Bandar Bersejarah Taiping Bakal Terima Lebih 3000 Orang Pelari Denai Sempena MALAYSIA ULTRA-TRAILT™

Assalammualaikum dan salam sejahtera buat semua pembaca blog www.hanshanis.com sekalian. Kali ini Hans nak berkongsi dengan anda semua tentang Malaysia Ultra-Trail™ yang dibawakan oleh UTMB® dimana ianya bakal berlangsung pada 15 hingga 17 November 2024. 


Malaysia Ultra-Trail™ akan menjadi salah satu daripada 43 acara dalam calendar Siri Dunia UTMB® 2024 dan acara UTMBⓇ yang julung kalinya diadakan di Malaysia. Acara ini turut membawa lebih daripada 3,000 pelari denai dari seluruh dunia ke bandar bersejarah Taiping di Perak yang terkenal dengan kesuburan hutan hujan, sejarah perlombongan bijih timah dan kekayaan warisan budaya.


Untuk makluman semua, Siri Dunia UTMB® adalah rangkaian larian denai utama dunia yang menyatukan bintang- bintang terbesar dalam sukan ini serta pelari yang bersemangat melalui acara antarabangsa terkemuka di lokasi-lokasi paling menakjubkan. Dibina atas minat terhadap gunung dengan kelestarian sebagai terasnya, UTMB® World Series memberikan peluang kepada semua pelari denai untuk merasai pengembaraan UTMB® di seluruh dunia dengan acara yang berlangsung di Asia, Oceania, Eropah, Afrika dan Amerika. Ini adalah satu- satunya tempat di mana pelari boleh memulakan pencarian mereka ke UTMB® Mont- Blanc, Perancis, di mana UTMB® World Series Finals yang berprestij akan diadakan. 


Para pelari denai akan menguji kekuatan dan ketahanan diri masing-masing dalam lima kategori jarak perlumbaan berbeza bagi menerokai kawasan rizab hutan dan Hutan Simpan yang mengagumkan dengan akses yang biasanya terhad ke kawasan ini. Lebih menarik, para peserta juga akan merasai pelbagai jenis laluan daripada bekas landasan kereta api lama, laluan ladang, trek pemanduan pacuan empat roda sehingga ke kawasan hutan yang lasak dimana semuanya berpusat di bandar Taiping yang kaya dengan nilai sejarah.


Ahli Parlimen Taiping merangkap Timbalan Menteri Pendidikan, Yang Berhomat Tuan Wong Kah Woh menyatakan keterujaannya untuk menarik penonton global dan menjemput para pelancong untuk merasai pengalaman keindahan yang Taiping dan Perak tawarkan. Secara tidak langsung, kerjasama ini menandakan langkah penting dalam merancakkan semula sektor pelancongan negeri dan mengajak dunia untuk menerokai serta menghargai keunikan Perak.


Untuk info pada pembaca sekalian, komuniti larian denai di Malaysia telah berkembang pesat dimana kini berada di kedudukan ke-23 di dunia dan kelima di Asia selepas China, Jepun, Thailand dan Hong Kong. Prestasi yang ditunjukkan ini amat membanggakan negara. 


Pada majlis pelancaran, trofi untuk pemenang Malaysia Ultra-Trail™ oleh UTMB® 2024 turut diperkenalkan dimana trofi tersebut dihasilkan daripada periuk tanah liat unik buatan tangan yang dikenali sebagai 'Labu Sayong'. Tahniah kepada pihak Tourism Malaysia dan Tourism Perak, Kementerian Belia dan Sukan Malaysia, Jabatan Perhutanan Perak, Majlis Perbandaran Taiping, Ahli Parlimen Taiping dan Pejabat Daerah Taiping kerana banyak memberi sokongan dan membantu merealisasikan acara Malaysia Ultra-Trail™ ini. 


Jom beramai-ramai kita memeriahkan dan memberi sokongan terhadap acara Malaysia Ultra-Trail™ yang mampu membawa nama Malaysia ke mata dunia ini!

Post a Comment

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com

أحدث أقدم