Vaksin Arexvy Lindungi Warga Emas Daripada Respiratory Syncytial Virus (RSV)

Assalammualaikum dan salam sejahtera buat semua pembaca blog www.hanshanis.com sekalian. Kali ini Hans nak berkongsi dengan anda semua berkenaan pengumuman daripada GlaxoSmithKline Pharmaceutical Sdn Bhd (GSK) hari ini bahawa Arexvy (MAL24086007ARZ) telah diluluskan di Malaysia untuk RSV.


RSV ialah virus mudah berjangkit lazim yang menjejaskan paru-paru dan saluran pernafasan sehingga boleh membawa kesan klinikal yang serius seperti penyakit saluran pernafasan bawah (LRTD) dan pneumonia.


Sehingga kini, RSV merupakan penyakit berjangkit yang membimbangkan. Orang dewasa yang lebih berusia berisiko tinggi mendapat penyakit yang parah kerana penurunan imuniti berkaitan usia dan keadaan kesihatan yang sedia ada.


Pada tahun 2019, RSV telah menyebabkan lebih 470,000 kemasukan ke hospital dan 33,000 kematian dalam kalangan orang dewasa berusia 60 tahun dan ke atas di negara-negara berpendapatan tinggi.


Jadi, vaksin RSV yang diluluskan ini untuk golongan warga emas berumur 60 tahun ke atas di negara ini. Vaksin adjuvan ini berpotensi untuk mentransformasikan usaha dalam mengurangkan beban RSV kepada golongan warga emas, sistem penjagaan kesihatan, dan masyarakat.


Vaksin RSV warga emas GSK mengandungi antigen glikoprotein RSV F prafusi subunit rekombinan (RSVPreF3) yang digabungkan dengan adjuvan proprietari AS01E GSK. Keputusan menunjukkan keberkesanan vaksin secara keseluruhan sebanyak 82.6% terhadap RSV-LRTD dengan keberkesanan 94.6% diperhatikan dalam kalangan orang dewasa dengan komorbiditi.


Profesor Dr. Ahmad Izuanuddin Ismail, Timbalan Pengarah & Perunding, Perubatan Pernafasan, Hospital Al Sultan Abdullah Universiti Teknologi MARA (HASA UiTM) berkata bahawa RSV boleh menyebabkan kesan yang parah terutamanya dalam kalangan warga emas dengan komorbiditi seperti asma, COPD, dan kegagalan jantung kronik. Mereka berisiko tinggi untuk hospitalasasi selepas dijangkiti RSV. Oleh itu, adalah penting untuk kita melindungi pesakit berusia 60 tahun dan ke atas yang mempunyai komorbiditi.


Untuk makluman semua, sejak pandemik COVID-19 terdapat perubahan dalam corak jangkitan bermusim akibat langkah-langkah perlindungan COVID-19. Khususnya di Malaysia, jangkitan RSV berlaku sepanjang tahun dengan kemuncak yang ketara lazimnya berlaku antara bulan Julai hingga Ogos, serta Oktober hingga Disember. Menurut Tinjauan Morbiditi Kesihatan Nasional 2023 (NHMS), lebih daripada setengah juta orang dewasa di Malaysia hidup dengan empat komorbiditi. Daripada jumlah ini, 15.6% daripada populasi dewasa mempunyai diabetes.


Jadi, sudah tiba masanya kita melindungi warga emas dengan keadaan kesihatan yang mendasari daripada jangkitan RSV untuk membolehkan mereka menjalani kehidupan yang berkualiti terutamanya ketika usia emas mereka.

Post a Comment

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com

أحدث أقدم