Assalammualaikum dan salam sejahtera buat semua pembaca blog www.hanshanis.com sekalian. Baru-baru ini Hans berkesempatan hadir pada Majlis Pelancaran Nano Cosmetic yang berlangsung di Magica Suite, Quill City Mall, Kuala Lumpur. Majlis diserikan dengan kehadiran Pengurus Besar Nano Cosmetic sendiri iaitu Nur Amalia Abdullah. Walaupun baru berusia 43 tahun, Puan Amalia yang beasal dari Kuching, Sarawak ini berjaya mengeluarkan produk kecantikan yang cukup bermutu dan selamat untuk digunakan.
Untuk makluman semua, produk Nano Cosmetic ini dihasilkan melalui teknologi yang diilhamkan oleh potensi nano dan bioteknologi yang menggunakan ekstrak tumbuhan dari hutan hujan. Jadi, produk penjagaan kulit ini sememangnya selamat, boleh dipercayai dan berkesan berdasarkan prinsip saintifik dan penyelidikan tentang cara kulit manusia berfungsi. Menarik bukan?
Hans dimaklumkan bahawa produk penjagaan kulit Nano Cosmetic dihasilkan menggunakan Formulasi Nano Emulsion yang merupakan hasil kajian Universiti Tempatan dimana inovasi saintifik dalam Serum Wajah dan Masker Wajah Bio-Cellulose Double A Skin Brightener dan Double R Skinsaver menjadi kunci kepada hasil kulit wajah yang berseri, segar dan sihat.
Apa yang membanggakan Hans ialah kejayaan penyelidikan ini yang berjaya menghasilkan formulasi serum untuk wajah dan masker wajah menggunakan bahan aktif yang terdapat dalam buah-buahkan tempatan kita seperti manggis dan nenas. Hasilnya, produk penjagaan kulit ini kaya dengan anti-oksidan, phytonutrients, vitamin A, B3, C, E dan soy peptides. Lebih menarik kerana ianya dapat meresap ke bawah lapisan luar kulit dan secara tidak langsung dapat menyegarkan dan melembapkan kulit.
Anda jangan risau untuk menggunakan produk Nano Cosmetic kerana terbukti produk ini tidak mengandungi sebarang bahan terlarang atau bahan kimia. Lebih meyakinkan kerana produk mereka berdaftar dengan KKM dan diperbuat di kilang yg bertaraf GMP, Halal dan ISO untuk kosmetik.
Jadi, terdapat dua produk Nano Cosmetic ini yang anda perlu cuba iaitu Masker Bio Cellulose dan Serum.
Masker Bio Cellulose perlu digunakan untuk memastikan 20 ml serum di masker dapat disampaikan ke kulit tanpa masalah menitik dan kering terlalu cepat. Jadi, ini membantu anda untuk senang bergerak membuat kerja harian di rumah tanpa risau masker jatuh.
Serum Wajah Nano Emulsion pula harus digunakan sebanyak dua kali sehari. Tak perlu guna terlalu banyak. Hanya setitik untuk seluruh wajah dan ianya mampu melindungi permukaan kulit wajah anda dari radikal bebas. Selain itu, ianya membantu meningkatkan pengeluaran kolagen dan sel kulit baru yang lebih cerah dan mempercepatkan microcirculation untuk kulit sihat dan berseri seolah-olah anda baru selesai buat rawatan muka di spa.
Pada majlis yang sama, pihak Nano Cosmetic telah memperkenalkan duta produk mereka iaitu Nadya Syahera yang merupakan seorang pelakon, pengacara dan peragawati dimana beliau mula dikenali setelah tercalon dalam Anugerah Meletop ERa pada tahun 2017. Menarik apabila mendengar perkongsian ibu kepada tiga orang cahaya mata ini sewaktu pertama kali mencuba produk Nano Cosmetics secara tidak sengaja sewaktu membuat rawatan muka di sebuah spa. Gembira dengan hasil rawatan tersebut telah mendorong Nadya untuk bertanya sendiri kepada pekerja spa berkenaan tentang produk apa yang mereka gunakan dan rupa-rupanya spa berkenaan menggunakan produk Nano Cosmetic. Bagai bulan jatuh ke riba, tawaran Nano Cosmetic untuk melantik Nadya sebagai duta mereka diterima dengan hati yang terbuka selepas Nadya berpuas hati mencuba sendiri produk ini terlebih dahulu selama sebulan. Jadi, inilah rahsia kecantikan Nadya Syahera yang telah dilantik sebagai duta rasmi bagi Nano Cosmetics pada 28 Disember 2022.
Produk Nano Cosmetic terdapat dalam dua kategori iaitu:
1) Double 'A' Pencerah Kulit Nanoemulsion Serum Muka dan Masker Wajah dengan Manggis, Niacinamidedan Peptida Soya untuk Mencerahkan, Menghidrat dan Menghilangkan Jerawat. Merupakan solusi untuk kulit berjerawat.
2) Double 'R' Skinsaver Serum muka dan masker wajah dengan Bromelain, Willow Bark dan Kebaikan Asid Kojic dan Memperbaharui kulit dengan Meningkatkan Pengeluaran Kolagen. Serum dan mask untuk menyelesaikan kulit berjeragat.
Berita baik buat anda semua kerana pihak Nano Cosmetic telah mengadakan promosi sempena pelancaran produk baharu mereka ini. Dibawanya adalah promosi diskaun harga istimewa untuk anda:
i) Serum Double ‘A’ atau Double ‘R’ (1 unit) – RM35.00 (harga asal RM49.90)
ii) Set Mask Double ‘A’ atau Double ‘R’ (4 unit) – RM 109.00 (harga asal RM 149.90)
iii) Pek Promo – Box 2 Double ‘A’ atau Double ‘R’ (1 unit serum & 2 mask) – RM 90.00 (harga asal RM 129.90)
iv) Pek Promo – Box 3 Double ‘A’ atau Double ‘R’ (1 unit serum & 3 mask) – RM99.00 (harga asal RM 149.90)
Jadi, hilangkan segala jerawat dan jerawat yang ada di wajah anda dengan menggunakan produk-produk Nano Cosmetic yang boleh didapati di Shopee. Anda juga boleh menghubungi mereka melalui butiran yang Hans kongsikan dibawah:
Telefon:
0192767567
Laman Sesawang:
Facebook:
Instagram:
Tiktok:
#nanocosmetics #nanoemulsion #biocelluosemask
#doubleASkinBrightener #DoubleRSkinSaver #mynanoskin
إرسال تعليق
Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com