FestStar Influencer Puterabell Janjikan Festival Luar Biasa Serta Konsert Percuma

Assalammualaikum dan salam sejahtera buat semua pembaca blog www.hanshanis.com sekalian. Untuk makluman semua, FestStar FoodFest anjuran FestStar Influencer Entertainment kali ini yang bertemakan “Menikmati Rasa, Merayakan Gaya Hidup,” bukan sahaja menampilkan gerai makanan daripada peniaga tempatan serta antarabangsa, malah terdapat persembahan artis, demonstrasi masakan oleh chef selebriti dan aktiviti interaktif bersama pempengaruh popular.


Antara barisan penyanyi yang bakal membuat persembahan bagi menghiburkan pengunjung ialah Noraniza Idris, Talia Mentor, Damia, XPDC Kita Peng Yu, Kembara Live dan Kristal. Tidak terhenti disitu, kehadiran pempengaruh media sosial seperti Emy Cha Cha, Puterabell, Han Budak Cina, Puan Tina, Adila, Gemor Jalan, Mirul Maneh, Kak Reptor dan Paah Rabbit pastinya akan meriuhkan lagi suasana.


Berbekalkan pengalaman luas dalam menguruskan acara, festival kali ini pastinya lain dari sebelum nya selepas melakukan beberapa inovasi yang pasti akan memberikan pengunjung yang hadir satu pengalaman yang berbeza. Menurut Herrie Shaputra Azizan atau mesra disapa Puterabell, Pengarah Urusan FestStar Influencer Entertainment, pihaknya sentiasa memastikan acara yang dianjurkan membawa konsep segar dan kreatif.

Kata Herrie, acara kali ini mempunyai objektif seperti mempromosikan keunikan makanan tempatan disamping memberi peluang kepada usahawan kecil dan sederhana (PKS) berkembang dengan jayanya. Malah festival kali ini juga bermatlamat memberi impak yang positif kepada umum dalam suasana acara yang santai dan menghiburkan.

“Pihak kami sentiasa cuba membawakan konsep mengikut trend terkini supaya pengunjung yang hadir seronok berkunjung ke acara yang kami lakukan.

“Penganjuran festival kali ini bukan sahaja bertujuan mempromosikan keunikan kulinari tempatan, ia juga mampu membantu PKS untuk berkembang.

“Acara yang dianjurkan ini juga mempunyai matlamat untuk mencipta sebuah acara menyeronokkan yang mampu memberi impak positif kepada komuniti, industri dan budaya.

“Dengan pengalaman luas dalam menganjurkan pelbagai jenis acara sebelum ini, saya yakin festival kali ini akan memberikan pengalaman yang tidak dapat dilupakan buat para pengunjung. Mereka bukan sahaja boleh makan tapi terdapat pelbagai aktiviti serta konsert yang akan dijalankan” katanya.

Sementara itu, pastinya aktiviti-aktiviti seperti paintball, soopa doopa, neon light, electronic beam dan fun run akan menjadi tumpuan ketika acara itu dilangsungkan.

Lebih mengujakan apabila terdapat juga program ketuk-ketuk, mini zoo, night of fright, pesta kopi, pameran kerjaya dan konsert yang pasti buatkan pengunjung teruja untuk hadir memeriahkan acara.

FestStar FoodFest dijangka akan berlangsung pada 25 hingga 31 Disember bermula jam 11 pagi sehingga 12 malam bertempat di TF Mart, Taiping, Perak.

Selain itu, buat peniaga-peniaga yang berminat untuk sertai acara ini sebagai penjual boleh hubungi 013-4194285 atau emel pada shanlatika@gmail.com.

Pihak FestStar Influencer Entertainment menggalakkan kehadiran peniaga-peniaga di luar sana untuk bersama-sama menjana rezeki dengan menambah pendapatan semoena hujung tahun ini.

Post a Comment

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com

أحدث أقدم