Pelancaran Scents of Malaysia 2024 Bakal Mengharumkan Industri Wangian Tempatan

Assalammualaikum dan salam sejahtera buat semua pembaca blog www.hanshanis.com sekalian. Kali ini Hans nak berkongsi dengan anda semua berkenaan majlis pelancaran Scents of Malaysia 2024 yang telah berlangsung dengan penuh gemilang di Tanjung Lounge, Riverside.


Menariknya acara ini pada Hans kerana ianya bakal menjadi platform utama bagi industri wangian tempatan di Malaysia untuk berkembang dengan lebih pesat di samping menambah daya kreaviti terhadap penciptaan haruman baru yang lebih segar dan unik.


Acara Scents of Malaysia 2024 ini bakal menghimpunkan jenama wangian tempatan terkemuka di bawah satu bumbung serta menawarkan semua produk yang menghasilkan bauan yang harum dan memikat. Acara ini menampilkan pelbagai jenis produk termasuk penyegar udara rumah, semburan hijab, lilin beraroma, minyak aromaterapi, dan banyak lagi. Menarik bukan?


Majlis pelancaran ini turut memperkenalkan barisan peserta yang bakal terlibat dalam Scents of Malaysia 2024. Satu majlis penyerahan plak penghargaan turut diadakan untuk mengiktiraf sumbangan para peserta dalam memajukan industri wangian tempatan.


Scents of Malaysia yang diberi sokongan oleh Tourism Malaysia dan WTCKL sememangnya adalah platform untuk memperkenalkan jenama-jenama tempatan kepada dunia dan membuktikan bahawa produk Malaysia setanding dengan jenama antarabangsa.


Acara Scents of Malaysia bakal berlangsung pada 26 dan 27 Oktober 2024 di Legar Putra, WTCKL.

Fakta Menarik Scents of Malaysia 2024:
  • Menghimpunkan semua jenama wangian tempatan di satu tempat.
  • Mengumpulkan semua pencinta wangian di Malaysia. Mewujudkan hab jenama wangian tempatan di Malaysia.
  • Menjadi tempat untuk jenama wangian tempatan memperkenal dan menjual produk mereka.
  • Lokasi pelancaran produk baharu oleh jenama wangian tempatan.
  • Membantu Tourism Malaysia mempromosikan tagline "Malaysia Truly Asia."
  • Membantu Tourism Malaysia mempromosikan pasaran, jenama dan produk tempatan.
  • Tourism Malaysia membantu mempromosikan industri perfumeri Malaysia.
  • Mempromosikan World Trade Centre Kuala Lumpur (WTCKL) sebagai hab produk tempatan.
Ketahui maklumat lanjut dan perkembangan mengenai Scents of Malaysia 2024 dengan mengikuti akaun media sosial rasmi @ScentsOfMalaysia2024 di Facebook, Instagram dan Tiktok.

Post a Comment

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com

أحدث أقدم