Yong Tau Foo Terbaik Di Kuala Lumpur : Yong Tau Foo Ibu

Assalammualaikum dan salam sejahtera buat semua pembaca blog www.hanshanis.com sekalian. Siapa antara pembaca blog disini yang gemar makan hidangan Yong Tau Foo yang lazat tu? Kalau anda memang peminat Yong Tau Foo maka anda pasti tersenyum lebar kali ini kerana Hans ingin berkongsi tentang satu kedai makan yang menjual Yong Tau Foo paling sedap dan semestinya halal iaitu Yong Tau Foo Ibu yang terletak di dalam Medan Selera Lotus Selayang.

YONG TAU FOO IBU
MEDAN SELERA LOTUS SELAYANG

Alamat:
Medan Selera Lotus Selayang,
Jalan Ipoh,Mukim Batu,
51200, Kuala Lumpur,
Malaysia.

Hari Operasi:
Setiap Hari

Waktu Operasi:
10.00 Pagi - 10.00 Malam

Untuk Tempahan:
0126556199 (Puan Zaimah)

Instagram:

DISEBALIK KISAH YONG TAU FOO IBU

Hans berkesempatan bertemu dengan pemilik Yong Tau Foo Ibu iaitu Puan Zaimah Ismail yang dikenali dengan panggilan Ibu di Lotus Selayang. Beliau berkongsi pengalamannya dengan Hans dimana menu Yong Tau Foo merupakan menu kegemarannya sehinggakan beliau sanggup menyediakan dan menghidangkan menu ini di rumah secara langsung kepada tetamu semasa mengadakan rumah terbuka pada setiap kali Hari Raya Aidilfitri menjelma. Disebabkan minat yang mendalam membuatkan beliau mempelajari sendiri cara menyediakan dan memasak sos pedas, sos manis dan sup Yong Tau Foo ini daripada mereka yang pakar.


Sebelum Puan Zaimah menyewa kedai di Lotus Selayang yang sebelum ini dikenali sebagai Tesco, beliau hanya menjual Yong Tau Foo Ibu ini dari rumah dan kerap kali mendapat pesanan daripada rakan pejabat, jiran, individu dan syarikat untuk menyediakan kotak makan tengah hari, set keluarga dan set talam untuk acara-cara besar seperti kenduri, majlis hari jadi dan rumah terbuka. Jadi, tidak hairan lah rasa hidangan Yong Tau Foo Ibu ini memang lazat dan pasti membuatkan anda jatuh cinta dengan air tangan beliau.

INFAK RAMADAN BERSAMA YONG TAU FOO IBU

Memandangkan ramai individu memilih untuk menjadikan Yong Tau Foo Ibu sebagai Set Talam Iftar dan Kotak Moreh untuk dijadikan sebagai sumbangan atau sedekah di Masjid dan Surau yang menganjurkan program berbuka puasa pada bulan Ramadan yang lepas,  Puan Zaimah mengambil keputusan untuk meneruskan lagi usaha tersebut pada bulan Ramadan tahun ini. Tempahan telah dibuka mulai sekarang dan Puan Zaimah amat mengalu-alukan pihak surau, masjid, syarikat serta individu yang berada di sekitar Kuala Lumpur dan Selangor yang berminat untuk menaja iftar atau moreh dengan memilih pakej yang disediakan seperti berikut:

PAKEJ SET TALAM IFTAR
Harga:
RM40.00

Kuantiti:
Sesuai dimakan oleh 8 hingga 10 orang.

Minimum Tempahan:
1 Talam


PAKEJ KOTAK MOREH
Harga:
RM5.00

Kuantiti:
Sesuai untuk 1 orang.

Minimum Tempahan:
20 Kotak

ULASAN HANS UNTUK MENU-MENU YANG TERDAPAT DI YONG TAU FOO IBU

Alang-alang Hans dah datang ke sini, rasa rugi pula kalau hanya makan Yong Tau Foo Ibu sahaja kan? Jadi, Hans cuba juga menu-menu lain yang dijual disini dan terbukti pilihan Hans tak salah. Ini adalah ulasan ringkas Hans untuk menu-menu yang Hans telah cuba disini.
 
1) YONG TAU FOO IBU
Harga:
Setiap item bermula daripada RM0.50 sekeping sehingga RM4.00 sekeping.

Penilaian:
5/5

Ulasan:
Alhamdulillah setiap item Yong Tau Foo disini sangat segar dan diperoleh daripada pembekal makanan yang halal. Tetapi, apa yang membuatkan ianya cukup istimewa disebabkan gabungan sos manis, sos pedas dan bijan yang cukup padu sehingga membuatkan Hans menambah berulang kali. Jika anda suka makan yong tau foo dengan sup, jangan risau kerana sup istimewa ada disediakan disini. Serius sos dan sup yang dimasak sendiri oleh Puan Zaimah memang sangat istimewa dan betul-betul sedap. Sebab itu Hans bagi markah penuh untuk hidangan ini. 

2) SOTONG KANGKONG
Harga:
RM7.90

Penilaian:
5/5

Ulasan:
Ini juga antara menu yang anda wajib cuba apabila berkunjung ke kedai Yong Tau Foo Ibu ini. Rasa kuahnya yang sedikit pedas ditambah dengan kesegaran kangkung dan sotong yang dicelur elok membuatkan hidangan ini menjadi rebutan Hans dan rakan-rakan. Memang surrr kalau orang Utara cakap. Kalau datang sini jangan lupa untuk cuba tau! Kalau tidak rugi! 

3) CHEE CHEONG FUN
Harga:
RM5.90

Penilaian:
4/5

Ulasan:
Disini juga anda boleh mencuba Chee Cheong Fun dimana hidangan ini juga sesuai buat mereka yang vegetarian kerana tidak dicampurkan dengan sebarang isi haiwan. Hans suka rasanya yang lembut dan kenyal. Makan pula dengan sos manis, sos pedas dan bijan yang digaul sebati, memang terangkat beb! Kalau tak percaya cuba lah nanti! 

4) TAUHU BAKAR
Harga:
RM5.50

Penilaian:
4/5

Ulasan:
Menu terakhir yang Hans cuba ialah Tauhu Bakar. Hidangan ini juga sesuai untuk mereka yang vegetarian. Kualiti tauhu memang terbaik. Dalam Hans kenyang pun boleh lagi Hans makan hidangan ini berulang kali sebab rasanya memang sedap. Jika anda peminat tauhu bakar, jangan lepaskan peluang untuk cuba. Berbaloi!


Berita gembira buat peminat menu Yong Tau Foo dimana anda boleh memilih untuk menikmati menu ini di kedai Yong Tau Foo Ibu dalam dua cara sama ada rebus (celur) atau digoreng. Selain itu, anda juga boleh menikmati hidangan ini sama ada dengan pencicah sos manis dan sos pedas atau pun dengan sup.


Jadi, selamat mencuba dan menjamu selera di kedai Yong Tau Foo Ibu yang terletak di Lotus Selayang. Hans pasti peminat Yong Tau Foo yang telah mencuba buat kali pertama pasti akan kembali semula ke sini kerana rasanya yang sangat enak, kuantiti makanannya yang berpatutan, harganya yang murah serta kebersihan makanan dan premis yang sentiasa dijaga dengan rapi. Terbaik!

#YongTauFoo  #YongTauFooIbu  #Halal  

61 تعليقات

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com

  1. Ok dekat dah ni. Boleh cuba nanti.

    ردحذف
    الردود
    1. cuba nanti sis
      serius sedap
      puas hati kalau makan dengan keluarga

      حذف
  2. Selayang ada Lotus ek? Ni baru tau lepas baca. Bole la try YTF kat sana sebab kite memang hantu YTF 😂

    ردحذف
    الردود
    1. ada. dulu situ kan tesco. sekarang dah jadi lotus. hehehe!
      cuba tau nanti! mesti datang lagi punya.

      حذف
  3. Wow menarik betul... Kita mmg suka yong tau fu.. Tgk sotong kangkung dgn tauhu bakar dia.. Emmm kena singgah ni... Thanks share lokasi makanan menarik 👍

    ردحذف
    الردود
    1. ya. wajib singgah!
      sedap tau! sotong kangkung tu kena order dua pinggan. satu karang berebut sebab sedap.hehehe!

      حذف
  4. Waah.. Menarik ni. Banyak pakej mampu milik dan nampak sedap.

    ردحذف
  5. Laaa Lotus Selayang ni food court tesco laa kan... sedapnya!!! Nanti nak try

    ردحذف
    الردود
    1. yer betul. dulu tesco. sekarang lotus.
      dah cuba nanti komen balik sini yer.
      hehehe

      حذف
  6. This looks delicious and so affordable!

    ردحذف
  7. meriahnya portion dia.. harga pon berpatutan.. boleh masuk dlm list jjcm nnti.. thanks for sharing..

    ردحذف
    الردود
    1. yang tu set talam.
      memang meriah sebab sesuai dimakan oleh 8 hingga 10 orang.
      hehehe!

      حذف
  8. Meriah menu hahaha, ni febret suami kalau dekat mesti dia pergi ni

    ردحذف
    الردود
    1. itulah
      serius sedap gila.
      sedapnya tu sebab sos dan sup dia memang padu.

      حذف
  9. Aduhhh, sungguh menggiurkan sotong kangkung tu.

    ردحذف
    الردود
    1. memang menggiurkan.
      kalau datang kena order 2 pinggan sotong kangkung tu.
      baru puas. hehe!

      حذف
  10. Banyaknya makanan hehehe tak ajak pun lama teringin nak makan Yong Tau Foo habis ker tu heheh dap dap

    ردحذف
  11. mmg banyak pilihan makanan kat sini.. dan semuanya sedap2

    ردحذف
    الردود
    1. sedap-sedap kan. tambah-tambah sotong kangkung tu. hehe

      حذف
  12. sedapkan..banyak pilihan pula mcm tu.. jom repeat makan kat sini

    ردحذف
    الردود
    1. jom jom
      belanja yong tau foo dengan sotong kangkung
      hehehe

      حذف
  13. Aduhh.. dah la lama tak makan ... Pastu murah lak tu.. haduuu... Jauhnya nak pergi... 😭

    ردحذف
  14. Wah bestnya. Nak tryyyyy... Nampak sedap je. Nasib baik lah jauh nun d sana...

    ردحذف
    الردود
    1. hehehe
      kalau dekat jangan lupa singgah dan cuba sendiri

      حذف
  15. Sedap menu ni..Banyak pilihan yg kita boleh pilih..sotong kangkung.sedap tuu

    ردحذف
    الردود
    1. sotong kangkung dia memang padu
      kalau datang sini jangan lupa cuba

      حذف
  16. adoi.. terus rasa nak cari esok la..

    ردحذف
  17. Sedapnya yong tau foo, teringinlah pula 😁

    ردحذف
    الردود
    1. hahahaha
      sedap yong tau foo ibu nih sebab sos dan kuah sup dia sedap

      حذف
  18. Ada tiga jenis kuah ye, sedapnyaa tengok. Boleh cuba nanti kalau pergi Lotus Selayang

    ردحذف
    الردود
    1. kalau pergi Lotus Selayang nanti jangan lupa cuba yer
      serius berbaloi sangat

      حذف
  19. Wah! Banyak pilihan! Ini baru betul air tangan ibu... Boleh cuba ni!

    ردحذف
    الردود
    1. bawa satu keluarga datang makan uncle
      mesti happy dapat makan makanan yang sedap

      حذف
  20. Wah sedap i like their yong tau foo, and also the sotong kangkung plus tauhu bakar

    ردحذف
  21. Nampak menyelerakan betul la sotong kangkung tu Hans.. 😋

    ردحذف
    الردود
    1. memang sedap sotong kangkung dia
      cadang nanti nak gi repeat lagi
      hehehe

      حذف
  22. Waahhhh seriussss laa rating semua tinggi² bole la fafa cuba nanti. Sekarang ni memang selalu ke lotus selayang

    ردحذف
    الردود
    1. yes serius.
      memang sedap.
      tak percaya nanti cuba sendiri tau.
      confirm suka punya lah.

      حذف
  23. Jauhnya Selayang...insya-Allah kalau ada rezeki lebih boleh infak Ramadan nnt :)

    ردحذف
    الردود
    1. nak infak boleh whatapps Puan Zaimah
      senang jer semua dia uruskan :)

      حذف
  24. macam nie baru la yong tau foo.. favorite sangat nie

    ردحذف
    الردود
    1. kalau dah favorite wajib cuba
      serius sedap owhh sos dengan sup dia
      yong tau foo nih yang penting sos dengan sup dia kena sedap
      hehe

      حذف
  25. Memang favorite abam la yong tau foo ni. Banyak pilihan lak tu

    ردحذف
  26. tahu bakar tu nampak menggoda 🤣🤣

    ردحذف
    الردود
    1. hehehe
      betul tu
      makan waktu panas-panas mesti syahdu jer

      حذف
  27. Waaa. Favorite ni. Kalau ke KL bolehlah singgah makan situ

    ردحذف
    الردود
    1. kalau datang KL jangan lupa singgah cuba
      mesti puas hati

      حذف
  28. Fav akak gak ni..susah nak dpt yg betul2 sedap..kena cari gak la kat Jalan Ipoh nanti...dh ada alamat tu ha ..waze aje...

    ردحذف
    الردود
    1. yes..susah nak jumpa yang sedap.
      alhamdulillah ini Yong Tau Foo ketiga yang Hans jumpa di KL yang sedap.
      sotong kangkung dia pun padu owhhh!
      tauhu bakar pun sedap.
      semua lah sedap. hahaha!

      حذف
  29. Sedap betul ni. My feveret ni. Chee Cheong Fun.. Lama betul tak makan. Jauh lah pula. Mau balik ni cari YTF area rumah 😁

    ردحذف
  30. Wah, boleh cuba nie, sebab yong taufu memang kegemaran akak suami isteri..

    ردحذف

إرسال تعليق

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com

أحدث أقدم