McDonald's Malaysia Melancarkan Lintasan Pejalan Kaki 'Fries' Pertama Di Malaysia

Assalammualaikum dan salam sejahtera buat semua pembaca blog www.hanshanis.com sekalian. Siapa pembaca blog ini yang suka makan McDonald’s? Hans yakin pasti ramai antara anda semua yang menggemari burger dan aiskrim McDonald’s. Kalau sebut McDonald's memang akan buat Hans mengimbau banyak memori manis membesar dengan pelbagai kejutan daripada McDonald's Malaysia. Kali ini Hans ada sebuah lagi berita baik untuk dikongsikan yang mana ia pasti akan menambah satu lagi kenangan indah buat semua peminat McDonald's terutamanya untuk mereka yang suka bergambar, bertiktok dan merakam vlog.


Untuk makluman semua, McDonald’s Malaysia telah melancarkan Lintasan Pejalan Kaki ‘Fries’ yang merupakan McDonald’s Fries Crosswalk pertama di Malaysia pada 15 Mac 2022 yang lepas. Majlis pelancaran tersebut telah berlangsung dengan cukup meriah di McDonalds Bukit Bintang dan telah dirasmikan oleh Menteri Wilayah Persekutuan, YB Dato' Seri Dr Shahidan Bin Kassim serta Pengarah Urusan dan Rakan Operasi Tempatan McDonald's Malaysia iaitu YBhg. Dato' Azmir Jaafar.


Menurut YBhg. Dato' Azmir Jaafar, pihak beliau berharap penukaran lintasan pejalan kaki Bukit Bintang kepada Lintasan Pejalan Kaki ‘Fries’ McDonald’s ini akan membantu memperkukuhkan lagi kedudukan Kuala Lumpur sebagai lokasi yang wajib dilawati oleh pelancong tempatan dan luar negara. Hans sendiri bersetuju dengan kenyataan ini kerana secara tidak langsung inisiatif ini menyokong rancangan kerajaan untuk menjadikan Kuala Lumpur bandar raya yang makmur melibatkan aspek fizikal, sosial, ekonomi dan alam sekitar menjelang tahun 2030.


Sementara itu, YB Dato’ Seri Shahidan Bin Kassim, Menteri Wilayah Persekutuan juga turut menzahirkan rasa syukur dan berbesar hati dengan inisiatif McDonald’s Malaysia yang tampil ke hadapan dan bekerjasama dengan Kementerian Wilayah Persekutuan dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) bagi merealisasikan simbol ikonik bandar raya terbaru ini. Beliau yakin usaha ini akan memacu perkembangan ekonomi Kuala Lumpur selepas ini.


Jika anda lihat pada gambar di atas, Lintasan Pejalan Kaki ‘Fries’ McDonald's yang unik ini berada di tengah bandar metropolitan Kuala Lumpur dan berhadapan dengan cawangan McDonald’s Bukit Bintang yang pertama di Malaysia. Ini baru betul-betul ikonik kerana lintasan pejalan kaki ini akan membawa anda terus masuk ke dalam restoran pertama McDonald's di Malaysia yang telah pun dibuka sejak tahun 1982 lagi. Jika dihitung, usia cawangan McDonald's Malaysia yang pertama ini sudah pun berusia 40 tahun. Ikonik kan? 


Memang cantik sangat jika anda datang bergambar atau merakam video di kawasan Lintasan Pejalan Kaki ‘Fries’ McDonald's yang menampilkan rekaan kentang goreng "McDonald's French Fries" yang terkenal di seluruh dunia. Anda boleh lihat rekaan ini disusun secara menegak menuju cawangan McDonald’s Bukit Bintang. Hans pasti mesti ramai pengguna-pengguna media sosial di Malaysia sekarang berasa sangat teruja untuk datang bergambar disini. Jadi, Hans pun tidak melepaskan peluang untuk menjadi antara yang terawal bergambar kenangan di kawasan yang unik dan kreatif ini. Hans kelihatan seperti seketul kentang yang berada di dalam bekas kentang McD kan? Apa pandangan anda? Hahaha!


Sewaktu majlis pelancaran juga, Hans dan rakan-rakan media turut diraikan oleh pihak McDonald's Malaysia dengan begitu hebat sekali. Hans bukan sekadar dijamu dengan pelbagai hidangan McDonald's yang sedap dan dihiburkan dengan persembahan muzik sahaja. Mereka turut menyediakan perkhidmatan jurugambar untuk mengambil gambar Hans dan rakan-rakan di McDonald’s Fries Crosswalk pertama di Malaysia tersebut. Memang seronok sangat sebab cantik-cantik hasil gambarnya. 


Hans secara peribadi sangat gembira dengan inisiatif terbaru daripada pihak McDonald’s Malaysia ini kerana Hans melihat McDonald’s Fries Crosswalk bakal menjadi salah satu lagi tempat tarikan umum yang secara tidak langsung menggalakkan pelancong tempatan serta pelancong asing dari serata negara untuk datang ke sini dan seterusnya memberi impak bukan sahaja buat McDonald's Bukit Bintang tetapi juga kawasan pelancongan lain yang berada di sekitar Kuala Lumpur. Memang idea yang cukup kreatif dan bernas! 


Selain itu, Hans sangat yakin McDonald’s Fries Crosswalk pasti akan menjadi kegemaran ramai individu lebih-lebih lagi generasi muda masa kini kerana daya tarikan yang ada pada lintasan pejalan kaki ini sememangnya kena dengan minat mereka masa kini yang cukup suka merakam memori dan memuat naik gambar di laman sosial seperti Instagram. Tidak mustahil Lintasan Pejalan Kaki ‘Fries’ McDonalds Bukit Bintang akan tersenarai sebagai salah satu lokasi wajib untuk bergambar di Kuala Lumpur pada masa akan datang.


Pasti ramai yang tertanya-tanya bagaimana caranya untuk datang ke Lintasan Pejalan Kaki ‘Fries’ McDonalds Bukit Bintang ini kan? Mudah sahaja dimana anda boleh datang ke sini dengan menggunakan perkhidmatan pengangkutan awam seperti MRT Bukit Bintang dan Monorel Bukit Bintang. Kalau datang dengan kenderaan sendiri pun tiada masalah. Cari sahaja Lot 10 Kuala Lumpur dan pasti anda akan sampai ke kawasan menarik ini. Jadi, jangan lupa luangkan masa anda untuk datang sendiri ke lokasi tarikan terbaru ini pada bila-bila masa sahaja mulai sekarang.

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang McDonald’s Malaysia, sila lawati laman web rasmi di https://www.mcdonalds.com.my/.


23 تعليقات

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com

  1. Eh.. eh..menarik..kau sabar jap..tunggu dania habis SPM akak explore semua...

    ردحذف
    الردود
    1. hahahaha
      nanti dah ada masa tu jangan lupa datang bergambar dekat sini

      حذف
  2. wah terbaik tu menambah ruang xlah sesak

    ردحذف
  3. Bagus McD sentiasa active dgn program terbaru

    ردحذف
  4. Cantiknya boleh jadi tempat ootd nanti pergi area sana

    ردحذف
  5. cantik betul lintasan jalan kat sini.. terus ras anak singgah mekdi heheheh

    ردحذف
  6. kretif n comel...heheh bijak Mekdi.ni...ohsem lah

    ردحذف
  7. الردود
    1. amboi
      2 kali komen
      excited betul nampak gayanya nih
      hahaha

      حذف
  8. الردود
    1. sila-sila
      yang penting wajib bergambar dekat sini
      hehehe

      حذف
  9. I saw this too when i was in bukit bintang area over the weekend.

    ردحذف
  10. unik. mesti ramai yang nak berootd kat situ lepas ni

    ردحذف
  11. cantiknya kalau bergambar ni! Makin bertambah attraction dekat KL ye

    ردحذف

إرسال تعليق

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com

أحدث أقدم