Bufet Ramadan 2022 : Zebra Square Kuala Lumpur Tawarkan Lebih 50 Hidangan Berbuka Puasa

Assalammualaikum dan salam sejahtera buat semua pembaca blog www.hanshanis.com sekalian. Kali ini Hans nak berkongsi dengan anda semua berkenaan salah satu lokasi menarik dan lazat yang anda boleh cuba untuk berbuka puasa pada bulan Ramadan tahun ini iaitu di Zebra Square Kuala Lumpur.

RAMADHAN BUFFET
ZEBRA SQUARE KUALA LUMPUR 

Alamat:
No. 18 & 20,
Jalan Kampung Pandan,
Off Jalan Tun Razak,
55100 Kuala Lumpur,
Malaysia.

Tarikh:
7 April 2022 - 30 April 2022

Harga:
RM125 (Dewasa)
RM55 (Kanak-Kanak & Warga Emas)

Early Bird Promo:
Beli 5 Percuma 1

Untuk Tempahan:
0175707039 (Syafiq)
0172516315 (Kay)

Laman Sosial:

Instagram:


Salah satu keistimewaan Zebra Square Kuala Lumpur ini selain daripada menikmati lebih daripada 50 hidangan berbuka puasa ialah dekorasi luar dan dalamnya yang sangat cantik. Jika di waktu siang dapat dilihat kecantikannya adalah daripada susun atur dan hiasan pokok-pokoknya yang menarik. Jika di waktu malam pula, anda akan melihat satu keajaiban dimana limpahan lampu-lampu di kawasan dekorasinya pasti menggamit jiwa anda untuk bergambar kenangan disini. 

Ayam Palembang
Daging Gulai Utara
Ayam Masak Lemak Cili Api
Daging Tetel

Semua hidangan ini disediakan oleh kumpulan kulinari yang sangat berdedikasi diketuai oleh Eksekutif Chef Mohamed Muzaffar. Antara menu yang menjadi kekuatan mereka untuk menggembirakan perut anda ialah kambing bakar serta hidangan tradisional berkonsepkan makanan kampung seperti Daging Gulai Utara, Ikan Masin Nenas, Ikan Bakar, Ayam Palembang, Kerabu Perut dan Lempeng Kelapa dan Sambal Bilis.

Cendol & ABC
Aneka Buah
Satay
Aneka Kuih-Muih

Tetapi, secara jujurnya Hans agak kagum dengan rasa kuih-muih yang dihidangkan disini. Sebenarnya susah untuk Hans menjumpai kuih-muih tempatan yang menawarkan rasa yang kena dengan citarasa Hans. Selalunya yang menang cuma persembahan kuih-muih sahaja namun berbeza di Zebra Square Kuala Lumpur dimana majoriti kuih-muih yang Hans cuba disini memang lazat dan kena dengan selera Hans. Terbaik!

Kambing Bakar

Jangan risau tentang fasiliti seperti surau, tandas dan parkir kereta kerana semua ini disediakan disini. Jadi, jika anda bercadang untuk berbuka puasa di Zebra Square Kuala Lumpur pada bulan Ramadan 2022 ini, silalah membuat tempahan dengan segera kerana anda bakal menikmati pelbagai hidangan dengan orang yang tersayang. Selamat berbuka di Zebra Square Kuala Lumpur!

4 تعليقات

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com

  1. wow terbaik menu jelang Ramadan

    ردحذف
    الردود
    1. itulah
      lama tak makan bufet ramadan macam nih
      hehehehe

      حذف
  2. kambing bakar wajib ada bila pi buffet ramadhan..yummmyyy

    ردحذف
    الردود
    1. wajib sebab yang tu orang selalu cari dan serbu dulu
      hahaha

      حذف

إرسال تعليق

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com

أحدث أقدم