Assalammualaikum dan salam sejahtera buat semua pembaca blog www.hanshanis.com sekalian. Untuk perkongsian kali ini, Hans nak war-warkan satu aplikasi terbaru yang sangat menarik terutama buat anda yang gemar membeli emas, bermain permainan video mahu pun yang suka berniaga di atas talian iaitu aplikasi SemuaPay.
Mungkin ini adalah kali pertama anda mendengar tentang aplikasi SemuaPay ini tetapi untuk pengetahuan semua, aplikasi ini sebenarnya sangat unik dan menarik kerana ia betul-betul memudahkan urusan harian anda.
APA ITU SEMUAPAY?
Untuk makluman semua, SemuaPay merupakan satu aplikasi pembayaran online yang dimiliki oleh SemuaPay Sdn. Bhd. yang dihasilkan oleh 100% bumiputera Malaysia. SemuaPay telah membantu lebih 20 ribu pengguna di Malaysia dan aplikasi ini bukan sekadar digunakan untuk pembayaran online sahaja tetapi turut memberi peluang kepada pengguna untuk mula berniaga tanpa perlu mengeluarkan kos yang tinggi dengan kemudahan yang disediakan di dalam aplikasi ini.
APAKAH SERVIS YANG DITAWARKAN SEMUAPAY?
Aplikasi SemuaPay ini menawarkan pelbagai servis perkhidmatan secara atas talian. Anda hanya perlu tambah nilai di dalam walet aplikasi SemuaPay ini dan boleh terus melakukan pelbagai urusan seperti:
1) Membeli emas
2) Membayar pelbagai jenis bil bulanan seperti bil telefon, TNB, Astro dan lain-lain.
3) Anda boleh membuka e-kedai @ kedai online untuk menjual pelbagai barangan.
4) Boleh bermain serta tambah nilai akaun PUBG MOBILE anda dan pelbagai permainan video online lain yang cukup menarik.
5) Membeli data internet atau membayar prabayar telefon anda dengan mudah.
6) Menjana pendapatan sampingan dengan menyelesaikan tugasan-tugasan mudah yang ada di bahagian butang Viral.
7) Pelbagai lagi aktiviti menarik yang boleh anda lakukan melalui aplikasi SemuaPay.
BAGAIMANA CARA UNTUK MENDAFTAR AKAUN SEMUAPAY SEBAGAI PENGGUNA?
Cara untuk mendaftar juga sangat mudah. Hanya dengan pembayaran serendah RM10 seumur hidup, anda sudah boleh menggunakan aplikasi SemuaPay tanpa perlu risau untuk memperbaharui akaun anda. Klik SemuaPay untuk daftar akaun anda.
Anda hanya perlu muat turun aplikasi SemuaPay dan ikut sahaja arahan yang telah tersedia seperti mengisi nama, nombor telefon dan email.
Kemudian pilih pakej keahlian sebagai pengguna dimana anda boleh memilih antara satu daripada empat pilihan yang tersedia iaitu Pakej Keahlian, Pengguna, Komuniti Usahawan dan VIP.
Seterusnya anda hanya perlu menikmati pelbagai kelebihan yang ditawarkan oleh aplikasi ini dengan gembira kerana pilihan yang anda lakukan sememangnya bijak dan berbaloi.
APAKAH KELEBIHAN MENGGUNAKAN APLIKASI SEMUAPAY INI?
Apa yang lebih menarik perhatian Hans ialah setiap urusan pembelian dan pembayaran menggunakan aplikasi SemuaPay ini akan memberikan anda pulangan semula wang tunai atau dalam bahasa Inggerisnya disebut sebagai cashback. Memang seronok sangat kerana anda boleh mengumpul rebat yang anda peroleh dan ianya boleh digunakan untuk membayar bil-bil yang akan datang. Jimatkan?
SemuaPay juga turut melancarkan program SPReward bagi melahirkan sekurang-kurangnya 1000 usahawan digital dalam kalangan pengguna pada tahun 2022 yang merupakan inisiatif pihak syarikat SemuaPay Sdn. Bhd. dalam melahirkan usahawan digital di kalangan pengguna berdaftar dengan pemasaran e-kedai SemuaPay. Bagi Hans usaha ini memang bagus kerana ia membantu pengguna untuk menjana pendapatan sampingan dengan mudah.
Selain itu, anda juga berpeluang untuk memenangi pelbagai hadiah menarik bernilai hampir RM1,000,000 yang ditawarkan kepada pemenang pada setiap bulan mengikut jumlah mata ganjaran yang terkumpul. Lebih membuatkan Hans teruja ialah pengguna aplikasi SemuaPay juga boleh menebus emas juga sebagai ganjaran. Memang terbaik!
Jadi, apa yang anda tunggu lagi? Muat turun sekarang aplikasi SemuaPay di telefon pintar anda untuk memastikan urusan harian anda menjadi lebih mudah. Untung-untung menang pelbagai hadiah menarik kan? Untuk maklumat lanjut, anda juga boleh melayari laman sosial media SemuaPay seperti yang Hans kongsikan dibawah ini:
Laman Sesawang:
Wahhh menarik
BalasPadamLebih byk kemudahan
yes
Padammemang memudahkan :)
mantap apps makin memudahkan
BalasPadambetul tu. memudahkan urusan :)
PadamOk, nanti I nak download
BalasPadamdownload tau :)
PadamSenang betul dalam satu apps macam² kita boleh buat. Best².. nak try download la macam ni
BalasPadamdownload cepat-cepat yer. macam-macam function ada
PadamMemang mudah merangkumi semua. Best sangat.
BalasPadamkan...hehehe...hans pun suka guna apps nih
PadamMudah betul kalau ada semua pay ni kan
BalasPadammemang memudahkan :)
PadamMenarik betul aplikasi SemuaPay ni, zumal pun nak install juga la...
BalasPadamInstall tau Zumal. Ada cashback
PadamMacam2 apps dah sekarang. Blh beli emas lg tu.
BalasPadamitu yang best tu
Padammenarik boleh cuba
BalasPadamcuba tau :)
PadamMenarik ni...bab memudahkan ni kakak suka...
BalasPadamhehehe tu lah..memudahkan :)
PadamWow..ada cashback! Okay, sis nak download. Senang lah..satu apps je banyak benda boleh settle.
BalasPadamitu best tu...ada cashback :)
PadamWah. Nampak dia cover semua utiliti... Senang la macam ni.. 👍
BalasPadamitulah...memudahkan :)
PadamMenariknya aplikasi SemuaPay ni.. macam2 aktiviti boleh dilakukan
BalasPadamMudah bila guna app macam ni..cepat kerja..siap ada cashback lagi
BalasPadamTk perkongsian info bermanfaat
BalasPadamsenang ada apps camni maklumlah
BalasPadamsemuanya bayar online je sekarang nie.
Menarik apps gini . senang nak buat payment . siap ada cashback . search jap
BalasPadamMenarik ni ada cashback. Itu yg kita cari
BalasPadamMy friends also using this app, memang mudah dan secure
BalasPadamMenarik. Siap ada cashback lagi.
BalasPadamMantap..semua dalam satu..terbaik 👍👍😀
BalasPadamMenarik ni! Semua dalam satu. Ada peluang menang emas juga
BalasPadamApps macam ni memudahkan semua urusan..nanti nak cuba guna juga ni..thanks share😊
BalasPadamWow.. aplikasi yang cukup memudahkan kehidupan.. yang tak tahan tue boleh beli emas🤩
BalasPadamSekarang semua Di hujung jari. Akan Cuba application ni nnt
BalasPadamMenarik juga ni. Boleh dicuba.
BalasPadamCatat Ulasan
Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com