Assalammualaikum dan salam sejahtera buat semua pembaca blog www.hanshanis.com sekalian. Untuk pengetahuan semua, pepsi telah mengeluarkan filem bola sepak paling mengujakan setakat ini iaitu 'Nutmeg Royale'. Berkisar tentang pergerakan paling licik perlawanan itu, gergasi minuman bergas ini telah menyerlahkan kebolehannya yang tiada tandingan dan sudah terbukti dengan menggabungkan dunia bola sepak dan hiburan bersama dalam menghasilkan kempen penuh aksi serta dipenuhi bintang-bintang terkenal dengan slogan antarabangsanya yang baharu ‘Thirsty For More’.
Mendahului dengan filem wira epik, para peminat dapat melihat juara bola sepak dunia yang hebat dan pemenang tujuh kali Ballon D’Or – Leo Messi – di samping pemain ikonik – Paul Pogba dan Ronaldinho – mengambil bahagian dalam perlawanan paling sukar bagi mereka setakat ini. Mengakali satu sama lain serta pemain tempatan yang tidak curiga, bintang bola sepak elit ini bertarung dalam kejuaraan nutmeg yang sensasi dan menghiburkan. Iklan dengan gaya aksi pantas itu penuh dengan kameo, helah kamera dan jenaka terkemuka Pepsi. Sebagai sebahagian daripada slogan antarabangsanya, ‘Thirsty for More’, Pepsi sedang menjuarai cita-cita ‘Generation Thirsty’- satu puak individu yang memiliki pemikiran ingin tahu – dengan menyinari generasi akan datang dengan bakat luar biasa.
Helah khusus untuk orang yang sukakan risiko dan dahagakan deruan permainan, nutmeg memerlukan keyakinan, kemahiran dan masa yang sempurna. Ia lebih daripada sekadar pergerakan di atas padang, ia melambangkan pemikiran.
“Seronok dapat bekerja kembali dengan Pepsi dan mencipta detik-detik menghiburkan dalam bola sepak buat para peminat. Penggambaran kempen ini sangat menyeronokkan. Ia sangat bertenaga dan membolehkan saya menunjukkan salah satu teknik kegemaran saya – nutmeg,” kata Leo Messi.
Bercakap tentang kempen baharu itu, Pengarah Pemasaran PepsiCo, Mikey Rosales berkata bahawa Pepsi sangat teruja untuk kongsikan filem bola sepak ‘Nutmeg Royale’ dengan pencinta bola sepak Malaysia. Filem ini mewakili intipati semangat Pepsi iaitu berseronok. “Semasa kempen ini ditetapkan, nutmeg merupakan gerakan terbaik sebagai satu pergerakan yang melambangkan ‘keseronokan’ kerana ia adalah untuk mereka yang tajam akal, bercita-cita tinggi dan suka keseronokan serta ternanti-nanti akan keterujaan sesuatu perlawanan.” Menambah kenyataan itu, Ketua Pemasaran Minuman PepsiCo, Jen Lee berkata bahawa memastikan kenikmatan para pelanggan ketika menikmati minuman merupakan teras syarikat ini. “Dengan membayangkan kenikmatan itu sambil memaparkan semangat berlawan, kini para pelanggan juga boleh merasai keterujaannya melalui filem ini.”
Pencinta bola sepak Malaysia juga boleh turut serta dalam keseronokan Nutmeg dengan menyahut cabaran duet TikTok #PepsiNutmegMY bersama Leo Messi di @pepsimalaysia di aplikasi TikTok.
Nantikan lebih banyak berita dan kandungan digital daripada Pepsi pada minggu akan datang. Pasti anda tidak mahu ketinggalan! Para peminat boleh sertai perbualan dalam talian dengan mengikuti #THIRSTYFORMORE, #PepsiNutmegRoyale dan @PepsiMY.
إرسال تعليق
Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com