Assalammualaikum dan salam sejahtera buat semua pembaca blog www.hanshanis.com sekalian. Untuk perkongsian kali ini, Hans nak war-warkan satu aplikasi terbaru yang sangat menarik terutama buat anda yang gemar membeli emas, bermain permainan video mahu pun yang suka berniaga di atas talian iaitu aplikasi SemuaPay.
Mungkin ini adalah kali pertama anda mendengar tentang aplikasi SemuaPay ini tetapi untuk pengetahuan semua, aplikasi ini sebenarnya sangat unik dan menarik kerana ia betul-betul memudahkan urusan harian anda.
APA ITU SEMUAPAY?
Untuk makluman semua, SemuaPay merupakan satu aplikasi pembayaran online yang dimiliki oleh SemuaPay Sdn. Bhd. yang dihasilkan oleh 100% bumiputera Malaysia. SemuaPay telah membantu lebih 20 ribu pengguna di Malaysia dan aplikasi ini bukan sekadar digunakan untuk pembayaran online sahaja tetapi turut memberi peluang kepada pengguna untuk mula berniaga tanpa perlu mengeluarkan kos yang tinggi dengan kemudahan yang disediakan di dalam aplikasi ini.
APAKAH SERVIS YANG DITAWARKAN SEMUAPAY?
Aplikasi SemuaPay ini menawarkan pelbagai servis perkhidmatan secara atas talian. Anda hanya perlu tambah nilai di dalam walet aplikasi SemuaPay ini dan boleh terus melakukan pelbagai urusan seperti:
1) Membeli emas
2) Membayar pelbagai jenis bil bulanan seperti bil telefon, TNB, Astro dan lain-lain.
3) Anda boleh membuka e-kedai @ kedai online untuk menjual pelbagai barangan.
4) Boleh bermain serta tambah nilai akaun PUBG MOBILE anda dan pelbagai permainan video online lain yang cukup menarik.
5) Membeli data internet atau membayar prabayar telefon anda dengan mudah.
6) Menjana pendapatan sampingan dengan menyelesaikan tugasan-tugasan mudah yang ada di bahagian butang Viral.
7) Pelbagai lagi aktiviti menarik yang boleh anda lakukan melalui aplikasi SemuaPay.
BAGAIMANA CARA UNTUK MENDAFTAR AKAUN SEMUAPAY SEBAGAI PENGGUNA?
Cara untuk mendaftar juga sangat mudah. Hanya dengan pembayaran serendah RM10 seumur hidup, anda sudah boleh menggunakan aplikasi SemuaPay tanpa perlu risau untuk memperbaharui akaun anda. Klik SemuaPay untuk daftar akaun anda.
Anda hanya perlu muat turun aplikasi SemuaPay dan ikut sahaja arahan yang telah tersedia seperti mengisi nama, nombor telefon dan email.
Kemudian pilih pakej keahlian sebagai pengguna dimana anda boleh memilih antara satu daripada empat pilihan yang tersedia iaitu Pakej Keahlian, Pengguna, Komuniti Usahawan dan VIP.
Seterusnya anda hanya perlu menikmati pelbagai kelebihan yang ditawarkan oleh aplikasi ini dengan gembira kerana pilihan yang anda lakukan sememangnya bijak dan berbaloi.
APAKAH KELEBIHAN MENGGUNAKAN APLIKASI SEMUAPAY INI?
Apa yang lebih menarik perhatian Hans ialah setiap urusan pembelian dan pembayaran menggunakan aplikasi SemuaPay ini akan memberikan anda pulangan semula wang tunai atau dalam bahasa Inggerisnya disebut sebagai cashback. Memang seronok sangat kerana anda boleh mengumpul rebat yang anda peroleh dan ianya boleh digunakan untuk membayar bil-bil yang akan datang. Jimatkan?
SemuaPay juga turut melancarkan program SPReward bagi melahirkan sekurang-kurangnya 1000 usahawan digital dalam kalangan pengguna pada tahun 2022 yang merupakan inisiatif pihak syarikat SemuaPay Sdn. Bhd. dalam melahirkan usahawan digital di kalangan pengguna berdaftar dengan pemasaran e-kedai SemuaPay. Bagi Hans usaha ini memang bagus kerana ia membantu pengguna untuk menjana pendapatan sampingan dengan mudah.
Selain itu, anda juga berpeluang untuk memenangi pelbagai hadiah menarik bernilai hampir RM1,000,000 yang ditawarkan kepada pemenang pada setiap bulan mengikut jumlah mata ganjaran yang terkumpul. Lebih membuatkan Hans teruja ialah pengguna aplikasi SemuaPay juga boleh menebus emas juga sebagai ganjaran. Memang terbaik!
Jadi, apa yang anda tunggu lagi? Muat turun sekarang aplikasi SemuaPay di telefon pintar anda untuk memastikan urusan harian anda menjadi lebih mudah. Untung-untung menang pelbagai hadiah menarik kan? Untuk maklumat lanjut, anda juga boleh melayari laman sosial media SemuaPay seperti yang Hans kongsikan dibawah ini:
Laman Sesawang:
Wahhh menarik
ردحذفLebih byk kemudahan
yes
حذفmemang memudahkan :)
mantap apps makin memudahkan
ردحذفbetul tu. memudahkan urusan :)
حذفOk, nanti I nak download
ردحذفdownload tau :)
حذفSenang betul dalam satu apps macam² kita boleh buat. Best².. nak try download la macam ni
ردحذفdownload cepat-cepat yer. macam-macam function ada
حذفMemang mudah merangkumi semua. Best sangat.
ردحذفkan...hehehe...hans pun suka guna apps nih
حذفMudah betul kalau ada semua pay ni kan
ردحذفmemang memudahkan :)
حذفMenarik betul aplikasi SemuaPay ni, zumal pun nak install juga la...
ردحذفInstall tau Zumal. Ada cashback
حذفMacam2 apps dah sekarang. Blh beli emas lg tu.
ردحذفitu yang best tu
حذفmenarik boleh cuba
ردحذفcuba tau :)
حذفMenarik ni...bab memudahkan ni kakak suka...
ردحذفhehehe tu lah..memudahkan :)
حذفWow..ada cashback! Okay, sis nak download. Senang lah..satu apps je banyak benda boleh settle.
ردحذفitu best tu...ada cashback :)
حذفWah. Nampak dia cover semua utiliti... Senang la macam ni.. 👍
ردحذفitulah...memudahkan :)
حذفMenariknya aplikasi SemuaPay ni.. macam2 aktiviti boleh dilakukan
ردحذفMudah bila guna app macam ni..cepat kerja..siap ada cashback lagi
ردحذفTk perkongsian info bermanfaat
ردحذفsenang ada apps camni maklumlah
ردحذفsemuanya bayar online je sekarang nie.
Menarik apps gini . senang nak buat payment . siap ada cashback . search jap
ردحذفMenarik ni ada cashback. Itu yg kita cari
ردحذفMy friends also using this app, memang mudah dan secure
ردحذفMenarik. Siap ada cashback lagi.
ردحذفMantap..semua dalam satu..terbaik 👍👍😀
ردحذفMenarik ni! Semua dalam satu. Ada peluang menang emas juga
ردحذفApps macam ni memudahkan semua urusan..nanti nak cuba guna juga ni..thanks share😊
ردحذفWow.. aplikasi yang cukup memudahkan kehidupan.. yang tak tahan tue boleh beli emas🤩
ردحذفSekarang semua Di hujung jari. Akan Cuba application ni nnt
ردحذفMenarik juga ni. Boleh dicuba.
ردحذفإرسال تعليق
Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com