Me’nate Steak Hub Melancarkan Ramadan Iftar Platter Sempena Bulan Ramadan 2023

Assalammualaikum dan salam sejahtera buat semua pembaca blog www.hanshanis.com sekalian. Baru-baru ini Hans berkesempatan buat pertama kalinya berkunjung ke sebuah restoran daging premium yang terkenal di kalangan rakyat Malaysia iaitu Me’nate Steak Hub di salah satu cawangan terbaru mereka yang terletak di Petaling Jaya, SelangorMenariknya pada tahun 2023 ini kerana Me’nate Steak Hub memperkenalkan ‘Ramadan Iftar Platter’ bermula 24 Mac hingga 20 April ini sempena bulan Ramadan. Menarik kan?

RAMADAN IFTAR PLATTER
ME’NATE STEAK HUB

Tarikh:
24 Mac 2023 - 20 April 2023


Harga 5 PAX Ramadan IFTAR PLATTER (5 Pax Minimum):

Heavenly Seafood - Bermula Dari RM80 / Per Pax 

Heavenly Lamb - Bermula Dari RM90 / Per Pax 

Heavenly Ribs - Bermula Dari RM114 / Per Pax 

Heavenly ME’NATE - Bermula Dari RM120 / Per Pax 

Couple Set - Bermula Dari RM110 / Per Pax 


Untuk Bungkus Atau Penghantaran Ke Rumah 
(Tempahan Melalui menate.com.my):

Nate-Box Heavenly Seafood - RM299.90 / Per Box

Nate-Box Heavenly Lamb - RM359.90 / Per Box

Nate-Box Heavenly Ribs - RM459.90 / Per Box

Nate-Box Heavenly ME’NATE - RM479.90 / Per Box 


Telefon:
03-41419133

Whatsapps:
011-55558448

Email:
menatemarketing@gmail.com

Laman Sesawang:


Jadi, setiap pelanggan yang menempah boleh memilih empat jenis menu hidangan yang ditawarkan bersempena dengan ‘Ramadan Iftar Platter’ iaitu:
1) Heavenly Me’nate
2) Heavenly Ribs
3) Heavenly Lamb
4) Heavenly Seafood 

Setiap hidangan yang ditawarkan pada kali ini sesuai dinikmati oleh lima orang dengan harga serendah RM80 sahaja untuk seorang. Lebih menarik kerana set ini juga didatangkan dengan dua jag air dimana para pelanggan boleh memilih dua jenis air daripada empat yang ditawarkan iaitu:
1) Thai Iced Tea
2) Orange Sunset
3) Milo Ice
4) Watermelon Mint Soda.

1) GRILLED GRAIN FED BEEF RIBEYE STEAK & ROASTED CHICKEN

2) BBQ LAMB SHOULDER & LAMB SHANK

3) SALMON TIKKA, KING PRAWN TIKKA, BLUE MUSSEL TIKKA WITH CHEESE & GRILLED CALAMARI TIKKA

4) SAHAWIQ & PAPADOM

5) BWP SALAD

6) POLLO CON FUNGI PIZZA

7) NACHOS BBQ BEEF

Fuh! Memang sedap sangat semua menu yang disediakan. Hans memang seronok betul makan bersama rakan sampai akhirnya tersandar kekenyangan di kerusi buat seketika waktu. Memang padu hidangan Ramadan Iftar Platter kali ini. Selain itu, Me’nate Steak Hub turut menghargai permintaan para pelanggan mereka yang mahukan kembali set menu berdua untuk bulan Ramadan kali ini. Jadi, berita baik buat para peminat hidangan Me’nate Steak Hub dimana anda boleh menikmati keempat-empat set tersebut melalui pakej Couple Set iaitu Heavenly Me’nate, Heavenly Lamb Ribs, Heavenly Beef Ribs, Heavenly Lamb dan Heavenly Seafood dengan harga RM110 seorang. Set ini turut didatangkan bersama satu jag air pelbagai pilihan.


Lebih menggembirakan buat anda yang memilih pakej ‘Ramadan Iftar Platter’ ini kerana anda akan menerima akses percuma untuk menikmati ‘Mini Buffet – Appetizers dan Desserts’ yang menampilkan aneka kuih muih dan pencuci mulut yang cukup lazat dan menyelerakan. Sepanjang tempoh berkenaan juga, anda masih boleh menikmati menu-menu ala carte seperti biasa selepas pukul 8.00 malam. Hans memang sangat seronok menikmati pencuci mulut yang disediakan disini terutamanya kek-kek yang cukup sedap dan lembut. 



Selain itu, Me’nate Steak Hub turut memahami kesukaran sesetengah individu untuk datang berbuka puasa di cawangan mereka disebabkan masalah-masalah tertentu seperti bekerja serta jarak dari rumah  yang jauh. Jadi, pada tahun ini mereka telah menyediakan ‘Iftar Nate-Box’ untuk santapan lima ke enam orang dengan pilihan menu yang sama. Harga untuk set ini bermula daripada RM299.90.

Bertemakan ‘Jom Bersama Bahagiakan Ummah’ pada tahun ini, Me’nate Steak Hub turut menawarkan pakej ‘Infaq Bersama Me’nate’ kepada individu atau syarikat-syarikat korporat yang ingin berinfak pada bulan yang mulia ini. Pakej infak ini bertujuan untuk membantu golongan yang memerlukan seperti asnaf, warga tua, pelajar tahfiz dan anak-anak yatim untuk berbuka puasa. Pakej infaq ditawarkan pada RM1000, RM700, RM500, RM300 atau seikhlas hati. Jadi, cepat-cepat membuat tempahan kerana Hans pasti anda akan berpuas hati dengan kelazatan setiap menu serta kuantiti makanannya yang cukup mengenyangkan. Memang terbaik! Selamat berbuka puasa di Me’nate Steak Hub pada tahun 2023 ini!

4 تعليقات

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com

  1. Menarik menu dan pakej yang ditawarkan.. siap ada untuk tapau dan delivery lagi ya..

    ردحذف
  2. Sedap2 menu dekat sini. Harga pun reasonable.

    ردحذف
  3. Wow meriah nyer their Ramadan Buffet, i love their BBQ lamb

    ردحذف
  4. Menate tak pernah menghampakan... Siap ada pilihan Seafood pulak tahun ni ehh

    ردحذف

إرسال تعليق

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com

أحدث أقدم