Assalammualaikum dan salam sejahtera buat semua pembaca blog www.hanshanis.com sekalian. Seperti yang kita semua sedia maklum, Malaysia terdiri daripada pelbagai lapisan kaum yang telah lama hidup bersama dengan meraikan kepelbagaian adat yang unik dan istimewa. Untuk sentiasa merapatkan dan menyatupadukan masyarakat berbilang kaum ini, Hans memang tertarik untuk berkongsi dengan para pembaca berkenaan salah satu inisiatif Kementerian Perpaduan Negara dalam merealisasikan agenda pembangunan masyarakat Madani melalui Program Galeri UNITI Malaysia Festival Tahun Baharu Cina 2023.
Untuk makluman semua, masyarakat Madani yang ditakrifkan sebagai “civilized society” adalah sistem sosial yang subur dan diasaskan pada prinsip moral yang menjamin keseimbangan antara kebebasan individu dan kestabilan masyarakat. Ianya turut menjunjung tinggi nilai peradaban dan mengutamakan sifat ihsan, kepentingan ilmu dan teknologi yang seiiring dalam pembangunan tamadun manusia dan dilihat sangat menepati hasrat pembangunan masyarakat Madani di Malaysia dalam mendukung aspirasi perpaduan nasional.
Buat anda yang mungkin baru pertama kali mendengar tentang Program Galeri UNITI Malaysia ini, ia sebenarnya telah dilaksanakan sejak tahun 2022 dan sudah berlangsung sebanyak 3 edisi sebelum ini dan menerima kunjungan lebih 20,000 orang pada tahun lepas. Menariknya program ini kerana ianya berjaya menghimpunkan detik-detik perpaduan merentasi sempadan kaum, agama, budaya dan bahasa. Selain itu, pelbagai aktiviti turut disediakan yang bertujuan untuk menyatupadukan masyarakat dan membuka ruang rakyat untuk saling berinteraksi antara satu sama lain. Secara tidak langsung, program ini bertepatan dengan slogan yang dibawakan oleh Kementerian Perpaduan Negara iaitu “Perpaduan dalam Kepelbagaian”.
Pada tahun 2023 ini, Program Galeri UNITI Malaysia sekali lagi menawarkan satu kelainan dimana untuk edisi kali ini akan memperkenalkan tema sambutan hari perayaan sempena Festival Tahun Baharu Cina.
GALERI UNITI MALAYSIA
FESTIVAL TAHUN BAHARU CINA 2023
Tarikh:
19 Januari 2023 - 21 Januari 2023
Hari:
Khamis - Sabtu
Lokasi:
AEON Mall Ipoh Klebang,
Ipoh, Perak.
Masa:
10:00 Pagi - 10:00 Malam
Program Galeri UNITI Malaysia Festival Tahun Baharu Cina 2023 kali ini juga turut disertai oleh barisan agensi seperti Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional, Jabatan Muzium Malaysia, Arkib Negara Malaysia, dan Perpustakaan Negara Malaysia dimana ianya akan dirasmikan oleh Yang Berhormat Datuk Aaron Ago Dagang pada 20 Januari 2023 ini jam 3 petang.
Selain menampilkan Pavilion Tahun Baharu Cina yang berkonsepkan kemeriahan sambutan perayaan tahun Arnab ini, Program Galeri UNITI Malaysia Festival Tahun Baharu Cina 2023 turut diiisi dengan pelbagai aktiviti dan pertandingan yang bukan sahaja dapat meningkatkan perpaduan dan keharmonian tetapi turut menawarkan hadiah yang menarik. Antaranya ialah:
PAMERAN RUMAH KAMI
GALERI MOMEN UNITI
PERTANDINGAN SAND ART
PERSEMBAHAN KEBUDAYAAN DAN PERTUNJUKAN BUSANA TRADISIONAL
SESI BERAMAH MESRA BERSAMA SELEBRITI PERPADUAN
Jadi, jangan lupa untuk datang beramai-ramai ke Program Galeri UNITI Malaysia Festival Tahun Baharu Cina 2023 yang berlangsung di Ipoh, Perak pada minggu ini kerana anda pasti gembira menghabiskan cuti anda di dalam progam kali ini. Maklumat lanjut boleh layari laman facebook Kementerian Perpaduan Negara seperti di bawah:
Facebook:
#Perpaduan #KpnSemarakUNITI #KitaBersama #UNITI #Unity
#FoodUnites #AaronAgoDagang #TanSriMohdZukiAli #NoridahAbdulRahim
Adududu..jauhnya lahaiii Ipoh haaa...bestnyaaa ada karnival gini
ردحذفThis event macam gempak, nanti i bagi tau kawan i kat Ipoh to join also
ردحذفWahhhhhh…. Boleh pergi nanti ni.
ردحذفWish selangor buat event gini gak
ردحذفSebuah program yang sangat menarik. Semoga ia berjaya mencapai maksud..
ردحذفHuhu sayang jauh, kalau tak serious, ade la jugak terasa nak turun, papepon inshallah akan direkomen kpd rakan2 ipoh yang terdekat nanti
ردحذفHuhu sayang jauh , kalau tak serious , ade la jugak terasa nak turun , papepon inshallah akan direkomen kpd rakan2 ipoh yang terdekat nanti
ردحذفإرسال تعليق
Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com