Sebagai peminat itik, Hans memang cukup gembira kerana dapat menikmati daging itik yang bukan sahaja lembut tetapi juga dimasak dengan cukup baik sehingga menghilangkan bau-bauan daging itik itu dengan cukup bagus. Rasa salai pada daging itik juga memang terasa. Kalau anda peminat hidangan itik maka jangan lepaskan peluang untuk mencuba hidangan ini nanti jika berbuka puasa disini.

Udang Galah Masak Di Raja

Menu seterusnya ialah Udang Galah Masak Di Raja yang memang cukup mantap rasanya. Bukan sahaja saiz udangnya besar tetapi juga isinya sangat padat dan segar. Dua ekor udang galah menjadi santapan Hans tadi dan sememangnya cukup memuaskan hati Hans sebagai peminat udang galah.

Aneka Pencuci Mulut Dan Kuih-Muih

Buat anda yang suka menikmati pencuci mulut yang pelbagai, Hans memang menyarankan anda untuk mencuba pelbagai jenis pencuci mulut yang disediakan sempena Destinasi Rasa Serantau ini. Serius puding roti karamel dan beberapa jenis kek coklat yang Hans cuba memang lazat, berlemak dan cukup terasa kemanisannya. Rugi sangat kalau anda tak cuba. Memang banyak lagi makanan menarik yang ada disini. Senang cakap memang betul-betul berbaloi kalau anda berbuka puasa disini. Puas hati!

Kambing Bakar
Salmon
Susyi
Syurga Makanan Laut
Tandoori Terbaik!
Macam-Macam Jenis Sup Ada!
Buah-Buahan & Rojak
Satay Ayam & Satay Daging

Selain itu, pengalaman berbuka anda di sini juga akan diserikan dengan persembahan tradisonal Gamelan asli yang cukup menghiburkan. Jadi, jika anda bercadang untuk berbuka puasa di Kwee Zeen dan Wau Bulan Ballroom bertemakan Destinasi Rasa Serantau pada bulan Ramadan 2022 ini, silalah membuat tempahan dengan segera kerana anda bakal menikmati pelbagai hidangan dengan orang yang tersayang. Memang terbaik baq hangggg!

Post a Comment

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com

أحدث أقدم