Assalammualaikum dan salam sejahtera buat semua pembaca blog www.hanshanis.com sekalian. Baru-baru ini Hans berkesempatan berkunjung ke Tony Roma’s sempena kempen terkini Tony Roma’s iaitu “Tony Roma’s Lah!”
Hans memang suka sangat hidangan di Tony Roma’s terutamanya yang melibatkan tulang rusuk dan stik mereka yang sangat lazat. Jadi, bila berkesempatan hadir ke sini memang membuatkan Hans berasa sangat teruja. Di tambah pula bila dapat berbuka disini, kegembiraan Hans ibarat berganda-ganda jadinya.
Jadi, kalau anda teringin untuk berbuka puasa di Tony Roma's maka sekarang adalah waktu yang sangat tepat kerana Tony Roma’s kini sedang mengadakan kempen “Tony Roma’s Lah!” sempena bulan Ramadan dan juga Syawal yang semakin hampir.
Menurut Daniel Chan Lek Seong yang merupakan Ketua Kumpulan Pegawai Eksekutif Revenue Valley Sdn Bhd, Tony Roma's sememangnya bersedia untuk bersama-sama meraikan detik penting para pelanggan mereka tidak kiralah sama ada keraian yang besar mahupun keraian kecil. Apa yang penting perkara ini akan menggembirakan para pelanggan yang dapat menjamah hidangan Tony Roma's bersama keluarga atau insan tersayang. Selain itu, beliau juga berharap agar Tony Roma’s menjadi pilihan tempat makan untuk mecipta memori baharu bersama yang tersayang.
Untuk makluman semua, Tony Roma’s memperkenalkan Roma’s Platter yang baharu untuk dikongsi bersama. Lamb + Soda Tower (RM179.90) datang bersama Australian Lamb Ribs terkenal yang dibakar bersama rencah dan disaluti dengan madu dan plum. Roasted Half Chicken ini dihidangkan bersama sos mangga salai. Untuk rasa makanan laut, Signature Kickin’ Shrimp yang lazat akan membuatkan pelanggan kecur air liur. Set ini mempunyai hidangan sampingan nasi Mendhi yang harum, brokoli, Crispy Onion Ring, dan Soda Tower 1.5L, sesuai utuk dikongsi bersama sehingga tiga orang. Set ini mengandungi semua hidangan yang terlaris, jadi tiada dilema untuk membuat pesanan.
Hidangan ini juga terdapat dalam variasi lain untuk pelanggan yang menggemari daging iaitu Beef + Soda Tower (RM199.90). Roma’s Platter ini datang dengan sajian yang sama, tetapi daging kambing ditukarkan kepada Australian Beef Ribs empuk yang disaluti dengan sos BBQ asli Tony Roma’s untuk menonjolkan rasa daging yang berlemak. Hidangan yang mengenyangkan ini juga boleh dipesan sebagai ala carte (RM105.00). Ia disajikan bersama sup harian sebagai permulaan hidangan dan juga Coca Cola yang boleh diisi semula.
Terdapat juga hidangan kombo yang cukup untuk dikongsi berdua. Combo 1 (RM159.90) sesuai buat pasangan yang mahu mencuba kedua-dua jenis daging. Kombo ini menawarkan Australian Beef Ribs (Rack), Australian Lamb Ribs (untuk seorang) dan Coca Cola untuk dua orang. Kombo ini juga datang dengan hidangan sampingan yang sama dengan Roma’s Platters. Untuk yang ingin mencuba hidangan pasta, Combo 2 (RM89.90) ialah set hidangan mengandungi Australian Lamb Ribs (untuk seorang) dan Spicy Chicken Pasta yang telah digoreng bersama bawang putih, daun basil, tomato pesto dan sedikit cili chipotle. Minuman yang boleh diisi semula juga dihidangkan bersama.
COMBO 2
Pelanggan boleh menambah Mendhi Rice (RM6.00) yang dikukus dengan bawang putih dan rempah ratus dan juga Soda Tower (RM14.90) secara ala carte bersama hidangan pilihan masing-masing. Buat penggemar rasa manis, boleh menambah Duo Panna Cotta (RM12.90) sebagai pemanis mulut setelah selesai makan.
Set dan kombo Tony Roma’s Lah! boleh didapati di semua cawangan Tony Roma’s bermula 5 Mac sehingga 31 Mei 2023. Ayuh raikan detik-detik anda bersama Tony Roma's untuk pengalaman yang asli dan pastinya menarik. Untuk maklumat lanjut, sila layari:
Laman Sesawang:
Facebook:
Instagram:
Tiktok:
#TonyRomasLah #TimeForTR
إرسال تعليق
Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com