Manfaat Santan Mawar Untuk Kesihatan

Assalammualaikum dan salam sejahtera buat semua pembaca blog www.hanshanis.com sekalian. Seperti yang kita semua sedia maklum, Malaysia ini memang terkenal dengan kelazatan makanan-makanannya bukan sahaja di kalangan rakyat tempatan tetapi juga pelancong asing. Antara menu asli yang sering mendapat pujian dan menjadi kegemaran rakyat Malaysia serta pelancong luar ialah makanan yang berasaskan santan.

Cuma cabaran untuk mereka yang tinggal di bandar seperti Hans ialah bagaimana untuk mendapatkan santan segar bila nak memasak. Maklumlah zaman sekarang ramai yang suka ambil jalan mudah dengan gunakan santan kotak. Tak salah pun gunakan santan kotak cuma kalau guna santan segar akan buat makanan rasa lebih sedap. Jadi, baru-baru ini Hans diperkenalkan dengan satu produk santan segar oleh seorang rakan yang memang suka masak. Produk yang Hans maksudkan ini ialah Santan Mawar.

BUNGKUSAN SANTAN MAWAR CUKUP PREMIUM

Santar Mawar ini memang sangat segar dan cukup berkualiti. Hans memperoleh santan ini dengan penghantaran yang cukup baik. Melihat pembungkusan Santan Mawar ini sahaja sudah menyerlahkan tahap produk ini yang nampak cukup premium. Apa yang lebih menarik, santan mawar ini memang pekat sebab ia adalah santan asli tanpa campuran air dan tiada bahan pengawet langsung. 

MASA UNTUK MASUKKAN SANTAN MAWAR KE DALAM PERIUK

Jadi, semasa Hans memasak gulai ayam ubi baru-baru ini memang Hans puas hati sangat sebab Santan Mawar ini memang pekat. Baru pakai sikit tetapi kuah gulai Hans dah jadi pekat berlemak yang cukup sedap. Nama pun santan asli jadi hasilnya memang terbaik lah kan? Hans puas hati sangat sebab baru pertama kali cuba untuk memasak gulai ayam dan hasilnya masakan Hans jadi cukup menyelerakan. Licin periuk yer! Jadi, Hans memang sahkan dekat sini bahawa Santan Mawar memang sesuai digunakan untuk memasak dan membuatkan makanan kita jadi bertambah lazat dan mengiurkan sesiapa yang menikmatinya.

HASIL GULAI AYAM UBI MENGGUNAKAN SANTAN MAWAR. SEDAP BAK HANGGGG!!

Selain itu, Hans baru tahu yang Santan Mawar ini bukan sahaja digunakan untuk memasak tetapi boleh juga terus diminum begitu sahaja kerana dikatakan baik untuk kesihatan badan. Mengikut apa yang Hans baca, Santan Mawar ini mempunyai pelbagai manfaat. Antaranya ialah:

1) Santan Mawar segar tidak mempunyai kolesterol kerana ia adalah berasaskan tumbuh-tumbuhan yang hanya mempunyai kandungan lemak yang memberi manfaat kepada kesihatan. 

2) Santan Mawar meningkatkan sistem ketahanan badan kerana ia mengandungi asid laurik yang bersifat antiseptik. Ini akan membantu tubuh melawan bakteria, virus dan lain-lain.

3) Santan Mawar dapat mencegah penyakit jantung kerana dipercayai dapat meningkatkan kandungan kolesterol HDL yang bersifat anti-radang dan melindungi saluran darah.

4) Kajian juga menunjukkan bahawa Santan Mawar berupaya untuk merendahkan kolesterol LDL iaitu kolesterol jahat dalam tubuh kita.

5) Santan Mawar juga mengandungi kalium yang diperlukan bagi mengekalkan degupan jantung di tahap normal dan secara tidak langsung dapat membantu dalam mengawal tahap tekanan darah kita.

6) Santan Mawar kaya dengan magnesium yang bermanfaat untuk sistem saraf dan ototkita.

7) Santan Mawar juga mengandungi zat besi yang tinggi dan dipercayai dapat membantu mereka yang menghadapi masalah anemia.

Jika anda selalu menggunakan santan di dalam masakan, Hans memang cadangkan anda untuk beralih dan mencuba sendiri produk Santan Mawar ini kerana santan mereka dihasilkan menggunakan kelapa yang dipetik dan dihantar ke kilang pada setiap hari. Memandangkan produk ini tiada pengawet maka santan ini sentiasa diproses setiap hari. Jadi, anda tidak perlu risau kerana santan yang anda beli disini semestinya merupakan santan baru yang segar dan berkualiti. Nak beli pun mudah sangat dimana anda boleh mesej sahaja mereka melalui aplikasi Whatsapps. Dibawah Hans kongsikan nombor telefon dan media sosial mereka untuk memudahkan urusan pembelian anda:

SANTAN MAWAR

Harga:
250 gram - RM4
500 gram - RM8
1 kilogram - RM16

Whatsapps:
+60172097173 

Instagram:

Tiktok:


Jadi, selamat membeli dan mencuba sendiri Santan Mawar yang memang sangat segar dan pasti akan menyedapkan masakan anda. Harga pun sangat murah walaupun ianya merupakan santan segar. Hans pasti anda semua pasti puas hati selepas menggunakan Santan Mawar. Terbaik!


4 تعليقات

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com

  1. Harga pun ok utk kualiti mcm nii ekk... Boleh la buat Kopi Santan hari-hari lepas ni 😆😆

    ردحذف
  2. santan pilihan setiap rumah ni . mmg bagus

    ردحذف
  3. Wah…menarik la! Harga pun tak terlalu jauh beza dengan santan segera.
    Memang betul, ada beza bila kita masak guna santan segar dengan santan segera.

    ردحذف
  4. My friend also recommend this brand, nanti nak try masak kari ayam using this santan

    ردحذف

إرسال تعليق

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com

أحدث أقدم