Assalammualaikum dan salam sejahtera buat semua pembaca blog www.hanshanis.com sekalian. Siapa antara pembaca blog disini merupakan peminat hidangan Lamb Shank dan Sup Merah Gear Box Kambing? Baru-baru ini Hans berkesempatan ke Bandar Baru Bangi dan mencuba sendiri kedua-dua hidangan yang lazat dan mewah ini di Restoran CheqMeq Kitchen yang tersergam indah dan sebaris dengan bangunan JPJ.
CHEQMEQ KITCHEN
Alamat:
33, Jalan 7/7C,
Seksyen 7,
Bandar Baru Bangi,
Selangor.
(Sebaris JPJ)
Hari Operasi:
Setiap Hari
(Rabu Cuti)
Waktu Operasi:
11.00 Pagi - 11.00 Malam
Whatsapps:
0166351769 / 0193722723
Instagram:
Facebook:
Promosi:
Kongsikan artikel blog ini dan Screen Shot.
Kemudian tunjukkan di kaunter dan nikmati Diskaun 10%.
TENTANG CHEQMEQ KITCHEN
CheqMeq Kitchen sebelum ini pernah beroperasi di Puchong. Tetapi, disebabkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang memberi kesan kepada waktu dan operasi mereka membuatkan restoran ini berpindah ke Bandar Baru Bangi.
Sudah 5 bulan beroperasi di sini, pemilik CheqMeq Kitchen iaitu Puan Hasniza Abdullah (Meq) dan Pengiran Muhammad Ramadhan Bin Awang Iskanderdzulkarnein yang sudah terlibat dalam perniagaan makanan sejak dua tahun lepas menyasarkan agar lebih ramai penduduk sekitar Bangi dan yang berada di seluruh Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya untuk datang dan mencuba sendiri menu-menu menarik yang terdapat di restoran mereka terutamanya hidangan yang berasaskan kambing.
Hans juga di maklumkan sudah banyak orang kenamaan dan selebriti yang pernah menjamu selera dan memberi pujian kepada menu-menu yang ada disini seperti Dato Alha Alfa, Ustaz Abdullah Khairi dan Rhys William.
ULASAN HANS UNTUK MENU-MENU YANG TERDAPAT DI CHEQMEQ KITCHEN
1) SEKETUL LAMB SHANK
Harga:
RM35
RM35
Penilaian:
5/5
Ulasan:
5/5
Ulasan:
Lamb Shank dekat sini memang padu baq hang! Dah lah saiznya besar! Isi daging kambing pun banyak dan padat. Makan seketul ini memang pasti kenyang seharian. Hans suka sebab isinya lembut dan rasa kuahnya yang pekat memang sedap dimakan dengan nasi. Kalau boleh cicah dengan roti lagi layan tau! Memang menu ini wajib dicuba oleh peminat lamb shank seluruh Malaysia.
2) SEKETUL SUP MERAH GEARBOX KAMBING
Harga:
RM9
RM9
Penilaian:
5/5
Ulasan:
5/5
Ulasan:
Hans memang gembira makan Lamb Shank tadi. Tiba-tiba baru teringat Sup Merah Gearbox Kambing ini belum makan lagi. Walawehhhhh! Menu ini pun sedap sangat tau! Buat mereka yang mungkin ingin berjimat maka boleh cuba hidangan ini. Harga pun murah! Paling seronok bila tiba bab sedut dalam gearbox tu lah. Layannnnn!
3) KAMBING BAKAR
Harga:
RM18
RM18
Penilaian:
4/5
Ulasan:
4/5
Ulasan:
Disebabkan banyak sangat hidangan kambing, jadi Hans memang makan sedikit sahaja kambing bakar sebab kekenyangan. Hehehe! Tetapi, dalam kenyang pun tetap seronok makan sebab daging kambing bakar nih lembut dan juicy. Makan dengan nasi putih panas-panas memang kaw lah kalau anda pergi ke sini pada waktu tengahari. Rasa syahdu jer!
4) SAMBAL UDANG LAMBAK
Harga:
RM15
RM15
Penilaian:
5/5
Ulasan:
5/5
Ulasan:
Kalau anda bukan peminat atau penggemar daging kambing, anda jangan risau kerana ada hidangan lain yang anda boleh makan disini. Hans sangat mengesyorkan anda untuk cuba sambal udang lambak ini. Berebut-rebut Hans makan dengan kawan tadi sebab bukan setakat udangnya besar dan isi udang segar tetapi rasa sambalnya pun sedap. Makan dengan nasi arab atau nasi putih memang kena sangat. Cuba tau nanti!
5) AYAM GORENG BEREMPAH
Harga:
RM6
RM6
Ulasan:
Buat penggemar ayam goreng, kalau anda datang waktu tengahari nanti jangan lupa cuba seketul ayam goreng berempah disini. Pasti kenyang perut suka hati. Kalau nak makan dengan nasi arab atau nasi lemak pun okay juga sebab perapan rempah ayam nih sedap!
6) NASI ARAB
Harga:
RM4
RM4
Penilaian:
4/5
Ulasan:
4/5
Ulasan:
Untuk harga yang murah macam nih untuk sepinggan nasi arab, Hans yakin anda akan gembira dan puas hati menikmati nasi arab yang lazat dan lembut ini. Nasinya sebutir-butir dan air asam salad untuk nasi ini juga memang sedap. Kuahnya pun padu juga! Berbaloi lah kalau anda cuba sepinggan nasi arab ini disini.
7) NASI LEMAK
Harga:
RM3.50
RM3.50
Ulasan:
Nasi lemak disini menjadi kegemaran ramai pelanggan sewaktu restoran ini beroperasi di Puchong sebelum PKP bermula. Dengan persembahan makanan yang cantik dan kuantiti yang banyak macam ini, Hans tidak hairan nasi lemak menjadi salah satu menu kegemaran ramai pelanggan yang datang makan ke sini.
8) MINUMAN
Harga:
Bermula Dari RM2
Bermula Dari RM2
Ulasan:
Ada 4 minuman menarik dan istimewa yang wajib anda cuba. Hans paling suka dengan minuman Vanilla Biscoff yang bagi Hans sedap sangat. Rasa macam mahal jer minum air ini tetapi harganya murah sahaja. Rasa minuman pula macam Hans makan aiskrim pun ada. Wajib cuba semua minuman ini yer!
Selepas ini peminat daging kambing tak perlu bersusah payah lagi untuk mencari hidangan Lamb Shank dan Sup Merah Gearbox Kambing yang sedap kerana anda cuma perlu datang ke Restoran CheqMeq Kitchen yang terletak di Bandar Baru Bangi ini dan nikmati sepuas-puasnya makanan tersebut dengan perasaan gembira. Apa yang penting dagingnya bukan sahaja lembut tetapi penuh dengan rasa yang cukup mewah dan enak serta dijual dengan harga yang sangat murah. Selamat mencuba dan menjamu selera disini!
#CheqmeqKitchen #CheqmeqBangi #Halal
wooow sedapnya lamb shank dia😍😍😍😍
ردحذفsedap weh
حذفmakan seketul kenyang sehari
hahaha
Waahhh... Lamb shank menarik dan menu-menu lain pun mesti sedap!
ردحذفyes
حذفjangan lupa datang
putrajaya dengan bangi dekat jer tu
Lamb Shank dan Gear Box tu memanggil-manggil lah hu terliur kita hehehehe...
ردحذفapa lagi
حذفhujung minggu nih sila terjah
hehehe
weehhh aku tak kisah benda lain, yg aku kisah LAMB SHANK tu skrg!! LAMB SHANKKKK!!! Ehhh dgn Vanilla Biscoff...HAHAHA
ردحذفhahahaha
حذفselamat menjamu selera dengan mata yang berkaca
sedap owhh!
vanilla Biscoff tu laju jer aku sedut. hahaha!
Sedapnya nampak menu2 dekat sini. Leh try bila ke Bangi nanti.
ردحذفdatang Bangi nanti wajib cuba okay!
حذفsedap tau!
fuhhh sedap2 semua tu...buat terliur je nii
ردحذفhehehe
حذفterliur tu tanda teringin
nanti ajak suami belanja makan dekat sini
sedap tau!
sedapnya...byk tempat makan sedap di BBBangi..
ردحذفitulah
حذفsalah satunya CheqMeq Kitchen nih
kena datang try..kalau tak try rugi terlepas daging kambing sedap
hehehe
Wah i like lamb shank, nampak sedap dan banyak lagi makanan boleh try kat situ.
ردحذفdatang try tau Kelly
حذفpadu tau lamb shank dengan gearbox dekat sini
Saje je erk bikin panas....nak la jugakkkkkk...fav tu...gearbox..lamb shank ..x aci tau...dia je makan sedap..
ردحذفhahaha
حذفalhamdulillah rezeki jumpa tempat makan yang sedap
datang lah restoran nih dan cuba sendiri
confirm datang lagi
Nampak sedap. Lama jugak tak makan macam-macam sejak COVID ni.
ردحذفkena cuba tau
حذفbukan setakat nampak tetapi memang rasa dia power!
hehehe
Wah sup gear box sedap nya!
ردحذفsedap owh
حذفwajib cuba :)
إرسال تعليق
Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com