Assalammualaikum dan salam sejahtera buat semua pembaca blog www.hanshanis.com sekalian. Hans ada berita baik buat anda yang mempunyai masalah obesiti. Pihak M-Hope ingin menawarkan peluang kedua buat individu obes yang tidak berkemampuan untuk menjalani pembedahan bariatrik.
Untuk makluman semua, M-Hope adalah sebuah projek kebajikan yang merupakan inisiatif serta diasaskan oleh pakar Perunding Pembedahan dan Bariatrik, Dr. Mustafa Mohammed Taher. Usaha murni yang dilancarkan Dr. Mustafa ini akan membiayai kos rawatan pembedahan bariatrik kepada individu obes yang kurang bernasib baik secara percuma. Pembedahan bariatrik adalah prosedur terbaik dan selamat. Rawatan moden ini dilihat sebagai peluang kedua, sekali gus memberi nafas baharu kepada pesakit untuk hidup lebih sihat dan cergas selepas menjalani pembedahan.
Dr. Mustafa telah melancarkan sebuah program kebajikan melalui M-Hope dimana pada majlis ini beliau mengumumkan bahawa M-Hope telah menerima dana sebanyak RM348,000 dan ini memadai untuk membiayai kos rawatan 12 pesakit untuk menjalani pembedahan bariatrik secara percuma.
Menurut beliau, ramai individu obes tidak dapat menjalani pembedahan Bariatrik disebabkan masalah kewangan. Keadaan ini sungguh menyedihkan kerana pesakit berisiko diserang penyakit metabolik iaitu diabetik, tekanan darah tinggi dan masalah kardiovaskular dan diserang penyakit jantung. Ini menyebabkan mereka tidak berpeluang untuk menjalani kehidupan dengan sempurna dan memudaratkan kesihatan tanpa rawatan sewajarnya. Jadi, inilah antara faktor yang menyebabkan kewujudan M-Hope berjaya direalisasikan.
Hans secara peribadi amat kagum dengan kesungguhan Dr. Mustafa dala membantu individu yang kurang bernasib baik. Melalui perkongsian beliau, amalan ini adalah inspirasi daripada bapanya yang juga seorang doktor di mana klinik percuma dibuka pada setiap hari Jumaat dan pesakit menerima rawatan secara percuma. Faktor ini juga yang membuatkan Dr. Mustafa telah mengambil inisiatif secara persendirian menawarkan rawatan percuma kepada pesakit kurang berkemampuan. Kini pelbagai pihak tampil membantu bagi membolehkan lebih ramai pesakit dapat dibantu, sekali gus merealisasikan penubuhan M-Hope.
Majlis pelancaran tersebut diserikan dengan kehadiran penyanyi hebat tanah air, Datuk Aishah dan Ustazah Asni Abu Mansor yang turut menjalankan rawatan bariatrik sebelum ini. Mereka berdua berkongsi pengalaman serta tahap kesihatan yang sangat baik selepas melalui proses tersebut yang berjaya membantu mereka menjalani kehidupan dengan lebih sihat. Memang Hans khusyuk mendengar kisah mereka berdua dan banyak perkara dapat dipelajari daripada perkongsian yang cukup bermanfaat tersebut.
M-Hope diterajui oleh Dr Mustafa dengan kerjasama Persatuan Sukan, Rekreasi, & Kesihatan Kuala Lumpur (SURE Sihat) dan Cengild GI Medical Centre (CGI) dengan sumbangan awal sebanyak RM348,000 yang akan menanggung seramai 12 orang pesakit yang layak.
Untuk maklumat lanjut mengenai M-Hope, anda boleh hubungi Puan Rafeah Ariffin di talian 0162330678 sekarang.
memang follow dr. Mustafa ni dekat IG, selalu nampak sharing dia pasal obesiti dengan pembedahan bariatrik
ردحذفإرسال تعليق
Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com